Nak yang indah sahaja..

gilalah

Salam sejahtera.

Wow..!! Bosan gila aku dengan pasaran online sekarang ni. Aku ni yang dah buat online business sejak 2005 kadang-kadang rasa menyirap sirap dengan pasaran yang semakin tak tentu hala. Memang betul, dunia dah nak kiamat sebab Iman umat manusia sekarang ni pun tak tentu hala.

Tapi yang aku rasa tak seronok bila pasaran dah taknak ikut buku. Pasaran dah macam nak dunia ni terbalik secepat mungkin. Apa yang aku marah sangat!???

Bayangkanlah, kalau kita berniaga online ni sama jer macam berniaga offline. Bezanya kita guna internet sebagai medium. Tapi sama jer, kita perlu ada produk, kena buat jualan dan untung.

Oklah, mungkin otai2 akan kata, “ko kena jual ikut niche, baru orang sanggup bayar”. Betul.. cumanya orang yang dalam niche pun pada hari ini dah macam orang gila..!! Nak zero risk..!! “Demand” nya seolah-olah mintak supaya dimasukkan ke syurga terus.. melampau betul.!!

Bila kita jual produk, dia kata nanti “saya nak cari yang lebih murah”. Nak murah macam mana lagi kalau kita dah bagi sampai harga kos?! Ko carik tempat lain pun dah takder…!! BODOHHH..!! (tapi takde la aku cakap straight dia bodo kan.. ).  Kalau kita bagi peluang buat duit pulak untuk dia, dia kata takde modal. “Ada tak yang percuma.!?” Oklah, aku kira buat amal jariah la tolong ko.. aku bagi ko join PERCUMA jer.. ko kerja jadi affiliate lah (agen menjual), ko promosi.. dari jualan nanti ko dapat komisen. Tiba-tiba dia kata ” saya tak pandai jual-jual ni.. ada tak yang duduk diam jer?!”. Arrgghhh…!! kepala bapak kau..!! (sukahati aku lah, ni blog aku..). Apersal ko tak cakap awal-awal yang ko nak aku masukkkan ko ke syurga terus..!! kan senang..!!

Tapi ko tau tak ayat dari Al Quran ni..

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Nak masuk syurga pun kena diuji dulu lahh.. inikan pulak nak buat duit online..!!

Hakikatnya begini bro..

rockybalboa

Jadi, anda yang diluar sana tu, tolong faham yang hidup ni memang kena ambil risiko. Kerana saya ini orang yang pernah mengambil risiko, saya pernah merasa duduk di”puncak” dan saya pernah merasa “dihina”. Jika anda tidak mengambil risiko, maka mungkin anda takkan pernah dapat merasa antara kedua yang pernah saya rasa. Jadilah anda orang yang biasa-biasa sehingga anda mati dan dilupakan.

“Dan kerana aku adalah orang pernah merasa keduanya, maka aku tidak akan pernah berhenti untuk bangkit dan teruskan hidup.”

peace 🙂

Ultras Malaya Semangat Sebenar Bolasepak Malaysia.

ultrasmalaya

Mungkin anda pernah kenal mereka secara negatif. Mungkin juga anda pernah dengar mereka bersorak. “Mengamuk” dan “Membantah”. Dengan “chant” yang pelbagai dan berbunyi garang dan kurang ajar, Ultras Malaya adalah kumpulan penyokong bolasepak negara yang tidak akan berhenti menyokong dibelakang pasukan tanpa kenal penat atau tewas. Walaupun mungkin cara mereka tidak digemari oleh segelintir golongan. Namun pada pendapat saya. Api semangat yang mereka pamerkan sepanjang perlawanan berlangsung adalah semangat juang bolasepak yang patut disuarakan. Menang atau kalah bukan misi mereka. Misi mereka adalah seperti minyak yang membakar semangat pemain di dalam padang. Walaupun kadangkala mereka adalah kumpulan minoriti didalam stadium. Tetapi “ngauman” mereka akan membuat gendang dan rebana penyokong pasukan lawan ibarat dipalu dengan batang ubi. Lihat bagaimana mereka “memiliki” stadium waktu Malaysia menentang Singapura baru-baru ini.

 

 
Ada yang tidak gemar dengan Ultras Malaya kerana mereka menyuarakan pendapat secara terus terang. Tanpa tapisan atau segan silu. Mungkin dianggap tidak hormat. Tetapi jika itu yang perlu untuk membentuk semangat juang dalam sesebuah pasukan bolasepak, Ultras Malaya akan katakan. Mereka akan katakan nya beramai-ramai dalam satu nada. Jika tidak ada yang berani untuk menegur. Ultras Malaya akan nyatakan untuk anda. “Out loud” dan “in the open”.

Beberapa kali sudah saya terbaca komen penyokong pasukan lawan, yang rasa malu dengan penyokong mereka. Mereka kata pasukan Harimau Malaya patut menang kerana mereka ada Ultras Malaya dibelakang mereka..!! Hebat sungguh pernyataan ini. Maknanya apa pun berlaku di padang. Menang atau kalah, Ultras Malaya akan pastikan pasukan negara menang di bangku penyokong. Dengan semangat yang dibawa ini, aura nya pasti akan sampai ke tengah padang. Geloranya akan mengepam laungan sorak menjadi kudrat tambahan kepada pemain. Syabas Ultras Malaya.

Teruskan laungan semangat Ultras Malaya..!!

 

ultras

redultras

Sempena Syawal.. apa yang berjaya dicapai? Hari kemenangan?!

selamat hari raya

 

 

Membicarakan tentang Iman dan Islam. Hari ini ada cakap-cakap rakan sebaya sewaktu minum2 di malam raya yang membuatkan aku berhenti bercakap, berhenti berjalan, berhenti tersenyum dan terbayang wajah masyarakat sekeliling. Kata rakan ku “jika nak dibandingkan dengan negara lain, malah bandingkanlah dengan negara Arab sekalipun, pada ketika ini Malaysia adalah negara Islam yang paling baik.!”

Pada hemat aku, jika kita ini orang yang pandai menduga riak wajah Islam pada hari ini di Malaysia, maka aku terus saja katakan yang Islam diMalaysia perlukan update. Jika kata-kata itu benar (dan mungkin benar), bahwa Islam di Malaysia adalah islam yang terbaik, kita sedang meng “downgrade” Islam itu sendiri. Apatah lagi dinegara Arab.

Lihat sahaja sekeliling… IQRA’..!! Jika Islam ini yang harus dimenangkan. Jika Islam inilah yang menjadi jalan yang lurus disisi Allah. Bagaimana Allah itu mahu kita angkat setinggi darjat sebagai Penguasa Alam Semesta? Dengan Islam yang ada sekarang, seolah-olah tidak kufu lah. Mentaliti orang  di Malaysia tentang agama masih sangat daif, termasuklah terhadap Islam. Isu kalimah Allah, isu Cadburry, isu Palestin dan macam-macam lagi isu yang boleh menjadi penanda aras kepada mentaliti orang Islam kita.  Mungkin agak kasar untuk ditulis diblog, namun daripada percumanya mempromosi Bobo, Kiki, Solero, Gangnam, K-Pop dan macam-macam perangai (umat Islam) yang mencerminkan sebaliknya, lebih baik kita berhenti dan update Iman kita.. (jangan marahkan aku berkata demikian, jika anda tidak terkena tempias pun..) Siapa makan cili, jangan malu2 minta air..

Apakah menjadi suatu kesalahan untuk menguatkan iman? memperkukuhkan kepercayaan dengan yakin, membenarkan dengan lidah dan perbuatan? Adakah orang boleh pertikaikan tindakan kita untuk menggilap iman kita? Adakah orang lain yang akan menjawab soal kubur? Ada orang lain yang akan membakar diri untuk kita di neraka? Apakah iman kita sudah cukup utuh untuk menunjukkan jalan kepada anak2 kita?

Tanya diri sendiri,.. bila masa kita ini berfikir dengan sendirinya “disaat bilakah dalam hidup aku ini, yang aku mengIslamkan diri sendiri?” Bila.? Sebutkan tarikh dan masanya… seperti seorang Hindu yang ingin memeluk Islam, maka sesungguhnya lah kita ini yang Islam sejak kecil, lebih mengetahui, lebih meng”iman”i agama yang kita anuti?(Ia atau tidak pernyataan ini, anda fikirkan sendiri..)

Kita sepatutnya sudah ‘khatam’ mengenai Islam baru kita mengucap..! , mengapa kita Islam, apakah dia Islam, apa yang dituntut oleh Islam.. dan segala persoalan mengenai Islam. Ingat kembali.. “aku naik saksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”, siapa yang menjadi saksi kita?

Hari bersaksinya kita itu sungguh-sungguhlah semestinya akan menjadi hari yang kita ingati? Daripada ratio 10 orang berapa yang benar2 pernah mengisytiharkan hari itu gah seperti kepentingannya?

Atau kita sekadar mengambil kesempatan lahir dalam keluarga Islam dan kebetulan Islam adalah agama rasmi negara yang kita duduk.. adakah kita ini boleh “diautomatikkan” menjadi Islam?! Begitu saja?  Bagaimana  jika”diautomatikkan” kita menganuti agama lain? Tak perlu kita update dan upgrade?. Jangan fikir yang bukan-bukan.. kita bicara pasal Iman kita sendiri.. bukan cerita iman orang lain. Kita dan keluarga kita. Tuhan tanya satu persatu kan? Ya ker? Atau anda perlukan talian hayat untuk menjawab…? Jika semua orang berlapang dada dan mengatakan “ya..!! aku perlu update”, maka rasanya kita ini akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat..

Setiap orang perlu begitu..

Persoalan-persoalan ini perlukan jawapan. Seperti aplikasi di handphone pada hari ini yang meminta untuk diupdate. Perlukan upgrade, maka iman kita lebih-lebih lagi perlukan update dan upgrade. Bagaimana nak update dan upgrade? Sebelum saya jawab.. cuba uji dahulu minda sekejap.. kita asyik selalu menadah tangan meminta diberikan petunjuk. Adakah petunjuk sudah diberikan? Jika petunjuk ini jatuh didepan kaki, adakah kita akan kenal bahawa itulah manual kehidupan yang lebih baik? Pastikan anda sudah bersedia diberi petunjuk, jangan minta apa yang anda belum sedia untuk terima..

Jika sudah bersedia, minta ditunjukkan.. pasti akan diberi petunjuk.

 

1 2 3 4