Selamat Datang ke Ulike.com.my

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Terima kasih kerana anda telah sampai ke sini. Pastinya anda telah mendaftar dengan ulike.com.my. Jika belum, segera sertai kami. Ianya percuma dan anda boleh mendapatkan pelbagai hadiah dan informasi dari kami. Disamping itu, kami juga menggunakan platform blog ini untuk anda mendapat info-info berguna sebagai pengguna dan anda juga boleh berkongsi pendapat bersama ahli ulike.com.my yang lain.

Secara ringkasnya ulike.com.my mengumpulkan pengguna di Malaysia dibawah satu laman web yang santai. Apa saja akan dikongsikan di ulike.com.my. Bukan saja ilmu mengenai bajet keluarga, barangan pengguna, shopping tips, motivasi yang akan dikongsikan dilaman web ini, malah apa saja yang menarik minat anda. Memang konsep asas kita ingin mewujudkan komuniti pengguna yang matang dan bijak. Tetapi apa salahnya kita bergerak ke arah itu dalam persekitaran yang relax dan santai.

Lebih menarik lagi cabutan bertuah akan diadakan setiap bulan. Anda tidak perlu lakukan apa-apa, cukup sekadar membaca email dan berita yang kami hantar (dan doa sedikit tuah, hehehe..) Dan hadiah-hadiah yang kami berikan sangat lumayan. Hadiah barangan pengguna seperti barangan elektrik, perkakasan dapur, laptop, iphone, tab, baju t-shirt dan macam-macam lagi.

InsyaAllah, jika lebih ramai penaja menyertai kami, hadiah-hadiah yang akan dihidangkan kepada anda akan menjadi lebih lumayan. Inilah cara ulike.com.my mampu menyediakan hadiah dan diskaun untuk anda semua. Kami menyalurkan kos pengiklanan para penaja (peniaga) kepada anda. Ianya situasi menang-menang. Penaja mahu anda melihat iklan mereka, mendapat info yang tepat mengenai produk mereka menerusi Ulike.com.my. Kami akan emailkan iklan mereka (anda tidak semestinya beli) kepada anda. Kami memberi hadiah kepada anda sebagai penilai samada produk ini bagus atau tidak, menerusi Ulike.com.my. Dan kami adakan cabutan bertuah dengan hadiah yang sangat hebat.

Anda tidak akan rugi apa-apa di Ulike.com.my. Malah semua orang adalah pemenang. Apa yang saya maksudkan, walaupun anda tidak mendapat hadiah cabutan bertuah pada bulan ini, sebenarnya apa yang dikongsikan dengan ahli Ulike.com.my adalah sangat bernilai. Ilmu-ilmu dalam ruangan kami seperti “Bajet Keluarga”, Shopping Tips”, Pilihan Editor” dan lain-lain sebenarnya adalah ilmu yang bernilai tinggi. Sebelum ini, ilmu-ilmu ini hanya dikongsikan dalam seminar berbayar yang kami adakan diserata Malaysia. Topik pengurusan kewangan yg ada didalam “Bajet Keluarga” saja bernilai RM250 seminar sehari. Itu belum lagi topik motivasi dan pembangunan diri (anda mahu berubah..bukan?).  Anda akan dapati ilmu-ilmu sifu ini percuma di Ulike.com.my. Jadi apa-apa pun yang berlaku, anda pasti tidak akan rugi apa-apa malah sangat beruntung. Jadi VIP (orang penting) dengan percuma dan bergaya. 🙂

Mahu pastikan anda dapat hadiah setiap bulan?! Bulan ini dapat iphone 4, bulan depan dapat laptop, bulan lagi satu dapat tv plasma… Wahhh..!! Macam mana nak buat tuh?. Bagi berlaku adil kepada ahli yang membantu Ulike.com.my mempromosikan laman web ini kepada rakan-rakan (tak rugi apa pun bagitau kawan), hadiah cabutan bertuah juga akan diberikan kepada ahli yang membawa ahli yang memenangi cabutan bertuah pada bulan itu. Maknanya, anda perkenalkan Ulike.com.my kepada rakan. Kemudian dia bertuah untuk dapat hadiah (laptop la contohnya), maka anda pun layak untuk dapat hadiah yang sama (laptop). Wow..!! (saya lihat anda tersenyum..) Jadi jika anda seorang yang bijak pandai, pastilah anda akan segera menwar-warkan laman web Ulike.com.my melalui link anda (pastikan melalui link anda yg betul) kepada rakan facebook, tweeter, jiran, kawan sekolah, pakcik guard, dan sebagainya. Kerana jika mereka bertuah anda juga bertuah. (Buat setiap bulan.. maka setiap bulan anda dapat pelbagai barangan dari Ulike.com.my). Best kan.!!?

Selain cara mempromosi link anda itu, anda juga boleh dengan mudah menempah tempat menjadi finalis cabutan bertuah setiap bulan dengan membeli produk tawaran pada bulan tersebut. Klik disini untuk tempah tempat menjadi finalis cabutan bertuah bulan ini (31 Mei 2012), ianya teknik bekerja secara bijak.

Ok. Rasanya cukup sampai sini dah faham dah bagaimana Ulike.com.my nih. Yang penting, tiada risiko. Duit anda tidak diperlukan di sini (jika anda mahu..). Jadi, adakah anda akan suka kami di Ulike.com.my? Saya pasti u like… Hehehehe..

TQ.

 

 

 

1 46 47 48