Dah tengok Patriots Day?

Busy-busy pun sempat juga curi-curi masa pegi layan movie. Hehehe. Gi tengok cerita apa yang sempat jer. Cerita tangkap muat jer nih.. ahaks.!!

Yang sempat ditonton, Patriots Day. Lakonan Mark Wahlberg, ada jugak Kevin Bacon berlakon sekali tu. Well, aku taknak jadik spoiler untuk korang dengan hurai panjang lebar pasal movie nih. Sebab baru release cerita nih. Aku tengok pun masa first day release kt Malaysia. Tapi aku nk korang tau kenapa pada awal2nya aku intai-intai movie nih? Sebab dalam trailer movie nih ada scene seorang pompuan bertudung sedang di interrogate pasal “bombing”. So, aku jangka movie nih jadik isu. Tetapi tekaan aku jauh meleset, sebab director movie nih sangat delicate dan sensitive terhadap isu islamophobia nih..

OK, aku pegi details sikit. Sikit jer.. hahaha..

Patriots Day nih adalah adaptasi dari kisah sebenar yang berlaku di Boston (AS). Ada seseorang telah meletupkan bom buatan sendiri di upacara marathon tertua di AS. Benar-benar berlaku pada tahun 2013. Jadi ada yang terbunuh dan ramai yang putus kaki. movie ni banyak berkisar pasal emosi semua yang terlibat dalam pengeboman nih. Watak fiksyenal yang dilakonkan Mark Wahlberg adalah sebagai watak polis biasa (bukan FBI) yang bergandingan dengan penduduk Boston untuk sama-sama menangkap penjahat (yang dalam cerita nih adalah keluarga Islam). Dalam cerita nih korang akan dapat quotes motivasi yang power. Sebab ceritanya pasal kerukunan sesama penduduk Boston melalui saat tragis dibandar mereka. Aku rasa beberapa scene interogation tu dah dipotong/ditapis di Malaysia. Taknak timbulkan rasa kurang selesa orang Islam di Malaysia mungkin.

Macam aku kata, aku taknak jadi spoiler untuk cerita panjang lebar. Baru la korang rasa nak pergi tengok citer nih… huhuhu.

Apa yang aku suka pasal movie nih adalah kebijaksanaan pembikin filemnya yang menjadikan tajuk utama cerita ni adalah pasal good versus evil. Dan bukan extremist agama, racist, kumpulan atau sesiapa yang perlu dipersalahkan. Ianya pasal bagaimana untuk bersatu padu untuk mengatasi apa yang sedang berlaku. That’s it..!! Jadi harapan aku untuk orang Islam di Malaysia juga adalah supaya berfikiran lebih terbuka. Jangan pilih kasih. Janganlah terlalu jumud dan berjihad mengkhinzir buta. hehehe.

So.. sesiapa yang belum tengok dan rasa nak sedikit me ‘melodrama’ kan diri. Pegi lah tengok.. hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *