Ada apa pada Ola Bola?

ola bola

Hmm.. hari ini teknik pemasaran adalah segalanya. Termasuklah pada isu Ola Bola. Anda dah tengok Ola Bola? Mengapa saya nak tulis pasal isu Ola Bola? Sebab pertama adalah kerana ada ura-ura untuk filem ini disaman. Sebab mengubah sejarah. Mungkin siapa yang menonton filem ni dan nak saman..tak biasa menonton filem kot.. hehehe. Hmm.. saya dah tonton waktu awal ditayangkan. Mengapa saya pergi tonton? Sebab pemasaran yang berkesan. Adakah saya rasa filem ini bagus? Saya bagi 3 dari 5 bintang. Adakah saya rasa filem ini perlu disaman? Tak perlu..

Kenapa tak perlu saman? Ianya filem yang inspired by (diinspirasi dari), bukan sebuah filem sejarah. Sudah cukup baik bagi pihak yang nak menyaman, ada yang nak buat filem untuk mengingati mereka. Kalau tak, korang rasa ada ker bebudak hari ni nak ambik tau pasal kisah 1980 tu? hehehe..

Chiu Keng Guan sekali lagi cuba bermain dengan emosi dalam jiwa penonton tempatan, selepas filem the Journey. Teknik pemasaran dalam kedua-dua filem ini bagi aku sangat jelas, sebab kedua-duanya mempunyai “target market” yang lebih besar dari filem melayu yang kebanyakan dikeluarkan Malaysia. Ianya adalah untuk penonton “Malaysia”, bukan penonton “Melayu”, dan ianya berkenaan sukan yang semakin dinaiktaraf di Malaysia. Bolasepak.Dan bagi aku antara yang berkemampuan untuk buat promosi filem di Malaysia adalah Astro Shaw. Dan mereka betul2 “buat promosi”. Mungkin mereka juga dah jumpa resepi “bikin filim”. Sebab mereka memang berada dalam kolam yang betul. Ikan “koi renang-renang”. Hehehe..

Cara penyampaian cerita Ola Bola ni memang tak lari dari The Journey. Jadi bagi mereka yang dah pernah menonton The Journey, maka anda boleh expect bagaimana bentuk penceritaan filem ini. bagi saya CKG seorang pembikin filem ala Bollywood, jadi dia akan hasillkan filem yang BOOM kalau diberi peluang buat filem berdurasi 3 jam. ­čÖé . ┬áBagi saya filem ini dapat kutipan RM12 juta dalam masa tak sampai 3 minggu adalah kerana iklan dan marketing yang dibuat saja. Isi filem, pelakon dan teknik bagi saya biasa-biasa saja. Lebih sedikitnya sebab idea filem pasal sukan jarang nak jumpa kat Malaysia. Tapi tak tau lah, saya ni sekadar penonton wayang gambar saja. Mungkin la “kaki” juga, tapi bukan expert. Saya tulis apa yang saya rasa. Bagi saya pemasaran nya sangat bagus. Terlalu bagus sehingga tiada yang tinggal untuk di “wow” kan lagi semasa menonton filem nya. Anda akan rasa teruja bila menonton trailer nya… dan itu lah saja isi ceritanya. Yang dalam trailer tu saja… kalau anda pergi menonton di panggung wayang, anda akan tertunggu-tunggu apa lagi yang menarik.!? Dah takde.. semua dah tunjuk kat trailer.. hahaha.

Apa-apa pun its a win-win situation. Effort mereka berbayar, dan Malaysia ada satu lagi filem yang “boleh jual”. Good job.. hehehe..

Next ke panggung nak nengok MUNAFIK… ­čÖé

 

Ashadee tutup? (JomNiaga.com)

Salam sejahtera.

Wah, tak sangka pulak aku posting pertama untuk tahun 2016 ni adalah pasal penutupan Ashadee.com atau yang dulu mula-mula dikenali sebagai JomNiaga.com. (aduii.. feng-shui tak baik nih.. hahahaha… tp untuk orang yg percaya feng-shui.. :p not me la kot ). Bagi yang biasa buat bisnes affliliate rasanya kenal sangat la dengan Ashadee.com. (Bagi yang tak biasa tu.. simplenya its about buat duit dengan affiliate..). Orang dibelakangnya adalah juga otai internet marketer Mr.Gobala Krishnan. Yang juga antara orang yang mengglamerkan lagi teknik pop up (yang aku menyampah..┬á jangan marah.. hehe) pada skrin blog atau facebook di Malaysia. Namanya affiliate programnya pun orang geram.. “Samseng Facebook”. Hahaha.

Anyway, aku terkejut juga.. ingat nak cari bahan untuk linking melinking. Pegi web www.ashadee.com. Tetiba.. jeng, jeng, jengg…

Ashadeeclosed

Makluman bahawa laman web dan bisnes ashadee akan ditutup. Agak mengejutkan, sebab ramai yang beranggapan Ashadee adalah satu platform bisnes affiliate yang kukuh di Malaysia. Bagi aku sendiri, Gobala sudah pun melepasi sempadan untuk mewujudkan jenama (branding) pada dirinya sendiri. Jika, disebut Ashadee, orang tau Gobala. Orang sebut Gobala, orang ingat Ashadee. Dan platform bisnes affiliate sendiri rasanya dah berjaya di sinonimkan dengan Ashadee. Walaupun nama Ashadee itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan bisnes ini (sebab pada mulanya dikenali sebagai JomNiaga.com, yg of coz lebih catchy..) namun penutupan.!? Ianya terlalu drastik bagi segala effort yang telah dibuat. Trust me, aku dah pernah rasa. Tak perlu cerita la kan, ringkasnya aku juga pernah cuba menjenamakan “ulike”. Nampak macam gagal, tapi masih mencuba…

Apa-apa pun, ini pendapat aku saja. Jika aku adalah Mr Gobala, aku akan kekalkan platform yang ada, biarlah ianya tidak berjaya pergi ke pasaran global pun. Sebab di Malaysia, Ashadee sudah pun menjadi “someone”. You can just create another “someone” untuk pergi pasaran global dan if that also doesn’t work, u can just run back to your “someone” in Malaysia. Kenapa nak tutup?!┬á Tindakan yang aku akan buat pertama adalah fire my advisor.. hahaha. And then kekalkan Ashadee pada momentum yang stabil dan cost effisien. Then start brainstorming for new ideas.

Faham… internet di Malaysia ni sangat lah kecil. Pengguna pun yang itu-itu jugak. Kalau buat seminar internet asyik muka aku, muka kau jer. Lepas tu cerita benda sama. Tetapi idea tak pernah akan habis. Kena push to the limit. Boleh saja buat combination offline dan online. Mengapa kita tak cabar diri untuk pecahkan konsep “niche” dalam pemasaran internet.? Konsep “niche” nampak betul. Tapi bagi aku, ianya untuk skop kecil untuk internet affiliate. Malah otai internet marketing di luar macam Jamie Lewis pun memperluaskan konsep “niche” itu ke platform Offline marketing. Kita terpaksa terima hakikat bahawa akhirnya internet adalah tools sahaja dan peluang, cabaran serta lubuk yang lebih realistik dan besar adalah pasaran offline. Anda tak boleh buat pizza yang sedap dengan keyboard jer, tapi in making the best pizza, u can google the best recipe, the best technique and even combine them untuk hasilkan pizza yang marvellous.. hehehe.

Anyway, all the best diucapkan kepada Mr Gobala and the team. Semoga dapat evolve kepada sesuatu yang lebih hebat lagi. Teruskan usaha. Walaupun aku kurang setuju dengan penutupan Ashadee. Tapi..apadahal. Its up to you. Aku masih ada lagi T-Shirt JomNiaga yg diberikan kat aku percuma (masih aku pakai..) tahun 2012..

jomniagabest

Internet marketer di Malaysia ni takleh nak dipisahkan. Walaupun tak kenal, apa yang seorang IM buat pada hari ini akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada yang lain. So.. why not stay united and strong.. -smile-

 

p/s: Bila tulis post ni.. aku teringat penutupan “The Shop Around The Corner” dalam You’ve Got Mail. (Another example of a brilliant remake yg boleh jual.. hahahah)

 

 

bannerrevolusi

Leafit.com – ulasan Malaysia

Leafit Malaysia, buat duit di internet

Salam sejahtera,

Ada yang pernah dengar, ada yang belum pernah dengar. Jika anda sedang membaca ini, kemungkinan anda pernah terdengar mengenai LEAFIT.COM dan sedang merancang untuk menyertainya. Ataupun anda sedang mencari peluang mencipta pendapatan di internet yang memberi income secara global.

Baiklah, saya akan cuba memberikan ulasan yang terbaik mengenai LEAFIT.COM. Walaupun saya memang seorang assosiates (ahli ) LEAFIT.COM, namun seperti biasa, saya akan memberikan ulasan sejujurnya. Kelebihan dan kekurangan nya setakat ini (peace.!). Di ingatkan, ulasan saya adalah mengikut pendapat saya, keputusan ditangan anda. Dan perlu diingatkan juga yang Leafit.Com ini adalah benda baru “YANG AKAN” dilancarkan. Jadi ulasan saya buat berdasarkan info terkini dan bukan testimoni.

Leafit.com ini kalau dirumuskan secara mudahnya adalah satu lagi platform seperti facebook tetapi digabungkan bersama sistem penjanaan pendapatan berbilang tingkat. Ya, kalau anda nak fikir mudah, ianya adalah Facebook yang di MLM kan. Jika selama ini anda share, Like dan post di facebook sekadar untuk suka-suka, dengan Leafit.Com, anda ada peluang untuk dapat duit dengan buat benda yang sama. 

LeafIt1

Hahaha.. ada yang phobia mendengar perkataan MLM (multi level marketing). (Jadi sebelum saya pergi jauh, suka saya mengingatkan dan menimbulkan kesedaran yang Multi Level Marketing adalah konsep perniagaan yang tidak bersalah sama sekali. Yang menjadikan pasaran MLM mendapat imej buruk adalah manipulasi dari kumpulan-kumpulan tertentu yang membuat scam dan money game. Yang ini saya tinggalkan untuk anda study dan cari sendiri.. dan selesaikan dilema anda,  dalam post ini saya nak ulas tentang LEAFIT.COM saja.. :). peace. )

Gelombang yang anda rasa sekarang adalah LEAFIT.COM sedang merancang untuk menjadi fenomena baru di dunia internet dimana pelancaran secara rasmi dan besar-besarannya dijangkakan pada Mac/April 2015. Ya, coming soon. Jadi Leafit.com ini sedang merekrut seramai mungkin untuk merealisasikan kebangkitannya. Bukan senang nak masuk pasaran sekarang sedangkan facebook dah berdiri gah. Macam nak mengejutkan gergasi dari tidur lah. :). Jadi Leafit.com memisahkan platform mereka kepada LEAFIT.COM dan IGROWnet.COM. Bijak juga, untuk mendominasi pasaran, mereka biarkan LEAFIT.COM bergerak secara PERCUMA. Dan mensisipkan IGROWnet.com sebagai landasan untuk mereka yang nak buat duit. Nanti saya huraikan lagi..

LEAFIT.COM – Di asaskan oleh 4 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing, menjadikan LEAFIT.COM satu gergasi baru yang perlu anda ambil kisah. Leafit.com mempunyai sumber manusia yang berkepakaran di bidang pemasaran, pembangunan perniagaan dan pemasaran berangkai. (network marketing).

Lawrence Sowell (Pengasas),  Steve Heiman , Michael Green (Pemasaran) dan Vaughn Tarver.

Loren Sowell

 

 

 

Ok, Bagaimana leafit.com ni berfungsi dan kita mahu gunakan untuk jana pendapatan. ┬áPertamanya, konsep yang ingin dibawa oleh Leafit.com adalah ; Anda ber social media menggunakan leafit (daftar percuma sahaja, of coz), kemudian anda share, tag gambar2, (apa saja gambar) dan gambar2 ini akan di “link” kan kepada syarikat yang menjual produk. Apabila ada rakan yg anda kenali atau anda tidak kenali membeli produk, hasil dari pekongsian gambar anda tadi. Anda akan terima komisen dalam USD. Idea ini lebih kurang sama dengan Pinterest dan InstaGram. Anda join percuma, anda guna macam biasa anda bersosial┬ádi facebook, tapi boleh ada peluang untuk dapat duit, sebab Leafit.com sudah dapatkan beribu penjual yang nak menggunakan platform mereka.

retails

TAPI, ianya tidak sekadar begitu saja, bagi mereka yang nak betul2 buat duit, LEAFIT.com ini mengadakan satu lagi rakan niaga (sisipan) kepada program ini iaitu IGROWnet.com yang direka untuk mempromosi konsep diatas (Leafit.com, bersocial media dan dibayar). Maknanya, anda yang duduk di IGROWnet.com adalah jentera yang akan menaikkan branding “Leafit” supaya ianya dapat mengatasi Facebook. Dan sudah semestinya anda akan dibayar dengan macam-macam compensation plan lah bila duduk di IGROWnet.com. Cerita plan duit di IGROWnet.com memang panjanglah kalau nak dihuraikan. Cukup saya berikan carta dibawah.

unilevel

unilevel

evergreencheck

comerce

Baiklah, bagi yang tak paham dan tak clear dengan plan komisen yang diterangkan dalam carta tu takper, biar saya simpulkan saja. hehehe. Kalau mengikut plan yang diberikan rasanya memang dah boleh buat duit bagi mereka yang nak buat duit. Unilevel dan Matrik pun memberi pulangan besar dan ┬ádah cukup kalau anda berniaga dengan pasaran yang betul. Ianya memang pasaran “wang besar” apabila kita berbicara tentang pasaran tanpa sempadan.!! Dari pengalaman sayalah, saya pernah menyertai Global Domain International (GDI,. siapa yg tau.. taulah.. hehehe) yang memberi saya komisen (ciput) hanya 1USD dari rangkaian, tapi masih saya ingat lagi saya mempunyai downline dari negara yang tak pernah saya dengar dan lokasi yang susah saya nak sebut. (heheheh).. dan saya pernah lah merasa keseronokan menerima check beratus dollar suatu ketika dulu. Maksud saya income dari pasaran global. Tapi itu cerita lama.. sekarang saya sudah lebih matang dan belajar lebih banyak. Pasti saya mahu “strike” dalam peluang yang datang ini. Bukankah kita semua mahukan begitu? ­čÖé

Ini komen saya. Pertamanya, gelombang baru ini saya sasarkan akan meletup di pasaran dunia. Mengapa? Sebab ianya adalah trend masa kini. Ini yang sedang pasaran mahukan. Ini adalah bisnes “Now” yang semua orang terujakan. Sifu-sifu kata, jika anda mahu betul2 buat duit, buat di pasaran yang tiada sempadan. Sudah semestinya internet merupakan medium terbaik. Dan sosial media merupakan “produk” dan juga pemangkin yang digila-gilakan oleh pengguna (orang pasif ) dan juga penjual (orang aktif). Leafit bagi saya adalah seperti sedang menjawab soalan yang dilontarkan oleh pasaran. Jadi ianya akan jadi HEBAT.. ianya akan menjadi gergasi baru dalam media sosial.

IgrowNet

Kelemahan yang saya nampak pada Leafit pada ketika ini (yg ini subjektif) adalah konsep “akan datang”. Maknanya ianya adalah harapan dan cita-cita. Kemungkinan harapan dan impian untuk menjadikan LEAFIT salah satu gergasi di social media mungkin jadi, atau mungkin tak jadi. Tapi apa-apa pun hukumnya alam, jika kita usahakan kearah yang betul, maka jadinya akan betul. Jadi saya harapkan ianya menjadi seperti yang dirancang. Dan melihatkan gelombang manusia yang sedang mempromosi LEAFIT.com ┬ádiserata dunia sekarang ini melihatkan kelemahan ini akan menjadi kekuatan. Terutamanya di Malaysia. Lihatlah otai-otai networking sedang melonjakkan nama Leafit.com.

leader1

leader2

Jadi, kepada anda yang nak tahu apakah Leafit.com dan nak sama-sama buat duit di pasaran global. Anda boleh join saya dan saya tiada masalah untuk menjadi upline anda. HAHahahaha.. sila hubungi saya email panadoljiwa@gmail.com. Banyak lagi tips dan sharing boleh saya kongsikan. Masanya pun dah tepat.

Facebook buat ber billion ringgit, kita tak dapat apa.. dengan Leafit, anda ada peluang jadi dari sebahagian dari bisnes billion dollar tu.. tinggal nak atau tak nak saja. JOM.. duduk semeja dengan saya, kita usahakan.! Daftar free di sini, http://www.igrownet.com/simplebiz. Oh yerr.. saya ingatkan awal2.. modal untuk mulakan bisnes satu dunia, bisnes billion dollar ni hanya RM185 sahaja. Mampu dan berbaloi.. ­čÖé

chasing

1 2 3 5