Sambut Hari Raya Berapa Hari?

sambut hari raya Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015. Ramai yang masih dalam mood berhari raya. Bebudak sekolah pun masih bercuti. Mak bapak ada juga yang masih bercuti. Hari ni kalau ikutkan adalah hari raya yang ke 4 (ada ker hari raya ke keempat?). Sekadar nak mengajak berfikir.. sebenarnya hari raya ni disambut berapa hari? Kalau dulu-dulu masa aku kecik2, rasanya hari raya ada 1 hari jer.. kemudian bila dah membesar sikit ada pulak hari raya kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam… dan seminggu. Last2 sekarang ni orang buat open house sepanjang Syawal. Maknanya sebulan hari raya..!! Woww..!! Tanya diri balik.. errr.. apa yang dirayakan actually ekk?! (sambil aku tanya diri aku, cuba korang tanya dulu diri sendiri dan jawab dulu soalan nih sebelum teruskan pembacaan..)

Oklah, kalau ikut paham “tangkap muat” aku.. hari raya ni kita rayakan sebab berjaya berpuasa selama sebulan yakni berjaya melaksanakan satu dari 5 rukun Islam yang wajib. Jadi.. adakah patut hari raya itu disambut setiap hari selama bulan Syawal? Adakah orang kita ni paham sebenarnya berapa hari nak beraya tuh? Sebab kalau kita perhatikan baik-baik, orang Islam terutamanya orang melayu kita ni mudah sangat membudayakan sesuatu. Kalau jer ada something yang terkedepan, maka itulah yang jadi ikutan. Orang kita suka mengikut-ikut. Mudah saja kita dimanipulasikan oleh media semasa atau media social atau suara masyarakat. Lihat saja apa yang berlaku di Low Yatt. Betapa hebatnya kuasa media yang boleh menggerakkan kumpulan-kumpulan manusia hanya dengan beberapa rangkap text message. Orang kita mudah dimomokkan. Mudah dimanipulasi. Mudah digertak.. media dan suara majoriti menjadi peranan utama. Contohnya, kalau anda keluar hari ini memakai baju berwarna merah.. tiba-tiba anda lihat orang disekeliling semuanya memakai baju hijau. Sekejap lagi bila saja ada suara yang menyindir.. pasti ketika itu juga anda berlari pulang dan datang semula dengan baju warna hijau. Apakah ini tindakan yang wajar? Adakah tidak perlu anda persoalkan dan dapatkan jawapan. Bagaimana jika anda tiada baju warna lain untuk dipakai kecuali warna merah?! Adakah anda bersalah?! Adakah warna hijau lebih superior disebabkan ianya suara majoriti? Majoriti semestinya benar? Adakah ini bangsa yang nak kita banggakan. Bangsa yang ikut saja tanpa kritik dengan akal?

Aku bukan nak mengutuk sesiapa, tapi amalan budaya yang kita ikut ini seharusnya kita nilai dengan rasional, dengan ilmu dan dengan bijaksana. Sebab kadangkala budaya-budaya yang kita amalkan dalam masyarakat kita bukannya mengikut nas dan dalil yang betul, lebih memilukan hati lagi apabila ada amalan-amalan budaya yang terbiasa kita buat ini menghimpit, menyusahkan dan sebenarnya negatif untuk bangsa kita. Aku teringat dengan satu amalan budaya yang aku sendiri menyirap-sirap..!! Iaitu amalan menjamu tetamu diwaktu orang meninggal. Aku memang terkesan dengan amalan ini sebab aku sendiri rasa ianya membebankan. Keluarga yang kehilangan orang tersayang mungkin sedang dalam kesusahan, malah kesempitan dan serba kekurangan. Tapi terpaksa pula nak menyediakan makan-minum, menjamu tetamu yang datang melawat jenazah. Memanglah kalau mengikut adatnya ianya kelihatan patut dan sopan, sebab yg datang biasanya orang tua yang otai-otai. (Tapi datang nak berborak jer pun.. baca Yasin pun tak..)Tapi ianya membebankan kepada keluarga tuan rumah. Hal ini diadukan sendiri kepada aku oleh salah seorang anak arwah. Bila aku fikir-fikirkan balik, amalan ni tak ada dalil yg kuat, malah tak bagus.. dan banyak lagi amalan-amalan yang tidak sepatutnya kita amalkan, kita buat tanpa kritik akal.

Kembali pada hari raya..

Amalan yang kita sendiri wujudkan untuk hari raya juga adalah amalan yang bagi aku banyak buruk dari baiknya. Memang baiknya pada amalan kunjung mengunjung, memohon maaf pada orang tua, sedara mara dan sahabat handai. Mengeratkan silaturrahim. Tetapi untuk melaksanakan itu, kita lebih banyak membazir, membuang masa, dan hipokrit..! Perkara-perkara baik seperti mengeratkan silaturrahim sepatutnya dibuat setiap hari.. pada bila-bila masa tanpa membazir. Mengapa saya katakan membazir?. Sebab beli baju melayu Aaron Aziz atau Baju Melayu Nabil.. (Hahahaha.. bukan nak kutuk bro.. aku terfikir contoh tu.. kekeke..). Bayangkanlah, beli baju melayu, baju kurung, baju kebaya, dan lain-lain fesyen 3 pasang (sebab nak beraya 3 hari.., raya ke empat dah kena kerja, kalau tak 4 pasanglah hehehe.). Sepasang baju harga beratus bro.. dan rata-rata purata satu keluarga pada hari ni akan menghabiskan RM500 untuk baju raya, dan RM500 lagi untuk persiapan rumah dan makanan (sekeluarga) . Dan percayalah.. untuk aku lah.. takyah cakap orang lain… baju Melayu ni aku pakai hari raya dengan hari Jumaat jer pun. Apahal nak beli mahal-mahal?!! soalan yang paling penting.. nak elok dipandang TUHAN ker atau dimata manusia? Puasa Ramadhan tu sempurna ker? dan diSAHkan Tuhan diterima masuk syurga ker?!! Yang melompat sakan beraya bagai nak rak tuh dah konpom masuk syurga ker?! Lepas hari kemenangan tanggungjawab hutang, anak beranak, kerja overtime semua tuh dah tak payah pikir ker?

Sebab ramai yang bergolok bergadai untuk hari raya. Budaya kearah merayakan AidilFitri selama sebulan semakin menular dan amalan ini menyusahkan dan merugikan umat kita. Amalan ini patut kita buat sesuatu dan diperbetulkan. Memang bila aku search pun banyak suara-suara diluar sana yang nakkan kita buat sesuatu, betulkan budaya menyambut hari raya yang keterlaluan ni. JADIKAN SAMBUTAN HARI RAYA 1 HARI SAHAJA. Dan sememangnya, jika korang mencari jawapan kepada soalan berapa hari sambut hari raya Aidilfitri sebenarnya? Jawapan yang betul dan sepatutnya adalah SATU HARI sahaja..!! (Hari kedua dah Puasa Enam.. cemana nak raya lagi kalau dah puasa?.. kan tak sesuaii… hehehehe)

p/s: Lepas ni kompom orang tak jemput aku datang beraya.. kehkehkeh.. Atas dasar apa mengatakan majoriti itu mesti benar?! Aku suka pakai baju merah.. 😀

 

2 comments

  • Sham

    Assalamualaikum,
    Pandangan yg tidak tepat. Puasa sunat 6 hari tidak diwajibkan atau di tetapkan mesti berpuasa pada hari ke dua syawal. . Bg dalil dlm al quran atau hadis mengatakan bahawa raya puasa cuma sehari sahaja.

    • UlikeEditor

      Ya betul ler tu. Saya nk menghighlightkan jika hari kedua dah dibenarkan puasa sunat.
      Jadi mana efisiennya hari raya disambut lebih dari satu hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *