Obsessi pada suatu yang tidak difahami.

Simple saja hal nya. Tapi sangat besar impaknya pada hidup kita. Tak tahulah korang sedar atau tak diliuar sana hari ni dicelah-celah hiruk pikuk kisah kais pagi makan pagi, jual pagi beli malam, ada peperangan yang sedang berlangsung. Bukan peperangan menggunakan pedang atau artileri berat. Tetapi peperangan minda. Dan tidaklah ianya akan berhenti bahkan  akan berterusan berlaku sehingga bumi ini diterbalikkan. Peperangan minda yang aku maksudkan adalah peperangan fahaman.

Dalam bahasa pasar nya, “aku faham begini, ko faham begitu. Aku rasa cara pemahaman aku yang lebih benar, jadi ko mesti ikut aku”.

Hakikatnya, Tuhan sendiri pun tidak bertindak begitu. Bagi Tuhan. Telah diturunkan Al Quran sebagai panduan. Jika ada yang tidak dapat faham atau tidak mahu mencari kefahaman sekalipun, Tuhan tidak akan memaksa sesiapapun untuk ikut telunjuk mana-mana manusia. Utusan Tuhan yang dihantar untuk beri pencerahan dan pemahaman juga tidak pernah disuruh memaksa orang lain yang tidak sealiran fahaman untuk menurut secara buta tuli. Untuk menerima kefahaman Tuhan itu paksinya adil. Jika sedikit tidak adil pasti ada yang tidak kena.

Memang benar, didalam ajaran Tuhan sejak bumi diciptakan untuk semua manusia tak kira apa fahaman ada dinyatakan bahwa pada suatu ketika kita harus tunduk patuh suka atau tidak kepada deen Tuhan. Namun Tuhan kata ini adalah setelah seseorang itu diberi kefahaman. Jika mereka tidak faham, berikan lagi kefahaman. Sehinggalah mereka itu berkata “ya, aku sudah faham dan jelas”. Ini jelas menjadi asbab diutus rasul. Jika tidak ada keberatan dalam hal ini maka cukup rasanya sekadar kitab2 itu dibincangkan beramai-ramai.

Inilah yang berlaku pada hari ni. Cubalah semak diri sendiri. Korang duduk dalam kategori mana? Adakah korang sudah faham apa kehendak Tuhan dalam kitab korang masing-masing? Atau korang hanya obses dengan memperjuangkan pemahaman yang korang sendiri pun tak paham lagi. Pernah tak korang jawab “YA, aku sudah faham dan jelas” kepada Tuhan. Jika belum, maka korang belum mampu pun nak memilih.  Tidak perlu pun korang ambil pihak sebenarnya. Tak perlu sokong pihak A atau B. Korang bukan Islam, bukan Kristian, bukan Hindu, bukan beragama apa pun. Sebab korang hanya ikut dan bukan faham. Ikut saja mereka yang masing-masing kata mereka yang lebih benar fahaman nya. Sebab sebenarnya  Tuhan bolehkan saja. Bolehh pilih. Tetapi selepas dah faham. Mesti ada kefahaman dulu.

Sebab apabila korang memilih setelah mendapat kefahaman yang kukuh. Berlandaskan pemilihan itulah Tuhan akan menghakimi nya nanti. Tetapi ada ancaman Tuhan dalam kitab-kitab yang diturunkan Nya kepada yang mereka yang tidak mengendahkan hal kefahaman ini. Tuhan beri ancaman hukuman yang dahsyat kepada mereka yang tidak mahu sedikit pun memusingkan roda akal untuk cuba mencari kefahaman. Hati-hati korang. Jangan jatuh ke kategori manusia seperti ini.

Jadi yang jelas hari ini, mudah saja kita nak melihat mereka yang masih tak faham. Mereka ini adalah orang yang mahu orang lain mengiakan kefahaman mereka. Jika kita tidak mahu menurut kita dilabel dan dihukum, ditangkap dan dihakimi oleh hakim2 manusia. Seperti aku kata diawal tadi. Jika berlaku sedikit tidak adil, maka pasti ada yang tidak kena pada fahaman itu. Fahaman sebegini pasti bukan dari sisi Tuhan.

Sekarang harapnya korang dah faham. Kalau tak faham lagi? Mintalah diberi kefahaman lagi. Minta dan minta lagi :p

Antara Pokemon GO & Al Quran- Melatih manusia menjadi manusia..

Komen Izzhar

Salam sejahtera.

Hahah.. ni salah satu topik yang tengah viral tapi aku segan nak tulis. Sebabnya suatu ketika dulu aku pun pernah terjebak menternak dan melatih Pokemon. Dulu masa melatih Pokemon time tu belum kahwin. Sekarang dah train anak manusia.. :p

Anyway, memandangkan semakin banyak insiden dan eksiden akibat dengan kegilaan bermain Pokemon Go, dan aku juga terjumpa suatu statement di whatsapp yang sangat mirip dengan pendapat yang nak aku luahkan pasal hal Pokemon Go nih.. aku tulis jugalah. Statement yang sungguh A aku jumpa tu rupanya datang dari Izzhar Nazri (rasanya peserta Da’i kot.. sorry aku tak kenal) korang bleh baca kat link nih.. – https://www.facebook.com/izzhar.nazri/

Statement Izzhar ni aku rasa sangat kena dengan sesiapa yang pernah melatih Pokemon atau maksud panjang nya adalah “Pocket Monster”. Sesiapa yang pernah main permainan Pokemon yang versi game boy akan ada mutual feelings aku rasa. Tang Pikachu menangis masa Ash mati dalam first movie tu memang takleh blah.. huahuahua..

Korang baca lah statement si Izzhar tu.. aku rasa dah well said. Cuma aku nak tambah sikit jer. Pertamanya, aku tak berapa nak sokong kata-kata ulama sebab apa nak haramkan permainan ni. Sebab bagi aku setiap perkara ada baik buruknya. Kalau sekadar nak menyatakan pendapat tanpa tindakan aku rasa baik takyah jadi pihak berwajib. Baik takyah keluar statement pun. Malas cakap banyak, rokok pun sepatutnya diharamkan dan lebih patut diambil tindakan drastik dari para ulama dan pihak berwajib. Rokok jauh lebih memudaratkan manusia antara manusia. Jangan lah Islam itu dikecilkan lagi skopnya, sehingga bila sampai ketika bila disiram air ke muka, wajah umat Islam berubah menjadi ektremis pula.

Dan aku juga tidak setuju dan tidak gemar dengan suara-suara rakyat yang menyokong saja ulama tanpa ada keyakinan diri sendiri. Tanpa mencari landas pendapat sendiri. Ulama tidak semestinya betul bro. Jangan angguk2, geleng2 saja bila sesuatu itu melibatkan status atau pangkat. Asal ulama kata jer mesti kena ikut, kalau tak ikut masuk neraka ker? Ingat… Bernas itu maksudnya ber “nas”. Sesuatu yang ada dalil dan hujah. Bukan lah aku kata ulama tu sentiasa tak betul. Tapi..kita semua manusia biasa bro.. (siapa nak kecam aku tu make sure ada hujah & dalil standby.. :p )

Berkenaan Pokemon Go, bagi aku sangat simple dan mudah. Seperti yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Kembali rujuk Al Quran. Untuk apa saja persoalan. Bukan hanya Pokemon Go, ini hal kecil saja. Laksanakan gaya hidup ikut Al Quran. Maka pasti tiada persoalan yang perlu dirujuk ulama setiap masa. Al Quran menyatakan supaya jangan kita berlaku zalim. Dan jangan kita melampaui batas (had/batas-hudud). Zalim itu maksudnya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Jika seseorang eksiden kerana sibuk melayan Pokemon GO, maka dia telah berlaku zalim. Kepada diri sendiri. Kerana jika mahu memandu atau berjalan, maka mata sepatutnya diletakkan pada tempatnya. Pada jalan dan bukan pada handphone. Jangan berlaku zalim. Itu pesan nya Al Quran. Jika kita gunakan 2 point asas dari Al Quran ini. Yakni tidak zalim & tidak melampaui batas maka inshaAllah kita akan mencermin sikap dan bertindak seperti seorang muslim yang selari Al Quran untuk apa-apa pun situasi.

Berpakaian,  secara tidak melampaui batas dan meletakkan yg patut dipakai pada tempatnya. Maka korang adalah contoh muslim yg baik dari segi pakaian. Ketawa, belajar, makan, bermain, bekerja, solat malah seluruhnya jika diterapkan 2 point asas ini, maka korang akan jadi insan yang lebih baik. Tak kisah la korang main Pokemon atau tidak. Asalkan korang dah tau bagaimana nak bertindak menurut Al Quran. Nak main Pokemon GO, mainlah… tapi, Al Quran dah jenguk belum? hehehe.

Peace. :p

 

 

Kehidupan pantas tanpa pentunjuk – Al Quran

atakacuh

Peribahasa omputeh berkata: “Speed Kills..” Tak sangka pula rupa-rupanya dalam kita bangun,tidur, kerja- bangun,tidur,kerja setiap hari kepantasan waktu yang berlalu tu membunuh kita perlahan-perlahan. Laju sangat kita ni menjalani hidup, sampai tak clear apa tujuan. Posting kali ni nak mengajak diri aku sendiri dan yang sudi membaca untuk berhenti sekejap.. check kenderaan pantas korang dan yang paling penting check peta.. check gps korang. Check halatuju. Asyik berjalan saja.. nak pergi mana ni?  Kalau dalam hidup.. check Al Quran. Mungkin dah lama tak tengok. Adakah ianya sudah tidak relevan utk kita? Ko yakin?

Memahami petunjuk Tuhan. – Al Quran.

(yg ni bahasa puitis sikit.. sabor jerlah.. cuba la paham.. hahaha)

Sungguh kasihan melihat diri tidak dapat melihat dalam gelapnya malam. Aku tidak ada petunjuk. Nafasku sesak. Walaupun pagi tadi aku lihat cahaya memandikan setiap sudut dengan ilmu dan petunjuk Tuhan. Belum juga aku faham walaupun bersilih gantinya kelambu alam. Tidak semudahnya aku jatuh cinta, tidak semudahnya aku memahami rencana Tuhan. Kasihanilah aku, yang semakin kusut. Jiwa dan hidup. Nafas dan kalbu. Dunia, wang dan politikus usang.

Dahaga kasih Pencipta walaupun hujan turun membasah diri setiap pagi. Janganlah seksa aku begini, Tuhan. Jika aku Kau pilih, pimpinlah aku. Jika aku tak layak, apa lagi harus aku buat? Sekarang aku tahu tak mudah menongkah arus dan langit yang kelabu. Kalau tiada petunjuk hidup. Atas titian penghubung mana yang harus aku imbang diri. Bawalah aku pergi, walau sedikit saja iman dalam sedu yg ada ini.

Segala puji buatMu Tuhan. Rupa-rupanya Kau mengajar manusia melalui kalam. Melalui Al Quran. Diantara malam yang kian meninggalkan gelap dan subuh yang menyingsingkan fajar Kau berikan penjelasan dengan kitab-kitab. Alam tidak pernah keliru, tetap berserah dengan rencanaMu. Tapi aku,.. tangisanku belum henti. Pipiku masih basah, sebab aku takut terlerai janji. Selama ini tali janji aku ikat dalam nafsu dan keliru. Pawana itu semilir, semirip. Kini janji Mu Tuhan,aku rasa sangat berat dan terlalu sayu hati bila menyimpulnya. Mampukah aku? Aku takut.. rajuk dan rindu kepada sumpah setia, cinta pada ciptaan Mu yang indah-indah, yang mudah-mudah, yang limpah ruah. Masih basah dan bayangnya masih menghapus resah, seakan benar. Bantu aku Tuhan..

Al Quran ini lah petunjuk. Yang merungkai benih akidah, menjadi pohon yang menjulang ke langit. Bukan lagi sangka-sangka perhimpunan unggas atau pertempuran sawa dan tedung. Bukan kalimah keramat yang berbatasan waktu. Yang menjelaskan sapi betina, nas, dalil dan gunung-ganang. Terungkailah janji-janji yang menaungkan cahaya lebih terang dari bintang dan matahari. Keluarkan yang kelam dari kegelapan. Ada cahaya dalam Al Quran.

———————————————————————————————–

Janganlah tidak endahkan Al Quran. Jangan biarkan orang lain yang bacakan, yang fahamkan Al Quran untuk kita. Al Quran itu untuk setiap individu masing-masing. Carilah sebab untuk mendekatkan diri. Jangan cari alasan untuk jauhkan diri. Alasan anda untuk jauh dari Al Quran sebenarnya adalah alasan untuk mati dalam kehinaan. Jangan kata susah atau tidak tahu bahasa Arab, tajwid atau sebagainya. Jalannya mudah, hukum Tuhan juga mudah. Jangan melampaui batas. Itu saja. Orang yang dipilih Tuhan untuk mengajarkan Al Quran tidak diajarkan Tuhan untuk sombong diri atau menghinakan manusia lain dimata mereka. Akhlak mereka adalah senada kehendak Tuhan. Rapatkan diri, mintalah bacakan, mintalah jelaskan, mintalah difahamkan. Jangan nanti terlambat.

Semoga anda tahu destinasi..

alquran

 

1 2