Sempena Syawal.. apa yang berjaya dicapai? Hari kemenangan?!

selamat hari raya

 

 

Membicarakan tentang Iman dan Islam. Hari ini ada cakap-cakap rakan sebaya sewaktu minum2 di malam raya yang membuatkan aku berhenti bercakap, berhenti berjalan, berhenti tersenyum dan terbayang wajah masyarakat sekeliling. Kata rakan ku “jika nak dibandingkan dengan negara lain, malah bandingkanlah dengan negara Arab sekalipun, pada ketika ini Malaysia adalah negara Islam yang paling baik.!”

Pada hemat aku, jika kita ini orang yang pandai menduga riak wajah Islam pada hari ini di Malaysia, maka aku terus saja katakan yang Islam diMalaysia perlukan update. Jika kata-kata itu benar (dan mungkin benar), bahwa Islam di Malaysia adalah islam yang terbaik, kita sedang meng “downgrade” Islam itu sendiri. Apatah lagi dinegara Arab.

Lihat sahaja sekeliling… IQRA’..!! Jika Islam ini yang harus dimenangkan. Jika Islam inilah yang menjadi jalan yang lurus disisi Allah. Bagaimana Allah itu mahu kita angkat setinggi darjat sebagai Penguasa Alam Semesta? Dengan Islam yang ada sekarang, seolah-olah tidak kufu lah. Mentaliti orang  di Malaysia tentang agama masih sangat daif, termasuklah terhadap Islam. Isu kalimah Allah, isu Cadburry, isu Palestin dan macam-macam lagi isu yang boleh menjadi penanda aras kepada mentaliti orang Islam kita.  Mungkin agak kasar untuk ditulis diblog, namun daripada percumanya mempromosi Bobo, Kiki, Solero, Gangnam, K-Pop dan macam-macam perangai (umat Islam) yang mencerminkan sebaliknya, lebih baik kita berhenti dan update Iman kita.. (jangan marahkan aku berkata demikian, jika anda tidak terkena tempias pun..) Siapa makan cili, jangan malu2 minta air..

Apakah menjadi suatu kesalahan untuk menguatkan iman? memperkukuhkan kepercayaan dengan yakin, membenarkan dengan lidah dan perbuatan? Adakah orang boleh pertikaikan tindakan kita untuk menggilap iman kita? Adakah orang lain yang akan menjawab soal kubur? Ada orang lain yang akan membakar diri untuk kita di neraka? Apakah iman kita sudah cukup utuh untuk menunjukkan jalan kepada anak2 kita?

Tanya diri sendiri,.. bila masa kita ini berfikir dengan sendirinya “disaat bilakah dalam hidup aku ini, yang aku mengIslamkan diri sendiri?” Bila.? Sebutkan tarikh dan masanya… seperti seorang Hindu yang ingin memeluk Islam, maka sesungguhnya lah kita ini yang Islam sejak kecil, lebih mengetahui, lebih meng”iman”i agama yang kita anuti?(Ia atau tidak pernyataan ini, anda fikirkan sendiri..)

Kita sepatutnya sudah ‘khatam’ mengenai Islam baru kita mengucap..! , mengapa kita Islam, apakah dia Islam, apa yang dituntut oleh Islam.. dan segala persoalan mengenai Islam. Ingat kembali.. “aku naik saksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”, siapa yang menjadi saksi kita?

Hari bersaksinya kita itu sungguh-sungguhlah semestinya akan menjadi hari yang kita ingati? Daripada ratio 10 orang berapa yang benar2 pernah mengisytiharkan hari itu gah seperti kepentingannya?

Atau kita sekadar mengambil kesempatan lahir dalam keluarga Islam dan kebetulan Islam adalah agama rasmi negara yang kita duduk.. adakah kita ini boleh “diautomatikkan” menjadi Islam?! Begitu saja?  Bagaimana  jika”diautomatikkan” kita menganuti agama lain? Tak perlu kita update dan upgrade?. Jangan fikir yang bukan-bukan.. kita bicara pasal Iman kita sendiri.. bukan cerita iman orang lain. Kita dan keluarga kita. Tuhan tanya satu persatu kan? Ya ker? Atau anda perlukan talian hayat untuk menjawab…? Jika semua orang berlapang dada dan mengatakan “ya..!! aku perlu update”, maka rasanya kita ini akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat..

Setiap orang perlu begitu..

Persoalan-persoalan ini perlukan jawapan. Seperti aplikasi di handphone pada hari ini yang meminta untuk diupdate. Perlukan upgrade, maka iman kita lebih-lebih lagi perlukan update dan upgrade. Bagaimana nak update dan upgrade? Sebelum saya jawab.. cuba uji dahulu minda sekejap.. kita asyik selalu menadah tangan meminta diberikan petunjuk. Adakah petunjuk sudah diberikan? Jika petunjuk ini jatuh didepan kaki, adakah kita akan kenal bahawa itulah manual kehidupan yang lebih baik? Pastikan anda sudah bersedia diberi petunjuk, jangan minta apa yang anda belum sedia untuk terima..

Jika sudah bersedia, minta ditunjukkan.. pasti akan diberi petunjuk.

 

Kipas Susah Mati -Susah Mati

Print

Hahahaha.. saja letak tajuk dalam bahasa Malaysia. best pulak bunyi nyer. Ok, sebenarnya aku nak cerita pasal cerita terbaru Die Hard – A Good Day To Die Hard. Bagi yang tak suka spoilers jangan baca. Sebab nanti aku cerita lebih-lebih tak best dah korang nak tengok kat wayang. Aku memang akan tulis sebab memang aku minat Die Hard dari dulu. hehehe..

Anyway, franchise Die Hard yang ke 5 nih bagi aku agak kurang meletup. Sebabnya John McClane dalam cerita kali nih nampak tua dan nampak tak gagah. Kata-kata menyindir yang biasa aku suka dengar dalam Die Hard 1 hingga ke 4 dah kurang dalam A Good Day To Die Hard nih. Apa-apa pun aksi-aksi “redah jer” yang sentiasa menggambarkan watak kepada hero kita nih memang tak boleh lari la.. Aksi-aksi stunt dan letupan memang best. Nak pulak kalau tengok kat panggung yang sistem surround yang superb memang lagi powerlah. Kepada yang minat action movie, memang takkan kecewa. Cuma bagi aku “pedas”nya Die Hard kali nih sama macam sebelum. Jadi bila kita dah makan tomyam pedas 4 kali. Pada kali kelima kita makan, kalau pedas yang sama…so, kita pun rasa “gitu2” jerlah. Kira ok jer lah. Memang level 4 bintang jugaklah. Cuma bagi peminat Die Hard macam aku mungkin ternanti-nanti sesuatu yang lebih “pedas berapi”. Macam sebelum nih kalau kita tonton Die Hard 4.0, John McClane menembak jatuh sebuah helikopter dengan menggunakan sebiji kereta. Now, that is “pedas berapi”. Hehehheehe..

Satu lagi yang mengganggu konsentrasi aku menonton cerita nih adalah “tuuutt”. Iaitu suntingan bagi kata-kata mencarut dalam cerita. Aku perasan start Die Hard 3 banyak sangat dah mencarut-carut dalam skrip (mungkin start Die Hard 3 cerita dah campur black people). Yang kali nih pun banyak.  Maka kalau kita tengok wayang kat Malaysia, konpom2 lah kena potong kan.. Jadi memang akan terganggu lah konsentrasi kita yg menonton nih. Aku bukannya nak kata aku suka dengar mencarut-carut tuh. Cuma Aku nasihatkan lain kali jangan la mencarut- tak baik.. hahahahaa. ada ka patut.!!

Anyway apa-apa pun bagi aku Die Hard 3 : With A Vengeance adalah yang terbaik dalam semua franchise Die Hard setakat nih. Tapi aku minat Die Hard 4.0 (Live Free Or Die Hard) sbb ada perisa yang tersendiri. A Good Day To Die Hard tak dapat nak mengatasi 3 dan 4. Sorry to say. Mungkin faktor umur membuatkan hero kita nampak tua dan kurang bertenaga, ataupun memang Bruce Willis dah tak larat nak berlakon dan terpaksa letak watak “anak”nya juga sebagai McClane Jr sebagai ‘hero bersama’. Hahaha.. bagi peminat susah mati akan susah nak terima orang lain lebih hebat dari John McClane, walaupun anak sendiri. Sama macam susahnya nak terima hero meningkat tua macam Mel Gibson dan Danny Glover dalam Lethal Weapon. Dengar2 nak buat Die Hard 6. tapi aku rasa Die Hard nih akan best produced by John MacTiernan, dan dia patut fikir how to end it. Aku cadangkan “Die Hard 6: Sudah-sudahlah tuh” hehehehe.

So, bagi siapa-siapa yang nak menonton. pergi lah tonton. Cerita nih aku bagi 4 bintang  jugak lah. So, takde la nak kata kecewa sangat. Boleh layan laa..  Aku nak pergi layan hantu Kak Limah plak.. heheheheh.

 

1 2 3 11