Makan Tahi Lembu, Dibakar hidup-hidup, Diseksa… Dimalukan..

Hukum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semakin hari semakin sedih dan takutnya aku melihat keadaan manusia disekeliling hari ini.Hari ini aku terbaca (lihat video) pasal 2 orang pencuri (dikatakan mencuri lembu, di Jengka, Pahang) yang dipaksa makan tahi lembu selepas ditangkap, diikat dan dibelasah. Sambil dalam keadaan berdarah dan terikat, mulut mereka disumbat dengan tahi lembu dan dipaksa mengunyahnya.

Sebelum ini pula dalam video lain, dinegara lain aku lihat seorang manusia dibelasah dan dibakar hidup-hidup oleh orang ramai. Ada video wanita, ada yang lelaki (dibelasah dan dibakar hidup-hidup)

Dan kes dalam negara kita lagi, terlalu banyak gambar-gambar yang mengaibkan seorang manusia kepada manusia lain disebarkan di internet atas dasar rasa tidak puas hati atau emosi yang tidak ketentuan.

Aduhai umat manusia. Tidakkah terfikir kamu yang kita ini hamba kepada Tuhan. Kita SEMUA MANUSIA INI HAMBA kepada Tuhan. Tuhan mahu menguji kita. Mahu melihat siapakah yang berlaku zalim diantara kita. Fahamkah kita apakah maksudnya zalim? Berapa banyak kali perkataan zalim ini disebut Tuhan dalam Al Quran untuk mengingatkan kita. Tuhan mahu kita berlaku adil.. kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya, jika tidak.. ianya dikira zalim. Adakah kita sebagai hamba Tuhan sudah meletakkan diri kita pada tempatnya yang sesuai?

Didalam Al Quran Tuhan mengingatkan kita tentang hukuman yang akan dikenakan kepada manusia yang berlaku zalim. Samada zalim kepada diri sendiri ataupun orang lain. Sudah pasti ada yang zalim. Ini sunnatullah. Tuhan sentiasa memberi kita pilihan, untuk jadi zalim ataupun tidak. Maka keduanya akan mendapat balasan yang setimpal.

Namun dalam Al Quran juga disebutkan Tuhan tentang mereka yang bertaubat. Manusia melakukan kezaliman mungkin atas dasar kejahilan mereka.Namun Tuhan memberi mereka yang jahil ini ruang dan masa untuk bertaubat. Mereka dibenarkan bertaubat..!! Lihatlah.. siapa yang lebih adil?

Jadi layakkah kita sesama hamba Tuhan nak menghukum manusia lain? Adakah kamu yang menjatuhkan hukuman ini lebih hebat dari Tuhan? Sudahkah kamu berlaku ADIL? Kembalilah kepada petunjuk Tuhan yakni Al Quran. Setiap hari kita berdoa mintak diberikan petunjuk. Tuhan dah berikan. Adakah kita gunakan petunjuk yang diberikan Tuhan setiap hari dalam kehidupan kita?

Aku sedih dan takut… kerana dinyatakan didalam Al Quran bahawa setiap kaum itu ada ajalnya. Dan ajalnya satu-satu kaum itu adalah pasti dan tepat (tidak cepat atau lambat sesaat pun). Bagaimanalah nasib kita jika Tuhan sampaikan ajal dalam keadaan kaum dan masyarakat kita dalam keadaan jahil, kucar-kacir, chaos, tak tentu hala, bertuhankan duit, material. Menjatuhkan hukum, mengaibkan manusia lain hanya kerana lembu dicuri.

Menangislah.. tanya diri kita..zalim kah aku?

al-fatihah

 

PERLU CARI ORANG..

booming

Salam sejahtera..

Pada hari ini, ada satu soalan yang kaki networker malas nak dengar dan tak suka nak jawab.. hehehehe..
Apakah soalan yang biasa ditanya dan tak seronok nak dijawab ini? Soalannya adalah

Soalan prospek : ..bang, bisnes ni kena cari orang ke?

Hahahha.. 🙂

dan disini, saya kongsikan jawapan yang diberikan oleh kaki-kaki networker.

Apalah nak ditakutkan dengan perkataan CARI ORANG? Aduii…

  • Ada orang sanggup cari sampah,cari tin kosong,cari besi buruk,cari surat khabar lama..demi sesuap nasi..
  • Kita CARI ORANG..bukan cari sampah,bukan cari besi buruk,bukan cari tin kosong..apa nak dimalukan??
  • Bisnes cari hantu pun kaya raya..U sanggup ke cari hantu??
  • Kita CARI ORANG yang nak bayar hutang..hutang isteri bersalin belum settle, hutang PTPTN belum selesai,hutang dengan MARA,hutang kereta kerap kali tersangkut & hutang rumah..hutang pajak gadai,hutang dengan kawan2 dan bertimbun hutang lain..
  • Kita CARI PENGANGGUR yang perlukan kerja kosong demi sesuap nasi..
  • Kita CARI KAKITANGAN KERAJAAN yang sentiasa tak cukup duit walaupun gaji sebulan RM3k !
  • Cari orang yang sedang MENCARI PELUANG..cari orang yang ada WAWASAN untuk MENGUBAH HIDUP..YANG POSITIF..DAN RAJIN BERUSAHA..
  • Jangan cari orang yang MALAS..!! Jangan cari orang yang banyak ALASAN !! Kalau jumpa orang jenis ni..SO WHAT?? NEXT..cari yang mahu..
  • Jangan putus asa..MATLAMAT tu penting..bila tak ada MATLAMAT itu yang kita selalu GAGAL dari landasan KEJAYAAN..

Sebab itu dalam BISNES banyak yang GAGAL dari yang BERJAYA..
kerana hanya sedikit orang yang sanggup hadapi cabaran..

Komen saya: Kadang-kadang orang tak perasan, sebenarnya program yang CARI ORANG itulah yang lebih baik. CARI ORANG maksudnya buat jualan. Dah itulah hukumnya berniaga. Kita ada produk atau servis, mesti ada pelanggan atau pembeli. Kalau tak ada yang beli, dari mana pulak datangnya untung dan komisen. Jatuh dari langit?!. Lebih baik program yang CARI ORANG ini, daripada program yang menjanjikan pulangan lumayan dengan tanpa buat apa-apa. Risiko program yang offer duduk diam dapat duit ni sebenarnya lebih tinggi. Kebarangkalian nya untuk jadi SCAM dan tutup kedai lebih tinggi.

Anda mahu tahu kaedah MEMBUAT JUALAN TANPA MENJUAL? KLIK DISINI.!!

Cuti Sekolah di Cyber Cafe.

£ÛÉç»á¹ã½Ç£Ý£¨1£©Òø´¨ÏòÇàÉÙÄêÍƳöÃâ·Ñ¡°ÂÌÉ«Íø°É¡±

Walaupun ibubapa mungkin ada perancangan yang pelbagai untuk anak-anak mereka sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung. Namun ada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat dalam ibubapa tidak sedar. Ada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang “bersunat”.Ada juga yang menyertai perkhemahan. Ada yang dibawa ibubapa bercuti atau melancong. Ada yang menghabiskan cuti dikampung bersama atuk dan nenek. Namun ada segelintir yang menghabiskan masa cuti mereka di Cyber Cafe..

Secara luarannya, anak-anak duduk di cyber cafe bukanlah suatu perkara buruk. Tetapi suka saya kongsikan pengalaman saya setiap kali mengunjungi cyber cafe di waktu cuti sekolah. Ianya dipenuhi oleh budak-budak sekolah.Dengan pelbagai peringkat umur. Mungkin sewaktu meminta kebenaran keluar,ibubapa tidak merasakan suatu keberatan untuk memberi kebenaran melepaskan anak-anak mereka bermain di cyber cafe. Lebih baik dari merayau entah kemana. Tak tahu mana nak cari. Bagus mereka ada di suatu tempat iaitu di cyber cafe. Namun mungkin dari apa yang saya kongsikan akan mengubah persepsi anda.

Sepanjang cuti sekolah,jika saya berkunjung ke cyber cafe, tempat ini tidak sunyi dari pekikan suara kanak-kanak yang seronok bermain permainan maya dalam talian. Tiada apa yang salah dengan berseronok.Namun apabila diamati kita akan dapat mendengar bahasa-bahasa kasar dan mencarut yang diucapapkan mereka. Tiada segan silu atau halangan.Mereka bersama kawan-kawan dan ibubapa tiada disana untuk menegur mereka. Perkataan lucah dan mencarut dilontar dari mulut kecil mereka seolah-olah ianya bahasa biasa. Saya sendiri agak malu dengan keadaan ini. Apabila ditegur,mereka akan senyap dan perlahan seketika. Tak sampai beberapa minit mereka akan teruskan kembali seperti asal.Apatah lagi jika beberapa orang rakan lagi sampai menyertai mereka. Saya lihat cyber cafe banyak mencorakkan kanak-kanak ke arah negatif.

Lihat saja ‘pop-up’ yang muncul di screen komputer bila anda mahu mencari permainan atas talian seperti “conquer the world”,”DOTA”, “Soul Calibur””Ghost in the shell”, “Guild Wars” dan beratus-ratus lagi game yang dimainkan secara online dan disertai oleh lebih dari seorang. Inilah antara faktor yang menarik minat kanak-kanak untuk bermain game ini. Mereka boleh beramai-ramai bermain dalam satu permainan bersama atas talian. Namun tanpa disedari, visual dan gambaran dari grafik yang direka untuk watak-watak dalam permainan ini memberikan impak kuat kepada bawah umur. (Jangankan bawah umur, yang tua pun kadang-kadang terbawa-bawa kesan nya ke dunia realiti). Trust me, bermain game dengan headset melekat dikepaladan screen monitor yang besar akan memberi kepuasan yang lebih, berbeza dengan kita bermain Xbox atau Playstation dirumah. Apabila kita bermain game online. Multiplayer pulak lagi (ramai pemain online bersama). Anda akan hanyut. Satu hari memang tidak cukup. Esok mesti mahu datang lagi bersama kawan-kawan. Kita sibuk mengajar anak-anak tentang aurat, adab dan budaya. Namun jika anak-anak ini dilepaskan ke cyber cafe begitu saja, maka ibubapa boleh lupakan semua itu.

sophitiaalexandra

Bayaran pula pada hari ini sangat murah. Secara puratanya sejam hanya Rm2 sahaja. Kanak-kanak sekolah hari ini mudah saja nak cari rm2.00. Ini juga antara faktor yang membuat ibubapa merelakan anak-anak mereka lepas ke cyber cafe. Kosnya murah sahaja. Namun impaknya sebenarnya sangat besar kepada anak-anak kita. Jadi sebelum anda benarkan anak-anak ke cyber cafe hari ini. Fikir-fikirkan dulu impaknya. Ada banyak lagi aktiviti yang sihat dan membina yang boleh dibuat oleh anak-anak anda. Cukuplah dengan contoh grafik yang diberi diatas. Ianya bermula dengan sedikit, bermula dengan tidak kisah. Akhirnya ianya akan menjadi kudis yang memakan diri. Tanggungjawab kita bro..

1 2 3 5