The world that we devastated.

Salam.

Hari ni masih panas lagi topik dan perbualan.. dan perbalahan, tuding menuding berkenaan kes kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, KL. Yang panas dan lebih dahsyatnya kejadian kebakaran tahfiz kali ini adalah punca terbakar tu dikatakan disebabkan beberapa budak2 “jahat” membuat khianat.

Ramai yang menyinga, menyirap bila dapat tau budak-budak tu sengaja bakar sebab tak puashati dan sebab benda kecik. Tak paham mengapa dorang sanggup sampai “membunuh” tu.

Baik, sebelum korang teruskan bacaan.. aku nak korang fahamkan lagu bawah nih.. dan kemungkinan lepas dengar, korang akan faham dan aku sebenarnya tak perlu bagi komen pun.

 

“Is This The World We Created?”

Just look at all those hungry mouths we have to feed
Take a look at all the suffering we breed
So many lonely faces scattered all around
Searching for what they need.

Is this the world we created?
What did we do it for?
Is this the world we invaded
Against the law?
So it seems in the end.
Is this what we’re all living for today?
The world that we created.

You know that everyday a helpless child is born
Who needs some loving care inside a happy home
Somewhere a wealthy man is sitting on his throne
Waiting for life to go by.

Is this the world we created?
What did we do it for?
Is this the world we invaded
Against the law?
So it seems in the end.
Is this what we’re all living for today?
The world that we created.

Is this the world we created?
We made it on our own.
Is this the world we devastated
Right to the bone?

If there’s a God in the sky looking down,
What can he think of what we’ve done
To the world that He created?

OK, jadi pendapat aku sebenarnya tak perlulah mak bapak nak salahkan cikgu yg mendidik. Cikgu2 pulak tak perlulah pula meloncat-loncat maki balik kata mak bapak yang salah. Kalau ada orang yang kita nk salahkan, salahkan diri sendiri. Sebenarnya semuanya saling berkait dan ianya bermula dari diri kita sendiri. Masyarakat kita yang membentuk persekitaran kehidupan di sekeliling kita hari nih.  Janganlah ego dan bongkak sangat memikirkan jika anak aku, takkan buat begitu, jangan lah fikir diri kita dan keluarga kita telah dijanjikan syurga. Dari mana datangnya pemikiran seperti itu? Segalanya subjektif, dan Tuhan mengajar kita dari adanya subuh, senja, malam dan siang. Kita tak perlu buat apa-apa lagi jika tiada lagi waktu-waktu ini. Tapi setakat ini, kita masih berjumpa dengan siang dan malam.
Persoalan yang lebih penting adalah apakah yang seterusnya kita buat setelah sesuatu pengajaran Tuhan turunkan. Pengajaran yang berlaku semalam. minggu lepas atau pun 1400 tahun dulu. Adakah kita digest dan buat sesuatu.? Atau ianya sekadar berita dalam akhbar atau kitab saja. Bagi yang kehilangan, pasti ini ujian yang hebat dari sisi fitrah manusia. Iman pastinya kuat diuji. Orang lain tidak mungkin boleh merasa seperti yang mereka rasa. Namun ujian Tuhan ini buat semua. Keputusan kita, kita yg akan tanggung balasannya. Bijaksanalah wahai jiwa manusia.
Segalanya bermula dari yang asas. Walaupun untuk mengubah masyarakat ataupun dunia. Bermula dari akar. Tuhan menjelaskan dalam Al Quran. Cara hidup yang dimahukan Nya adalah umpama seperti pohon yang akarnya kukuh, batangnya besar dan kuat, serta pucuknya menjulang ke langit. Hari ini kebanyakan kita sedang duduk dipuncak, dihujung ranting hingga lupa melihat kebawah. Akar sedang diracun. Akar sudah goyah menunggu tercabut, batang pohon ini semakin kurus mengering. Namun masih kita lena diulit angin sepoi dihujung dedaun mendongak senyum, lagak manusia berkepak malaikat mahu terbang ke langit.
Kita fikir kita kerdil. Kita fikir kita miskin. Kita fikir kita bodoh. Banyak sungguh konspirasi dan doktrin mengarut yang masih kita sangka adalah jalan lurus. Kita bukan nobody. Setiap insan ciptaan Tuhan ada akal yang hebat. Setiap satunya boleh mengubah dunia dan masyarakat. Satu jiwa boleh. Jika 300 jiwa jalan bersama pun sudah memutar pusing separuh dunia. Bagaimana jika jutaan jiwa. Semuanya boleh.. bermula dengan diri kita. Nak ubah? Ubah diri kita dulu.. Buat yang terbaik mengikut kehendak Tuhan Semesta Alam. Maka alam akan jadi tempat yang lebih gembira untuk semua orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *