Apa fikir mu tentang Tuhan?

Salam sejahtera.

Hari ini melawat insan yang aku pernah tumpang kongsi kasih sayang sedikit sebanyak sewaktu hidupnya. Namun hari ini, putus sudah taupan roh pada batang tubuhnya. Lalu dia menutup mata buat kali terakhir di alam dunia ini. Tiada rasa kesayuan yang melampau hari ini sebab aku faham segalanya adalah milik Tuhan. Kita ini “hamba”. Adakah punya harta dan kepunyaan? Tiada hakmilik apa pun kawan. Harta yang paling bernilai Tuhan pinjamkan untuk kita gunakan adalah akal fikiran. Harta yang satu inilah paling bernilai kerana ianya “pengganda nilai”. Dengan menggunakan akal kita mungkin jadi 2 kali lebih baik dari diri yang sedia ada, atau mungkin juga 2 kali ganda lebih jahanam. Jadilah bijaksana.

Bila balik ke rumah, ada cakap-cakap yang mahu jadi prihatin atau mungkin mahu perhatian. Aku ya kan saja. Sebab kata Tuhan jangan salahkan sesiapa kerana mungkin belum sampai pengetahuan kepadanya. Dan mungkin yang patut dipersalahkan atas jahilnya dia adalah kita. Mungkin. Jika belum faham untuk berani hidup berani mati. Bagi yang faham saja.

Aku terpanggil untuk berkongsi dengan mereka yang belum sampai pengetahuan kepada mereka. Kalau ada yang membaca ni masih tidak berani hidup dan tidak berani mati, maka anda lah yang paling harus baca sharing kali ini.  Cakap-cakap prihatin itu sepertinya mahu mengigatkan aku tentang “mati”. Betapa perlunya kita segera membuat persiapan untuk bertemu Tuhan. Maklumlah kita tidak diberitahu terlebih awal bila ajal masing-masing kan. Jadi bila ada manusia yang menghembus nafas terakhir kali ini, pesan dan kesan nya adalah untuk yang masih bernafas. Katanya kita ini perlu segera selesaikan “hal dunia” dan persiapkan diri untuk bertemu Tuhan.

Soalan paling asas sebenarnya yang perlu ditanya adalah.

“Apa mahunya Tuhan?.”  Adakah Tuhan mahukan kita buat sesuatu sewaktu di dunia ni? Apa dia? Jika anda boleh menjawab soalan ini, pasti saja anda akan berani hidup dan berani untuk mati. Maksudnya anda sudah faham apakah maksudnya hidup. Tiada siapa boleh kata tidak atas perintah Tuhan kan?, anda akan jadi seperti askar pejuang yang sanggup mati dan bangga untuk hidup.. sebab mereka tahu apakah matlamat mereka diberikan nyawa, dan komen orang yang kurang mengfungsikan akal mereka juga akan jadi tidak penting dan tidak rasional.

Jadi persoalan inilah yang nombor satu perlu anda jawab. Cari jawapannya, gunakan akal. Gandakan nilai diri anda. Maka inilah persiapan yang paling baik untuk bertemu Tuhan. Bukankah begitu? Pastilah persiapan yang mengikut spec (spesifikasi) diberi Tuhan yg terbaik. Mudah saja bukan? Faham dulu baru buat. Bukan sekadar bicara “ehh..segera selesaikan hal dunia”  dan kemudian siapkan pulak hal akhirat. Yang penting dulu bro.. kena tau apa mahuNya?

Saya berikan satu contoh mudah yang mungkin anda juga buat setiap hari tanpa kefahaman. Didalam bacaan solat anda ada Al Fatihah, surah ini pula ada doa atau permintaan yang selalu kita pohonkan (secara sedar ataupun tidak) iaitu. Al-Fatihah : ayat ke 6 ” Tunjukkan lah kami jalan yang lurus” Apa yang akan berlaku sekiranya tiba-tiba Tuhan tunjukkan “jalan yang lurus” itu didepan mata anda. Adakah anda akan kenal? Pastilah TIDAK sebab anda memohon tanpa kefahaman. Anda sendiri belum kenal apa itu “jalan yang lurus”. Biar faham dan kenal dulu baru anda pohon bukan?

Takkan lah anda nak doa “Ya Tuhan, berikan aku wang sejuta rupiah” sedangkan anda duduk di Malaysia dan anda tahu apa nilainya. Pasti tidak kan berlaku kan. Sebab anda berbuat sesuatu dengan kefahaman. Jadi fahamkan dulu apa sasaran nya jadi barulah anda boleh bekerja ke arah itu.

Soalan kedua pulak, bagaimana nak tau tahu apa mahunya Tuhan itu? Aaa… soalan penting nih. Jawapannya.. Tuhan dah berikan jawapan, siap dah tuliskan. Dari zaman dulu sampai sekarang tak berubah jawapannya. Tapi kena pakai akal baru faham. Semuanya ada dalam Al Quran. :p

Jadi untuk berani hidup dan berani mati mengikut kehendak Tuhan (jalan yang lurus) adalah bermula dengan memahami Al Quran.

 

Aku share satu video pendek.. dengar betul2 apa dia kata.. (minit 5:08)

Internet Luas, Sempit Di Malaysia?

Open-Minded

Salam sejahtera.

Ahh.. sedih juga bila melihat netizen, di Malaysia terutamanya.. menyempitkan dunia internet yang luas. Maka benarlah kata bijak pandai, betapa hebatnya teknologi, betapa canggihnya alat, jika digunakan oleh pengguna yang kurang bijak. Maka kecanggihan dan kelebihan tidak akan menyerlah. Susah sangat ker nak faham bahawa bukan semua berita disebarkan diinternet itu adalah benar. Dan takkan susah nak terima jika berniaga secara offline ada etikanya, bisnes online juga ada etika nya tersendiri. Cuba la faham, jika dapat gossip2 di media sosial, tak perlulah sepantas kilat forward pada kawan-kawan dan orang lain. Dan cuba pakai sikitlah kecerdasan minda anda, samada bahan yang dipostkan oleh seseorang perlu untuk diforwardkan.. berfaedah di forwardkan?. Adakah berhubung dengan kawan-kawan dan netizen lain melalui internet adalah sekadar difungsikan untuk membuang masa?. Come on lahh..

Ingat..

openmindnotmouth

Atau kalau dari segi internetnya, buka minda, fikir secara analitikal, baru buat post atau forwardkan posting orang lain. 🙂

Malaysia ini kecil saja jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Tetapi ianya akan dipandang lebih sempit jika penduduknya memberi gambaran yang sempit kepada dunia melalui internet. Internet adalah tingkap kepada seluruh dunia. Maka orang lain juga boleh melihat kita dan menilai. Tetapi mungkin sebab jiran-jiran berfikiran terbuka, kita masih ingat kita perlu bersuara. 🙂

Malas nak tulis panjang hari ni. fikir2kanlah..

Oh yaa.. lagi satu, ketahuilah bahawa jadi keyboard warrior dengan cakap rubbish itu tak cool pun..!!

Its just another way to make yourself look stupid… hehehehe.