Kemana perginya wang anda setiap bulan?

Sebagai pengguna, sudah pastilah kita perlu berbelanja setiap bulan. Tetapi ramai diantara kita yang kadangkala terlebih belanja sehingga pendapatan yang sedia ada tidak mencukupi pada bulan tersebut. Kebanyakan yang menghadapi masalah ini adalah mereka  yang bekerja 9-5 atau bekerja tetap dengan gaji bulanan. Namun ianya juga berlaku dikalangan mereka yang bekerja sendiri. Keadaan akan lebih mencabar apabila harga barangan meningkat. Ada juga yang terpaksa ‘mengikat perut’ gara-gara wang untuk digunakan setiap bulan tidak mencukupi dan terpaksa berhutang.

Adakah anda dikalangan mereka ini? Bagaimana keadaan ekonomi keluarga anda?. Tahukah anda kemana perginya wang anda setiap bulan?

Rasanya ramai yang faham akan kepentingan mengadakan buku bajet untuk keluarga. Dan hampir semua orang menyetujui akan kepentingan membuat bajet setiap bulan. Malah Bank Negara sendiri pernah mengeluarkan naskah buku bajet untuk digunakan oleh pengguna supaya taraf ekonomi keluarga dapat ditingkatkan dan begitu juga ekonomi Negara secara tidak langsung.   Dengan mengadakan rekod dalam bajet anda, anda boleh mengesan perbelanjaan, duit keluar masuk dan boleh membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Suka saya tekankan, kebanyakan keluarga atau individu yang mempunyai masalah dengan hutang dan kesempitan wang tidak menyediakan bajet. Atau paling ramai, ada atau pernah mengadakan bajet, tetapi tidak mengikuti pelan dan jadual dalam bajet yang telah dibuat. Sungguh merugikan. Bahkan jutawan-jutawan yang sudah berjaya dan mempunyai jutaan duit pun mempunyai bajet mereka tersendiri, inikan pula kita.

Ulike.com.my ingin menyeru pembaca supaya segera mengadakan bajet bulanan anda hari ini. Jangan berlengah. Adakan bajet bulanan anda, buatkan dalam bentuk buku atau pun Excel. Ianya sangat penting kerana dapat menjadi kayu pengukur keadaan ekonomi keluarga anda. Walaupun anda berhutang dan tidak cukup wang setiap bulan, amat penting anda adakan bajet setiap bulan agar anda tidak terus kesempitan wang dan tindakan-tindakan susulan untuk memperbaiki keadaan dapat dibuat. Biarkan angka-angka menunjukkan negative sekarang supaya dapat kita atasinya kemudian hari.

Sudah ada bajet? Adakah anda berbelanja mengikut bajet yang anda sendiri sudah tetapkan? Ini adalah salah satu faktor penting dalam menguruskan kewangan dan bajet. SIKAP. Memang sikap anda suka berbelanja, suka buat hutang, suka membeli barang mewah, dan lain-lain lagi sikap negative yang menjauhkan anda dari bajet, perlu dihindarkan. Memang susah sebenarnya.. dalam kes-kes sebenar saya lihat ramai yang tidak boleh berubah sikap untuk bajet.  Saya beri contoh, mereka yang suka menghisap rokok. Mudah ker nak berhenti? Andaikanlah duit belanja rokok anda RM300 sebulan. Jika ekonomi keluarga kurang baik. Bukankah tindakan bijak menghentikan tabiat merokok dan RM300 tadi boleh diagihkan kepada keperluan lain.

Jadi SIKAP dan BAJET keluarga adalah sangat berkaitan dan memerlukan komiten untuk melaksanakannya. Tetapi jika anda mahu sentiasa dalam keadaan terkawal, anda perlu buat bajet serta perlu mengubah sikap yang negatif.

Saya sendiri mempunyai sikap seperti ini. Saya suka berbelanja di pasar malam. Bagus, kerana barang-barangnya lebih murah. Tetapi apabila sampai ke pasar malam, saya selalunya akan membeli lebih dari apa yang perlu. Beli makanan banyak sampai tak habis dimakan. Beli buah-buahan 2, 3 jenis sekaligus.  Ini adalah sikap yang akan mengganggu bajet saya. Memang susah untuk diubah, tetapi PERLU diubah.  Apabila saya sedar keadaan (hasil dari pemerhatian bajet) maka saya ubah. Biarkan isteri saya seorang yang pergi kepasar. (Isteri saya tidak suka pergi kepasar, sebab lebih gemar shopping mall) Maka masalah yang mengganggu bajet itu tadi dapat diatasi. Jadi sentiasa gunakan bajet untuk mengawasi dan perbaiki ekonomi keluarga anda dari masa kesemasa.

Perkara pertama dalam ruangan Bajet Keluarga kali ini adalah – Adakan buku bajet anda…sekarang..!! Barulah anda tahu kemana perginya wang anda setiap bulan.

 

Mahu berubah..? Atau tak perlu berubah..?

Mahu berubah atau tidak sebenarnya bergantung kepada kehendak individu sendiri. Tiada siapa yang dapat memaksa kita untuk melakukan apa yang kita mahu buat. Yang ini rasanya semua orang pun faham. Tetapi kadang-kadang kala kita diletakkan dalam situasi yang memerlukan kita untuk membuat keputusan untuk berubah ataupun tidak. Sewaktu saya menjalankan beberapa siri seminar suatu ketika dulu, saya temui ramai individu yang berbelah bagi samada untuk berubah atau tidak.

Saya bukan maksudkan orang yang kata dimulut mahu berubah tetapi tidak melakukan tindakan. Orang yang semacam ini memang selalu saya jumpa. Mungkin ada sifat malas disitu.  Kes ini lebih menarik. Ada orang yang tidak mahu berubah kerana takut untuk menanggung risiko. Adakah ini sikap yang baik atau tidak?

Kebanyakan orang akan kata ini adalah sifat negatif, kerana tidak berani mencuba dan merendahkan kemampuan diri sendiri. Tetapi cuba anda fikir-fikirkan apa yang ingin saya bincangkan. Kita ambil contoh orang yang cukup sekadar ini dengan mereka yang sentiasa agressif dan mahukan lebih. Bukankah ianya jauh sangat berbeza. Orang yang hidup sekadar ada sentiasa ada masa dengan keluarga, kurang pening kepala, anak ramai (hehhhehe..) tetapi sentiasa dalam keadaan sipi-sipi.. heheheh maksudnya kalau terkurang sikit bulan nih kena ikat perutlah. Tetapi kejatuhan mereka mungkin tidaklah sakit sangat. Esok lusa dah recover.

Kalau yang sentiasa agressif dan mahukan lebih ini pula, mereka sentiasa bergerak, lupa makan, lupa anak bini. Sentiasa mencari peluang dan sentiasa mengambil risiko. Maklumlah kata orang kalau  nak win big kena la willing to give big. Tetapi kalau jatuh, masya Allah memang tutup buku. Sebab nak naik semula sangat susah, kerana mereka sudah sacrifice big. Jatuh pun teruk.

Jadi, ada segelintir mereka yang takut ini telah merasa kejatuhan atau ada juga yang mendengar kejatuhan rakan atau saudara mara mereka dalam hidup. Maka mereka mengambil keputusan untuk play safe. Tidak mahu mencuba langsung. Sebab bagi mereka kalau cuba, mungkin gagal. Kalau tak cuba, still masih dalam keadaan yang sama.

Ini semua terpulang masing-masing. Saya tidak boleh katakan yang mana lebih baik untuk kehidupan anda. Sebab kedua-dua pilihan samada untuk berubah atau tidak mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Anda nilaikan sendiri. Saya sendiri kadang-kadang apabila dilanda masalah berat akan berkata dalam hati, ” mengapalah aku nak menyusahkan diri buat itu ini, cuba bisnes baru, atau buat program baru walhal aku tau risiko dan kerja-kerjanya akan membebankan aku.Dan mungkin akan gagal dengan teruk..!!”

Tetapi saya selalu katakan dalam diri. Hidup hanya sekali, dan manusia perlu merasa kedua-duanya. Gagal dan berjaya. Jadi jika anda pernah gagal atau pernah melihat yang hampir dengan anda gagal. Usahakan pula untuk merasakan nikmatnya BERJAYA. Paling tidak anda berlaku adil kepada diri sendiri.

terima kasih.

1 45 46 47 48