Sebab Untuk Berjaya..

Ramai pakar-pakar motivasi kata kebanyakan orang yang gagal adalah mereka yang buat alasan, bukan buat tindakan.  Adakah anda setuju?. Kata-kata ini bermaksud jika anda hari ini asyik gagal, tidak kaya dan berjaya maksudnya ANDA SENDIRI LAH MASALAH nya. Setuju..!?

YA.. mereka kata anda banyak sangat bagi alasan.. banyak sangat TAPI sebelum mula buat kerja.. adakah anda begitu?

Ada yang setuju tapi ramai juga yang tak berapa nak setuju kan.. hehehe. Pernyataan ini adalah benar, dan saya juga setuju. Tapi tidak 100%.

Ianya subjektif. Dua individu yang berbeza pasti saja akan mempunyai kapasiti untuk bertindak yang berbeza. Jadi ada satu faktor yang penting, duduk diantara ALASAN & KEPUTUSAN.  Iaitu PERANCANGAN.

-Manakan boleh kita minta seorang lelaki biasa untuk lari pecut 100meter dalam masa 10 saat? Yang boleh lari selaju itu pasti mereka yang seangkatan Usain Bolt sahaja. Adakah ini alasan untuk tidak lari dalam pertandingan 100 meter? Bukan.. inilah perancangan.

-Mana nak sama sales yang anda akan dapat disebuah gerai didalam NU Sentral dengan gerai di bawah pokok. Adakah pengusaha ini gagal sebab tak cukup usaha?

-Mana boleh kita minta seseorang untuk berhenti kerja 24 jam dan letakkan usaha pada suatu bisnes baru dengan alasan jika anda tidak buat alasan pasti anda berjaya.

Jadi kapasiti atau kemampuan untuk bertindak sebenarnya menjadi kunci kepada kayu pengukur samada ianya sekadar ALASAN atau pun tidak. Jika kita siapkan 2 individu dengan tools yang sama dan kapasiti untuk bertindak yang sama dan seorang lagi gagal mencapai tahap yang dikehendaki. Maka itu adalah kayu pengukur sebenar. Wujudkan situasi TIADA ALASAN untuk tidak berjaya dahulu. Disinilah pentingnya PERANCANGAN..

Rancang dulu apa saja yang hendak anda laksanakan. Nilaikan kemampuan, letakkan sasaran dan BUAT (EXECUTE). Jika anda tak buat juga.. maka anda sedang buat ALASAN..!!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *