Jimatkan Wang Dengan Teknologi.

Jimat Wang Dgn Teknologi

Dizaman yang serba canggih ini, bermacam-macam  perkara bermanfaat yang boleh digunakan dengan teknologi bagi menjimatkan kewangan anda.Antaranya adalah seperti berikut:-

  • Dengan adanya  Internet dan kemudahan seperti  skype , google voice anda boleh berhubung dengan sesiapa sahaja dengan lebih mudah dan murah melalui Internet.Anda tidak perlu lagi membuat panggilan dengan telefon anda yang hanya akan menambahkan lagi bil telefon anda setiap hujung bulan.Cara menjimatkan ini juga amat sesuai jika anda ingin berhubung dengan orang yang berada jauh seperti di luar negara.Tidak perlu teragak-agak lagi untuk menghubungi mereka dan yang pastinya anda boleh menghubungi mereka selalu tanpa risau akan kosnya.

 

  • Daripada  anda berbalas-balas mesej dengan teman melalui SMS di handphone.Adalah lebih baik anda berbalas mesej dengan e-mail anda ataupun kemudahan seperti Yahoo Messenger  tanpa membayar apa-apa caj. Wang anda dapat dijimatkan dan anda boleh berbalas-balas mesej tanpa had.

 

  • Anda juga boleh menghantar  dokumen tanpa perlu menggunakan cara lama iaitu dengan mengirim melalui pos atau kurier.Gunakan sahaja e-mail anda untuk menghantar dokumen tanpa ada apa-apa caj penghantaran seperti kita menghantar secara biasa .Apa yang anda perlu buat adalah dengan memuat naik semua dokumen yang hendak dihantar, kemudian emailkan. Dokumen tersebut bukan sahaja akan diterima dengan lebih cepat, bahkan lebih selamat dan mudah serta percuma.

 

  • Sekiranya anda minat membaca,novel, buku motivasi dan sebagainya.Jika anda ingin menjimatkan wang, anda boleh layari banyak laman web yang menyediakan e-book secara percuma.Anda hanya perlu download dan kemudian anda sudah boleh membacanya tanpa mengeluarkan duit sesen pun.

 

  • Dengan adanya kemudahan wifi percuma seperti di Restoren Macdonald, Starbucks,KFC dan juga di kedai – kedai Mamak.Sambil anda makan dan berbual anda boleh menggunakan kemudahan internet ini sebaik mungkin .

 

  • Sekiranya anda suka menonton filem, drama, ceramah. Dengan adanya teknologi internet, anda tak perlu lagi berhabis duit untuk pergi menonton wayang atau membeli cd.Kini anda boleh tonton online seperti di youtube contohnya Ceramah Agama J yang memang banyak giler. Bukan sahaja dapat ilmu, yang paling penting duit pun tak keluar.

 

Ada banyak lagi jika nak difikirkan, walaupun tak seberapa semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

 

Tips Memilih Dan Membeli Buah Durian

Musim durian datang lagi !!! anda suka durian? apalagi jom pergi beli durian tapi kena hati-hati juga. Memang ramai  penjual-penjual durian diluar sana, ada yang ikhlas menjual dan ada juga yang menipu.Kita pun kena la ada ilmu juga dalam memilih durian yang elok.  Disini admin kongsikan tips memilih buah durian..:)

1. Duri

Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk

Buah Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

3. Baunya

Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya. Dikhuatiri buah tersebut matang secara tidak normal dan kemungkinan ia telah diperam. Buah yang diperam tidak lagi segar dan rasanya tidak berlemak seperti durian yang matang secara semulajadi.

4. Kulit

Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Retak atau pecah pada bahagian kulit durian akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.

5. Menggoncangkan Durian

Untuk memilih isi durian yang berkualiti dengan cara menggoncangkan buah dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika  dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Dan yang terakhir sekali jangan makan sorang-sorang ..haha

Apa terjadi apabila GERGASI bergaduh?

Salam sejahtera.

Kali ini saya ingin berkongsi tips “apabila gergasi bergaduh”. (hehehe) Bunyi macam nak baca buku cerita kanak-kanak jer kan. Jangan risau, budak-budak sekarang pun tak nak kenal siapa ‘Awang Kenit’ atau ‘Jack dengan kacang ajaibnya’.Masing-masing sibuk dengan God of War atau Angry Bird.

Baiklah..antara masa yang terbaik untuk membeli belah adalah apabila “gergasi bergaduh”. Maksud saya sebenarnya adalah apabila berlakunya situasi syarikat-syarikat besar yang menyediakan barang keperluan yang sama bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Contoh pertama saya berikan adalah syarikat telekomunikasi. Cuba anda lihat iklan di tv, perhatikan baik-baik suatu ketika dulu (sehingga sekarang pun) syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan Digi sibuk membuat iklan memberi pelbagai hadiah dan keistimewaan. Masing-masing mengiklankan di media bahawa mereka memberi extra servis yang terbaik. Dan mereka masing-masing memberi mempunyai extra servis tersendiri. Mengapa begitu? Mengapa mereka perlu mempromosi dan bekerja lebih untuk mandapatkan pelanggan?. Anda tahu jawapannya?

Ya, betul. Secara puratanya permintaan kepada pendaftaran baru pengguna talian handphone sudah menghampiri tahap maksimanya. Semua orang dah ada handphone dan ada nombor telefon kegemaran mereka. Seboleh-bolehnya mereka akan kekal dengan nombor yang sama dan tidak akan mendaftar nombor yang baru.  Maka jika di Malaysia ini ada 10 orang. Maxis dah ambil 5 orang, Celcom ambil 4 orang, Digi ambil 1 orang, maka bagaimana mereka nak tambah keuntungan setiap tahun?. Caranya adalah dengan  mempelbagaikan servis, membuat tawaran yang lebih baik dari syarikat pesaing, dan memujuk anda bertukar ke perkhidmatan mereka. (Atau lebarkan skop business mereka-tidak dibincangkan disini). Disinilah anda akan mendapat nilai yang lebih untuk wang anda. Pada ketika seperti inilah anda berbelanja. Apabila “gergasi bergaduh”.

Aaa…. sekarang anda dah faham maksud saya kan? Hehhehe… saya berikan contoh lain. Bagi mereka yang duduk di Selangor mungkin sedar bahawa beberapa tahun lepas ada pergaduhan antara gergasi yang sungguh dahsyat di USJ (Subang Jaya). ehhehehe.. Lihat gambar dibawah..

Kalau anda lihat dalam gambar diatas, Mydin Mall yang baru dan besar dibina betul-betul bersebelahan dengan Giant (USJ). (dalam gambar boleh nampak papan tanda Giant di parking mereka yg betul2 bersebelahan dengan pintu masuk Mydin Mall). Jadi pada ketika pembukaan dan awal sessi perkenalan ini berlaku perang poster,perang harga, iklan mempromosi dan tawaran harga yang sungguh “ketidakkepercayaannyapuunn”.. hehehe.. Malah ada saja poster yang menyindir jiran sebelah dan memuji kehebatan diri pada ketika itu. Kadang-kadang pelanggan sampai tersenyum melihat keletah 2 gergasi ini. Tetapi apa-apa pun keadaan kembali tenang dan ultraman tidak diperlukan. Walau apa pun yang mereka buat yang beruntung adalah pengguna. Inilah antara masanya anda mendapat lebih nilai untuk wang anda.

Situasi gergasi bergaduh ini juga tidak akan berlarutan. Kadang-kadang mereka mendapat kata sepakat. Kadangkala pula salah satu gergasi akan tumbang. (Saya tak pasti adakah Giant USJ masih bertahan). Ini sebenarnya bergantung kepada pengguna. Andalah tuh. Jadi, jom intai-intai. Mana tau ada “gergasi sedang bergaduh”. Kadang-kadang kedai kecil pun ada buat perang harga nih.. so, check it out.  hehehehhe..

1 2