5 Tips Membeli penapis air yang terbaik.

Mengapa memilih penapis air Cuckoo model ICON? Teruskan membaca.

Baik, biar saya jelaskan. Pada hari ini pengguna semakin bijak malah mungkin sedikit cerewet dalam memilih penapis air untuk kegunaan mereka. Pengguna suka memilih penapis air yang berbaloi dengan wang yang mereka keluarkan. Sebelum saya menjadi agen jualan Cuckoo, saya telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan penapis air. Pelbagai bentuk, model dan kegunaan penapis air pernah saya jual. Jadi bila saya cadangkan sesuatu model kepada anda, bermakna saya mencadangkan yang terbaik dalam kelasnya, dan terbaik untuk anda. Terbaik untuk badan dan poket. 🙂

 

Sambil saya jelaskan faktanya, anda juga boleh gunakan point2 yang saya berikan  ini sebagai panduan untuk memilih/membeli penapis air. Berikut saya berikan 5 soalan yg wajib anda tanya sebelum membeli penapis air.

 

1. Apakah jenis air yang dihasilkan setelah ditapis oleh penapis air itu.?

Ini adalah soalan utama yang perlu anda tanya sebelum membeli penapis air. Air yang dihasilkan inilah yang akan anda sekeluarga minum setiap hari. Jadi pastikan ianya adalah air “hidup” atau air sihat. Tahukah anda mengapa ada panggilan “air mati” dikalangan orang melayu. “Air Mati” yang selalu disebut oleh kebanyakan atuk nenek kita dahulu adalah air yang sudah dimasak iaitu air yg telah dididihkan. Panggilan itu menjelaskan bahawa air itu dididihkan untuk membunuh kuman dalam air. Namun jika dipanas sehingga tahap didih, proses ini juga akan menghapuskan galian2 sihat yg terdapat dalam air. Malah lebih tidak bagus apabila masih terdapat bendaasing yg tidak sihat diminum terbiar didalam air yang dididihkan. Jadi hari ini, kita gunakan penapis air yg lebih efisien. Air ditapis supaya bersih dari karat, logam berat dan bendasing, kemudian dipanaskan tetapi tidak pada tahap didih.

Proses “Air Mati” ini juga sebenarnya berlaku secara moden pada hari ini iaitu Reverse Osmosis (RO). Air RO adalah air kosong yg bersih dan tidak bermineral langsung. Ada ramai yang mengatakan air RO adalah bersih. Betul. Tetapi air bersih tidak semestinya air sihat. Kita sebenarnya perlukan galian dan mineral baik yang terdapat dalam air.  Tahukah anda? Reverse Osmosis asalnya digunakan pada air sebenarnya untuk projek angkasawan,  untuk menghilangkan berat pada air jadi lebih ringan untuk dibawa ke angkasa. Air kosong.

Ok, jadi air apa yang bagus untuk badan? Adakah air alkali?

Agak panjang juga kalau nak berbincang tentang air alkali. Banyak hujah yang menyokong tak kurang juga yang menolak. Biarlah saya mudahkan untuk anda. Jalan yang paling mudah adalah kembali kepada konsep alam sekitar. Jika kita kembali kepada alam, air yg bersifat alkali adalah air yang baik untuk tubuh badan. Contoh seperti air gunung atau air zam-zam yang bersifat alkali secara semulajadi. Terdapat 2 jenis penapis yg menghasilkan air alkali di pasaran. Pertama adalah penapis yg menggunakan konsep penapisan. Yang kedua adalah yang menggunakan konsep ionizer. Suka saya mencadangkan anda memilih yg menggunakan konsep penapisan kerana ianya lebih mirip kepada konsep alam semulajadi, berbeza dengan konsep ionizer yang secara puratanya akan berharga lebih RM10k tetapi mirip kepada artificial, walaupun ianya boleh menghasilkan pH air yang lebih alkali seperti pH10 atau pH 11. Persoalannya adakah badan anda memerlukan air minuman anda dengan pH tinggi seperti itu? Perlu jadi doctor pula untuk menjawab persoalan ini. Jadi paling mudah adalah amalkan gaya hidup sihat yang sederhana saja. Tahukah anda bahawa pH darah dalam badan kita pun sekadar pH 7.365 sahaja. Jadi pada pandangan saya lebih afdal anda mengamalkan minum air alkali rendah sekitar pH7.0 hingga pH 8.0 sahaja.

Penapis Air Cuckoo ICON – Menghasilkan air alkali sekitar pH 7.5 untuk anda setiap masa dengan konsep penapisan (salah satu dari 4 filter adalah natural fiter) mirip semulajadi.

 

2- Apakah penapis itu memudahkan tugas harian anda selain menyediakan air bersih & sihat?

Faktor kedua yang perlu anda ambil kira sebelum membeli penapis air adalah fungsi lain yang memudahkan tugas harian anda. Contoh paling mudah yang patut ada pada sebuah penapis air pada hari ini adalah fungsi air panas. Dengan ada fungsi air panas, tugas untuk ibubapa yang mempunyai anak kecil akan jadi mudah. Nak menikmati minuman panas juga tidak perlu memasak lagi.

Penapis Air Cuckoo ICON –  Bagi penapis ICON pilihan saya ini, ia mempunyai fungsi untuk menyediakan air suam, air sejuk dan juga air panas.

 

 

3- Bagaimana dengan selenggaraan? Penapis air yang tidak diselenggara (servis) dengan baik akan menjadi mudarat pula kepada pengguna.!

Anda perlu dapatkan penapis air yang tidak menyusahkan untuk diselenggara. Lebih 10 tahun dulu, saya pernah menjual penapis air yang DIY, maknanya tukar tabung filter sendiri. Percayalah, 90% pengguna penapis air tidak mengikut jadual selenggara (tukar filter) dengan baik. Macam-macam alasan wujud seperti kos, masa dan spare part timbul. Malah kebanyakan pengguna yang perlu selenggara sendiri akhirnya simpan penapis air tersebut dalam stor. Sebab tak tukar filter, jadi takut nak guna penapis air tersebut.

Penapis Air Cuckoo ICON – Pihak Cuckoo menyediakan team Cuckoo Doctors yang akan datang ke rumah anda menyelenggara penapis air anda setiap 4 bulan sekali. Cuckoo Doctors akan membuat servis dan menukar filter bagi memastikan penapis air anda sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Servis ini adalah PERCUMA.

 

 

4- Apakah special features atau faktor istimewa “lain daripada yang lain” yang ada pada penapis air tersebut?

Sejak berkecimpung dalam bidang jualan penapis air lebih 10 tahun dahulu, saya menyaksikan evolusi dalam produk penapis air. Bermula dengan penapis dengan ber compartment tanah liat dan pasir ke plat ionizer titanium dan platinum. Dari air suam kepada 3 jenis suhu, suam, sejuk dan panas. Dari air biasa kepada air alkali. Evolusi seperti inilah yang perlu anda cari dalam usaha anda membeli penapis air anda. Pengeluar sentiasa saja mencari inovasi untuk memberi yang lebih baik kepada pelanggan.Dengan inovasi ini penapis air mereka akan jadi ” lain daripada yang lain”. Baru-baru ini kita diperlihatkan evolusi air alkali, maka pada hari ini kebanyakan pengeluar memperkenalkan penapis air yang menghasilkan tapisan air alkali. Dan baru-baru ini pula ada beberapa pengeluar yang mengutarakan kepentingan “penutup” untuk ruangan faucet (muncung tempat air dikeluarkan) yang dicemari tikus atau semut. Jadi mereka evolusikan penapis air keluaran mereka dengan mempunyai pintu penutup (macam peti ais.. hehe). Kelihatan nya isu ini seperti ada-ada saja.. tetapi evolusi seperti ini bagus untuk pengguna. Biarkan pengeluar pecah kepala untuk memberikan kualiti yang lebih baik untuk anda.

Penapis Air Cuckoo ICON – Tidak ketinggalan juga evolusi oleh Cuckoo. Ini antara faktor “lain dari yang lain” yang ada pada model ICON- Cuckoo. Mengambil serius keprihatinan pengguna dalam kebersihan faucet, yakni air bersih yg dikeluarkan di muncung penapis air, ICON memperkenalkan teknik STERILIZATION. Iaitu kaedah mencuci faucet menggunakan wap & air panas dan bekas pelindung bahagian faucet. Kini anda tidak perlu risau lagi tentang tikus, semut dan bakteria di hujung faucet.

 

 

5- Berapakah harganya penapis air yang anda mahu beli tu.?

Soalan yang penting juga yang patut anda ambil kira adalah harga penapis air tersebut. Anda perlu bijak membandingkan harga. Biar harga penapis air itu berbaloi dengan kebaikan dan kemudahan yang anda akan dapat. Adakah anda alah membeli menang memakai? Harga penapis air dipasaran berbeza-beza mengikut fungsi kegunaannya. Anda perlu menilai dengan bijak. Ada yang murah, tetapi menyusahkan anda. Ada yang menghasilkan air hebat, tetapi harganya pula puluhan ribu. Jangan bandingkan harga kereta Viva dengan BMW. Harga mesti selari dengan fungsi.

Penapis Air Cuckoo ICON – Penapis air model ICON ini boleh anda miliki dengan bermodalkan RM120 sahaja. Iaitu dengan kaedah sewa-beli. Bayar bulan-bulan. Dengan kaedah ini, semua orang boleh mendapatkan air bersih sihat serta merta. Bayaran yang anda buat setiap bulan meliputi semua servis yang disertakan sekali oleh Cuckoo seperti pemasangan, servis, penggantian filter, pemindahan, dan pendaftaran. Anda hanya fokus pada satu bayaran sahaja setiap bulan.

* Yuran pendaftaran (asal RM265) diberikan percuma dalam tempoh promosi sekarang, sehingga diberitahu kelak.

P/S: Semua produk penapis air Cuckoo menggunakan penapisan Nano Positive Filters

 

Mahu dapatkan penapis air ICON dari Cuckoo ini? WhatsApp sekarang. Semua urusan akan dibuat dengan whatsapp saja. Sangat mudah. !!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *