Rahsia disebalik program kerja urus email dari rumah.. Pn Masnah.

Spesifik pulak tajuk kali nih yer? 🙂 Bukan apa, saya memang ingin membawa perhatian anda berkaitan online bisnes dengan memberi contoh sekali. Kebetulan bila soalan diajukan kepada saya mengenai “kerja menguruskan email dari rumah”. jadi saya terpanggil untuk membuat post ini. Saya akan menyampaikan pendapat saya sahaja, dan saya tidak akan membuat keputusan untuk anda. Biarlah pilihan untuk turut serta dalam mana-mana program yang disyorkan kepada anda ditentukan dengan tips2 yang akan saya kongsikan. Baiklah.. isu ini timbul apabila ada beberapa rakan bekas peserta bengkel seminar intensif internet yang saya adakan bertanyakan tentang program ini.. glamer juga program ni, glamer juga Pn Masnah ni.. hehehe..

gambar2

 

Jika dibaca dari iklan yang dipaparkan, kerja ini nampak menarik. Terutamanya kepada mereka yang gemar online atau banyak menghabiskan masa melayari internet. Kerjanya nampak mudah dan memberi gaji yang lumayan. Apatah lagi jika dibaca habis, ianya bukanlah affiliate atau MLM, ianya adalah kerja sebenar.!! (seperti yang kita sedia maklum, ramai yang sudah putus asa dengan affiliate dan MLM, kerana dah penat mencuba tapi TAK kaya-kaya seperti yang diwar-warkan). Maka ini peluang baik yang perlu direbut. Takkan sesusah mana nak menghantar email bukan? Anda yang membaca setakat ini pun dah berasa seronok dan mahu mendaftar sekarang.

Baiklah, baca sampai habis dulu. Saya akan huraikan kebaikan dan kelemahan program ini, berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Anda setuju atau tak setuju, terpulang. Saya bukan nak memburuk-burukkan program orang, cuma menjelaskan yang terselindung. Nilai sendiri.

Pertamanya: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu isikan borang dan email akan dihantar kepada anda mengenai maklumat lanjut. Kalau anda SMS nombor Pn Masnah tuh, pasti tak akan dijawab. Jadi berikan email anda.  Dan untuk turut serta bekerja menguruskan email dari rumah ini, anda perlu buat bayaran RM60. Bayar pada akaun Pn Masnah. ( Pada hemat anda, rm60 masih lagi berbaloi, sebab dari maklumat yg diberikan kepada anda. Satu email (triplet.! dlm iklan tak dinyatakan yg ianya triplet.!)  anda akan dibayar RM90.! Jadi, kalau aku join bayar RM60, hari nih juga aku buat kerja hantar email, satu email pun (dapat RM90) dah pulang modal + untung RM30.. begitu fikir anda bukan? Hmmm.. sebenarnya ia tidak begitu..

Keduanya: Apabila anda sudah buat bayaran, barulah anda akan diberikan langkah2 atau gerak kerjanya. Apakah kerja yang perlu anda buat? Apa yg anda mahukan adalah email cookies. (Email cookies ini adalah email yang perlu anda hantarkan/replykan untuk mendapat bayaran) Bagaimana untuk dapat email cookies ini, dan bagaimana nak dapat gaji dari menguruskan email ini? Ok, sekarang anda akan sedar bila anda diberitahu oleh Pn Masnah dan gengnya, yg mereka akan membayar RM90 untuk 3 (TIGA) email cookies yang anda hantar@replykan. (sebab itu ianya dipanggil email triplet). Adakah email cookies ini disediakan oleh Pn Masnah (Admin)? Jawapannya YA dan TIDAK..!!

TIDAK,  sebab bukan Pn Masnah (admin program) yang mendapatkn email cookies tersebut untuk anda. Andalah yang sebenarnya perlu mencari sendiri email cookies tersebut dengan membuat promosi link anda. Promosi link merupakan syarat sah wajib untuk anda terima email cookies. (of coz la kan.. )

YA, sebab apabila ada orang join (bayar RM60 kepada akaun Pn Masnah), email pemberitahuan (notification) akan dihantar kepada email Pn Masnah (admin). Pn Masnah akan forwardkan email ini untuk menunjukkan bahawa anda ada 1 email cookies (yakni sebenarnya anda dah berjaya buat 1 jualan). email pemberitahuan ini sebenarnya Email cookies..!! Woww… hebatnya permainan ini..!!

Tetapi dengan email yg anda dapat ini adakah anda akan dibayar? Belum lagi bro..!! Ingat.. triplet..!! hehehe. Jadi anda perlu tingkatkan lagi promosi untuk mencari 2 lagi jualan (sale). Oh ya.. !! Apa produk yang anda jual yer? (nothing..!!). Anda jual harapan orang lain yg nak bekerja menghantarkan email dan dibayar gaji. Adakah Pn Masnah and the geng sudah dapat duit.. Ya..!! Bila anda akan dibayar.. ? Jika anda dapat 3 email cookies.. bermakna anda buat 3 sale = RM180 masuk akaun Pn Masnah, barulah anda anda dibayar RM90..

Kelemahan lain:

1- Tracking sistem hanya memaparkan berapa kali link anda di klik. Namun tiada tracking untuk memberitahu anda jika anda diantara klik2 itu telah buat bayaran dan join melalui link anda. TIADA MAKLUMAN.. Anda hanya boleh berdoa yang Pn Masnah berlaku jujur dan memberitahu anda bahawa ada sekian2 jumlah orang dah join melalui link anda. Jika ada 100 orang pun join (sepatutnya anda dah ada 100 email cookies), anda takkan tahu jika Pn Masnah taknak bagitau.. perghhh.. !!

2-Admin yang mengendalikan program adalah Pn Masnah SAHAJA..!! Maknanya anda buat iklan, jika orang ada sebarang pertanyaan, orang akan email dan sms Pn Masnah sahaja. Anda bukan Admin. Anda tidak berkuasa mengawal apa-apa pun. Anda sebenarnya membuat promosi untuk orang lain. Walaupun dengan link promosi anda, tetapi duit akan masuk ke akaun Pn Masnah, email akan dihandle oleh Pn Masnah. Anda hanya boleh berdoa yg Pn Masnah sukakan anda 🙂

3- Email triplet..! Kebanyakan newbie atau pencari pekerjaan online yang baru bermula akan cepat berputus asa. Jadi, ramai yang berhenti setakat dapat 2 email cookies.. anda pun tahu sekarang, 2 email cookies tiada bayaran.! Pn Masnah dapat RM120 dari peserta baru, dan RM60 dari anda.!!

 

Kebaikan:

Pada dasarnya, jika Pn Masnah dan teamnya jujur dan menjalankan tugas2 Admin dengan baik. (SMS dibalas, email dibalas, ada staff yg bertugas 24 jam melayan karenah peserta baru). Program ini ada sedikit kebaikannya.Sistem ini sebenarnya boleh bertahan lama, kerana ianya seperti mengajar budak baru bekerja online..secara paksa. Macam suruh budak2 makan nasilah. Untuk kebaikan mereka juga kan. Dan ianya pula win-win situation. Setiap 3 sale berlaku, yg mempromosi akan dapat 50%.. (walaupun lebih bagus jika diletakkan produk). Tetapi bagi saya, lebih banyak kelemahan yang ditunjukkan, seolah-olah membayangkan pengendali program ini memang berniat untuk membuat SCAM. Namun ini pendapat saya saja.. pendapat anda saya tak tahu.. orang mintak pendapat saya. Saya berilah. hehehe.. Tepuk dada, tanya selera..!!

Klik sini untuk info program tambah pendapatan online yang lebih baik..

9 comments

  • am

    hampir terjebak juga. tapi tak jadi sebab pelik kenapa ramai sangat yang promote link program ni. huhu..

  • Ikhwan

    Saya dah buat kerja ni. 2 bulan saya buat. Saya dapat RM1230. Mmg kerja dia promote. dan segala yang bro cakap tu. semua betul.

  • dulu aku pun nyaris terjebak dengan aktiviti mcam ni…untuk membuat kerja dari rumah tak mudah seperti yang kita jangka.. tapi kalau dilakukan berterusan tak mustahil juga pasif income boleh dicipta

  • Ooo gitu cara tipunya. Byk kali dah terpandang terlihat iklan tersebut. Tipu rupanya..

  • waff

    Xnak cari org pun xpe kalo nak keje secara online..nah join clixsense nie x rugi pun..mcm kerja dari rumah, yg bezanyer clixsense nie free..x perlu nak keluarkan modal, x perlu nak bankin2 duit kat org, lpas register dah blh buat keje, pegi dekat task dgn offer utk buat kerja..simple dan senang nak faham..http://www.clixsense.com/?6976441

  • Pingback: CharityID tipu? | The Blog That U Like.

  • KAORI

    Nasib baik dapat maklumat dari internet..Hampir nak join hari tu.Thanks a lot for da info

  • saiful

    Buat pn masnah and the geng…..hrp anda berlaku jujur bila berbisnes….saya x kata u all penipu,cuma berharap anda smua boleh berlaku jujur dan adil…kami dah tlg u all bt income, apa salahnya jika u all pula bantu kami bt income….bru kita WIN win…
    Ingat!!!!! Doa org yg teraniaya lebih cpt dan lebih termakbul…..
    Jadi….kepada yg suka menipu sebelum ni, berubahlah jdi insan yg berguna…jujur dan adil…semoga Allah memberkati segala usaha baik kita nanti..

  • puvana

    saya ingin menyertai email online. minta puan maznah mssg saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *