Ultras Malaya Semangat Sebenar Bolasepak Malaysia.

ultrasmalaya

Mungkin anda pernah kenal mereka secara negatif. Mungkin juga anda pernah dengar mereka bersorak. “Mengamuk” dan “Membantah”. Dengan “chant” yang pelbagai dan berbunyi garang dan kurang ajar, Ultras Malaya adalah kumpulan penyokong bolasepak negara yang tidak akan berhenti menyokong dibelakang pasukan tanpa kenal penat atau tewas. Walaupun mungkin cara mereka tidak digemari oleh segelintir golongan. Namun pada pendapat saya. Api semangat yang mereka pamerkan sepanjang perlawanan berlangsung adalah semangat juang bolasepak yang patut disuarakan. Menang atau kalah bukan misi mereka. Misi mereka adalah seperti minyak yang membakar semangat pemain di dalam padang. Walaupun kadangkala mereka adalah kumpulan minoriti didalam stadium. Tetapi “ngauman” mereka akan membuat gendang dan rebana penyokong pasukan lawan ibarat dipalu dengan batang ubi. Lihat bagaimana mereka “memiliki” stadium waktu Malaysia menentang Singapura baru-baru ini.

 

 
Ada yang tidak gemar dengan Ultras Malaya kerana mereka menyuarakan pendapat secara terus terang. Tanpa tapisan atau segan silu. Mungkin dianggap tidak hormat. Tetapi jika itu yang perlu untuk membentuk semangat juang dalam sesebuah pasukan bolasepak, Ultras Malaya akan katakan. Mereka akan katakan nya beramai-ramai dalam satu nada. Jika tidak ada yang berani untuk menegur. Ultras Malaya akan nyatakan untuk anda. “Out loud” dan “in the open”.

Beberapa kali sudah saya terbaca komen penyokong pasukan lawan, yang rasa malu dengan penyokong mereka. Mereka kata pasukan Harimau Malaya patut menang kerana mereka ada Ultras Malaya dibelakang mereka..!! Hebat sungguh pernyataan ini. Maknanya apa pun berlaku di padang. Menang atau kalah, Ultras Malaya akan pastikan pasukan negara menang di bangku penyokong. Dengan semangat yang dibawa ini, aura nya pasti akan sampai ke tengah padang. Geloranya akan mengepam laungan sorak menjadi kudrat tambahan kepada pemain. Syabas Ultras Malaya.

Teruskan laungan semangat Ultras Malaya..!!

 

ultras

redultras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *