Bicara Ramadhan 2017: Keperluan MUHASABAH DIRI.

Post pertama dalam bulan Ramadhan (bulan yang panas) tahun ini, 2017. Aku nak bicara tentang MUHASABAH DIRI.

Hari ini, ramai saja rakan-rakan yang menghantar ucapan-ucapan selamat, kata-kata semangat, forwardkan hadis, doa-doa, forwardkan pelbagai bahan dan info kepada kita atau kepada group whatsapp. Tetapi kebanyakan nya hanyalah sekadar forward. Kiriman yang di forwardkan bukanlah datang dari hati si pengantar. Malah mungkin dia tidak percaya atau tidak meng”imani” apa yang di forwardkan. Tapi ada yang marah bila aku katakan begitu. Katanya aku tak menghargai apa yang dihantar.. err… mungkin. Tapi bagi aku ianya seperti makmum tegur makmum sebelah jangan bercakap. Ko cakap dulu.. ko la batal dulu. Ko kata aku tak hargai.. tapi sebenarnya ko yang menghantar sesuatu kepada sahabat tu kena fikir dulu. Apakah itu adabnya nak menghantar doa atau ucapan kepada seorang kawan? FORWARD jer..!?!?

Untuk menampakkan lebih jelas, aku bagi contoh la. Cuba korang bayangkan kawan rapat korang hantar kad raya tapi tak tulis apa2. Sekadar lukisan dan coretan berbunga yang syarikat kad tu tulis saja. Apa fikiran korang? Korang mesti pikir “mungkin dia terlupa dia belum tulis apa2 kot” atau mungkin silap hantar kot. Tak gitu?

Itu contoh kira dah tak betul jugak la tu sebab yg hantar tu ada jugak inisiatif untuk letak setem dan pos. Kes nya hari ini, FORWARD jer bro.. adakah ko rasa ko berhak dimuliakan sebab ko forward video doa orang lain untuk kawan-kawan? Owhh.. maknanya tinggal aminkan jer la yer. Aduii.. zaman dah berubah betul. Lepas tu aku plak dikatakan tak menghargai? Perghh..

Disebabkan hal forward-forward ini jugalah, makanya diwujudkan inisiatif dari badan-badan kerajaan dan swasta untuk memberikan tunjuk ajar dan penjelasan untuk umat bertindak lebih wajar dalam memanjangkan message dalam whatsapp. “Selidik dahulu, baru forward”. Atau lebih baik jika tiada langsung “jiwa” anda dalam message itu. Tak perlu forward lah lagi bagus.

Sharing aku tentang perkara ni membawa kepada suatu perkara lain.

MUHASABAH DIRI..

Dalam Islam, muhasabah diri amatlah penting supaya umatnya sentiasa berada dalam landasan yang betul menuju kearah “jalan lurus” yang akhirnya menjurus ke syurga. Secara mudahnya muhasabah diri adalah menghitung atau menilai diri sendiri. Lebih tepat lagi kalau mengikut dalil yang digunakan adalah ayat

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”  (QS. Al-Hasyr: 18)

Muhasabah diri merupakan blueprint atau perancangan seorang muslim untuk membangunkan altar hidupnya nya menuju akhirat. Allah mengingatkan supaya kita memikirkan apa yang sudah kita buat. Adakah rutin seharian kita membina atau meruntuh?  Adakah apa yang kita buat itu negatif atau positif untuk perjalanan hidup kita. Hujungnya akhirat.  Jadi dari sini kita tahu bahawa untuk menemui Tuhan juga mesti ada prosedur, mesti ada SOP nya. Sudah tau apa mahunya Tuhan. (Kalau belum.. cari dulu..) Sekarang kita mesti melaksanakannya pula mengikut blueprint.

Apakah kena mengena kes pertama tadi dengan Muhasabah diri?

Apabila kita nak memberi, memuji, memberi komen, menegur, dan melabel orang lain, cubalah Muhasabah diri sendiri dahulu. Apabila kita selalu melihat kesilapan diri sendiri dan memperbetulkannya, maka adab kita untuk forwardkan doa, forwardkan hadis, forwardkan apa-apa saja pasti berbeza. Sebab apabila kita muhasabah diri, kita akan mudah untuk duduk didalam situasi sahabat kita. Apabila pokok bergoyang, kita tidak mudah melatah menuduh dan melabel orang lain. Malah kita akan segera mencari salah diri sendiri. Ini lah latihan muhasabah diri yang kecil sebelum kita boleh faham lebih jauh tentang akhlak seorang muslim.

Didalam kerja seharian pun sebenarnya konsep muhasabah sangat penting. Jika hari ini kita dimarahi di ofis, cari kesilapan diri sendiri dahulu. Jangan terus maki bos dalam hati :p Kalau kita berniaga hari ini rugi. Muhasabah diri, nilai balik apa yang anda buat, dimana silapnya. Perbaiki yang tak betul dan jangan biar berulang. Jual2 takde orang beli, semak balik kerja yg dah dibuat. Cari mana kurangnya. Kenapa dan mengapa jadi begitu?  Jika korang dapat menguasai konsep muhasabah ini, maka sebenarnya korang sudah jumpa blueprint menuju syurga. Sebab seperti kata Tuhan dalam surah yang aku kongsi tadi, Tuhan suruh kita lihat, perhatikan apa yang dah dibuat.. adakah betul, mengikut mahunya Tuhan persiapan kita untuk hari esok (akhirat) itu.

Moga perkongsian memberi manfaat.