Apa status Whatsapp anda?

inventwhatsapp2

Salam sejahtera.

Semalam dalam aku sibuk-sibuk mengupdate handphone. Aku belek-belek contacts number dalam handphone. Baru aku perasan, ada beribu-ribu contact number kat dalam handphone. Semua ni aku kenal ker? Hahahaha.. cam tak kenal jer. Owhh.. baru aku perasan yang nombor-nombor ni aku add dari aplikasi WHATSAPP. So.. aku go through pulak dalam contacts yang ada dalam apps WHATSAPP. Aku terperasan sesuatu… yang mungkin korang pun tak perasan selama ni.

Sekarang nih rasanya sangat ramai lah pengguna handphone smartphone yang guna whatsapp. Rasanya lagi ramai yang gemar berborak dalam whatsapp group dari berkomunikasi dalam facebook group. Walaupun sebenarnya (bagi mereka yang tak tahu) whatsapp ni dah secara rasmi dipunyai oleh Facebook (Mark Zuckerberg). Walhal pencipta Whatsapp yang juga bekas pekerja dalam Yahoo ni pernah mintak kerja kat Facebook tapi kena tolak. Hahahaha..  Facebook beli WhatsApp dengan harga berbilion USD..  (pembelian termahal kot..) Dan whatsapp juga telah mengakibatkan, dan  dijangka akan berterusan mengakibatkan kerugian berbilion usd kepada pasaran telekomunikasi  dunia yang menggunakan suara (voice  to voip).  Sebab sekarang semua dah malas cakap. Nak whatsapp jer.. huhuhu.

Anyway, aku bukan nak cerita pasal Zuckerberg atau Facebook atau Whatsapp sangat sebenarnya…  (walaupun kisah jatuh bangun founder whatsapp ni bagus untuk inspirasi.. hehe.. korang carik sendiri laa..) aku suka nak menarik perhatian korang pasal bagaimana semuanya bermula dan apa kaitannya ngan kita semua. Inilah sesuatu yang mungkin korang tak perasan. Tahu tak korang pada permulaan pembangunan WhatsApp ni idea yang nak diletakkan adalah idea kecil sahaja iaitu “hendak meletakkan status pada nama dalam contact”. Itu saja sebenarnya yang cuba dibuat oleh Brian Acton dan Jan Koum . Namun setelah dikembangkan ianya menjadi lebih gah dan sehingga hari ini, dilaporkan ada lebih kurang 900 juta pengguna smartphone menggunakan WhatsApp. Dan idea kecil tentang status  itulah yang pada hari ini tidak diendahkan sangat. Orang dah gunakan whatsapp seperti bercakap. Malah lebih baik dari bercakap sebab dapat menghantar gambar kepada  yang “mendengar” / “membaca”. Jadi ramai yang tak kisahkan “Status” itu lagi. Mereka lebih kepada nak ber message sahaja. Memang itu ler matlamat utama pengguna.. hahaha.

Jadi, hari ini cuba korang bukak bahagian contacts dalam whatsapp korang dan cuba baca satu-satu STATUS WHATSAPP rakan-rakan anda.  Korang  akan dapat lihat sesuatu yang lebih dari sekadar status. Inilah idea asal yang mencetuskan WHATSAPP. Cuba baca status mereka. Walaupun dah diletakkan status yang preset seperti – “Available, Busy, At School, At the gym, Sleeping” dan lain-lain. Kelebihan untuk meletakkan status dengan kehendak masing-masing sebenarnya boleh lah juga melambangkan identiti pengguna nombor whatsapp tersebut.  Sebagai contoh kalau dia tulis statusnya “ BN sentiasa dihatiku” , boleh lah kita andaikan empunya nombor whatsapp ini cenderung berpolitik dan cenderung kepada parti politik mana.. hehehe.. atau ada yang tulis “kerja..kerja..kerja..” jadi kita boleh anggap pengguna ini selalu sibuk dan komited kepada kerja. Atau jika kawan anda letakkan sesuatu yang berbunyi ceria, dia mungkin seorang yang happy go lucky dan suka tersenyum..

Jadi boleh lah dikatakan status ini melambangkan diri korang. Ramai yang tidak endahkan status ini juga. Mungkin mereka tak perasan atau tidak merasakan ianya penting. Namun hari ini setelah korang baca post ni, korang dah tau, inilah punca yang mencetuskan aplikasi whatsapp dan ianya bernilai besar, dan korang akan terfikir untuk buat status whatsapp yang gempak-gempak dan bombastic untuk melambangkan identiti  korang. Dan kalau korang rajin, cuba la baca status rakan-rakan anda di whatsapp tu.. nanti korang akan setuju dengan pendapat aku sebab kebanyakan status yang ditulis tu kena dengan perangai kawan-kawan yang kita kenal tu. Ianya melambangkan imej mereka atau keadaan emosi diorang pada waktu terkini. Ianya lebih dari sekadar ayat.. ianya juga inspirasi kepada orang lain.

Cuba belek-belek whatsapp tu.. hehehehe. Bermula dengan idea kecil , namun ianya bernilai billion..

inventwhatsapp1

Tak ada duit, nak mintak tolong siapa?

stressed

Salam sejahtera..

Hari ini mereka yang dulu kata tidak mahu bercampur politik, yang dulu kata biarlah dan yang dulu kata, ko buatlah.. aku ok jer, semuanya dah terasa kesan ekonomi yang semakin menghimpit. Aku tak taulah pendapat korang semua. Tapi yang aku pasti.. semakin ramai di sekeliling aku yang mengeluh. Tak cukup duit, tak cukup bahagia, malah semakin merana. Mana tak merana kalau hutang keperluan asas pun tidak mampu nak dibayar. Sudahlah kita ini dilatih untuk berhutang sejak habis sekolah. Nak sambung belajar buat hutang, nak beli kereta,nak kawin, beli rumah.. buat hutang. Kemudahan asas seperti elektrik dan air pun mereka ajar kita berhutang. Jangan sangkal lah yang hidup kita ini secara tidak sedarnya adalah milik orang lain. Apabila kita berhutang, sudah pasti harus dibayar. Kalau tak dapat nak bayar, maka akan hilanglah kebahagiaan. Sudah pasti kebahagiaan akan hilang, kerana semuanya yg kita bina berlandaskan hutang. Dan yang lebih istimewa, semua hutang itu ada bunganya. Jadi kalau hari ini, anda berhempas pulas mencari RM3000 sebulan untuk melunaskan hutang sambil berusaha untuk teruskan hidup. ITU TIDAK CUKUP..! ! Matematik anda salah. !! Anda tidak membeli bahagia bersama-samanya. Anda hanya beli kehidupan material. Tiada bahagia disitu.

Namun..

Memanglah susah untuk untuk anda melawan arus, untuk katakan kepada 1000 mulut diluar sana yang mengejek, memandang sinis motor buruk yg anda pakai kehulu-hilir. Orang yang naik motor  kecik kehulu-hilir ini sudah pasti dicop miskin. Duduk pula dikawasan yang tidak ada wifi, tidak ada McDonald. Tidak ada bank. Wahh.. sungguh kolot, tiada kemajuan. Mesti dulu belajar bodoh dan tak masuk universiti..!! Sanggup anda mahu melawan arus kata-kata ejekan sebegitu? TAHNIAH DAN SYABAS jika anda sanggup. Jika anda mampu, maka anda sebilangan manusia yang terpilih. Saya mahu jabat tangan anda, jika kita berjumpa.

Tapi, orang kata nasik dah jadi bubur. Hutang dah berlambak, macam mana nak buat. Kalau aku rompak bank takut pulak mati kena tembak. Kalau rompak bank itu salah. Tapi terasa juga macam kehidupan kita dirompak..? Tak salah ker? Ahh… jangan salahkan orang lain..!! Lihat diri sendiri, apa ikhtiar yang boleh kau buat.. Masih ada kuasa yang mampu menyelamatkan kau..

TUHAN…

Memang malulah nak kembali meminta kepada Tuhan. Dulu kita terlalu sibuk cari duit. Langsung tak ingat Tuhan. Kalau ingat sekali-sekala tu, sebab dah rutin. Dah macam hobi jer. Mana ada masa yang betul2 kita ingat Tuhan..!?  Bila ada masalah barulah terhegeh-hegeh nak cari Tuhan. Bila hidup dah rasa macam nak bunuh diri, barulah nak cari Tuhan. Nak mintak tolong Tuhan. Namun Tuhan itu Maha Pengampun, tidak seperti manusia yang sedang menindas kita. Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Biarlah nasik dah jadi bubur pun, disisi Tuhan.. selagi korang boleh membaca apa yang aku tulis. Maka dengan izin dan rahmat Nya pasti kita boleh merasa bahagia itu kembali. Tuhan masih beri kita waktu. Mulakan langkah baru hari ini.. jangan bunuh diri lagi..!! Terapkan dalam diri anda.. bahawa kejayaan bukan dinilai dari hasil berbentuk material. Tetapi  ia dinilai dari usaha.. Jadi sesiapapun boleh berjaya. Sesiapapun ada modal USAHA.. Tuhan sedang Melihat..

Jikalau korang nak berdoa kepada Tuhan pada hari ini, JANGAN LAGI MINTA DIBERIKAN REZEKI YANG BANYAK..!!  Mintalah DIPERMUDAHKAN  USAHA.. MINTALAH DIBERIKAN BAHAGIA.. dan tunjukkanlah usaha yang nak dipermudahkan itu kepada Tuhan. Pasti Tuhan akan bantu kerana engkau sudah kembali. Apa yang dihadapan kita belum tau. Tapi.. Jalan dulu kita dah lalu… yakinlah jalan Tuhan saja yang menuju bahagia.. all the way.

p/s: Jika ada sesiapa nak kongsikan pengalaman hidup atau sekadar mencari tempat meluahkan tekanan perasaan, boleh emailkan bahan anda kepada panadoljiwa@gmail.com *Bahan anda takkan di publish tanpa kebenaran

Video ini diambil dari Youtube untuk sekadar diambil pengajaran sahaja. Kesahihan kisah sedih ini tidak dapat dipastikan. TQ

Makan Tahi Lembu, Dibakar hidup-hidup, Diseksa… Dimalukan..

Hukum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semakin hari semakin sedih dan takutnya aku melihat keadaan manusia disekeliling hari ini.Hari ini aku terbaca (lihat video) pasal 2 orang pencuri (dikatakan mencuri lembu, di Jengka, Pahang) yang dipaksa makan tahi lembu selepas ditangkap, diikat dan dibelasah. Sambil dalam keadaan berdarah dan terikat, mulut mereka disumbat dengan tahi lembu dan dipaksa mengunyahnya.

Sebelum ini pula dalam video lain, dinegara lain aku lihat seorang manusia dibelasah dan dibakar hidup-hidup oleh orang ramai. Ada video wanita, ada yang lelaki (dibelasah dan dibakar hidup-hidup)

Dan kes dalam negara kita lagi, terlalu banyak gambar-gambar yang mengaibkan seorang manusia kepada manusia lain disebarkan di internet atas dasar rasa tidak puas hati atau emosi yang tidak ketentuan.

Aduhai umat manusia. Tidakkah terfikir kamu yang kita ini hamba kepada Tuhan. Kita SEMUA MANUSIA INI HAMBA kepada Tuhan. Tuhan mahu menguji kita. Mahu melihat siapakah yang berlaku zalim diantara kita. Fahamkah kita apakah maksudnya zalim? Berapa banyak kali perkataan zalim ini disebut Tuhan dalam Al Quran untuk mengingatkan kita. Tuhan mahu kita berlaku adil.. kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya, jika tidak.. ianya dikira zalim. Adakah kita sebagai hamba Tuhan sudah meletakkan diri kita pada tempatnya yang sesuai?

Didalam Al Quran Tuhan mengingatkan kita tentang hukuman yang akan dikenakan kepada manusia yang berlaku zalim. Samada zalim kepada diri sendiri ataupun orang lain. Sudah pasti ada yang zalim. Ini sunnatullah. Tuhan sentiasa memberi kita pilihan, untuk jadi zalim ataupun tidak. Maka keduanya akan mendapat balasan yang setimpal.

Namun dalam Al Quran juga disebutkan Tuhan tentang mereka yang bertaubat. Manusia melakukan kezaliman mungkin atas dasar kejahilan mereka.Namun Tuhan memberi mereka yang jahil ini ruang dan masa untuk bertaubat. Mereka dibenarkan bertaubat..!! Lihatlah.. siapa yang lebih adil?

Jadi layakkah kita sesama hamba Tuhan nak menghukum manusia lain? Adakah kamu yang menjatuhkan hukuman ini lebih hebat dari Tuhan? Sudahkah kamu berlaku ADIL? Kembalilah kepada petunjuk Tuhan yakni Al Quran. Setiap hari kita berdoa mintak diberikan petunjuk. Tuhan dah berikan. Adakah kita gunakan petunjuk yang diberikan Tuhan setiap hari dalam kehidupan kita?

Aku sedih dan takut… kerana dinyatakan didalam Al Quran bahawa setiap kaum itu ada ajalnya. Dan ajalnya satu-satu kaum itu adalah pasti dan tepat (tidak cepat atau lambat sesaat pun). Bagaimanalah nasib kita jika Tuhan sampaikan ajal dalam keadaan kaum dan masyarakat kita dalam keadaan jahil, kucar-kacir, chaos, tak tentu hala, bertuhankan duit, material. Menjatuhkan hukum, mengaibkan manusia lain hanya kerana lembu dicuri.

Menangislah.. tanya diri kita..zalim kah aku?

al-fatihah

 

1 2 3