Water Filter Cuckoo : Nak Sihat atau Nak Buat Duit?

Salam sejahtera.

Semakin glamor pulak jenama Cuckoo ni sekarang di Malaysia. Korang mesti pernah dengar jenama Cuckoo jugak kan? Dah viral ler tuh.. Dan bila dibelek-belek, dikaji-kaji ada 2 faktor yang mengglamorkan produk ni. Pertama adalah kerana produknya dan kedua adalah kerana pendapatan sampingan nya.

Maksud saya kerana produk adalah cara Cuckoo memasarkan produk mereka. Dari segi kualiti sebenarnya tiada masalah. Produk Cuckoo ni memang dah A. Memang ada standard. Moto yang mereka bawak pun adalah “Cuckoo- Beyond Standards”. Konsep yang dihighlightkan adalah “air yang anda minum pun mesti ada standards”, maksudnya air minuman tu mesti mengikut piawaian antarabangsa. Gitulah. So dari segi produk tak perlu nak cerita panjang. Memang kalau anda nak cari water filter pilih jer lah Cuckoo. Tak perlu nak berdebat ker apa. Produknya memang dah bagus. Saya sendiri dah buat perbandingan teliti. Kalau anda ada banyak masa dan nak check sendiri, silakan.

Sebabnya apabila dari segi produk dah takde masalah, kita perlu lihat dari segi added value pula. Disini lah sebenarnya faktor terbesar yang meletakkan Cuckoo didepan pasaran sekarang. Cuckoo menjadikan “servis” sebagai sebahagian dari produk. Jadi anda akan sentiasa mendapat air bersih & sihat setiap masa. Anda bayar bulan-bulan termasuk servis selenggara dan layanan dari Cuckoo. Bukan sekadar beli mesin untuk tapis air. Inilah yang membezakan Cuckoo dengan jenama lain. Cuckoo juga berani mengambil risiko dengan mempermudahkan proses sewa-beli dengan cukup dengan pelanggan sekadar menyediakan kad pengenalan & butir diri sahaja. Tiada isu-isu leceh seperti memerlukan slip gaji atau masalah ctos/ccris. Risiko ini tidak banyak syarikat yang berani redah tetapi sebenarnya memberikan impak besar kepada jualan. Dan pelanggan sukakan proses yang cepat dan mudah ini. Agen Cuckoo akan memberi khidmat nasihat dan cara-cara yang paling cepat untuk pelanggan memasang penapis air / penapis udara dirumah mereka. Di Malaysia kan budayanya MALAYSIA BOLEH.. boleh hutang. Bayar bulan2.. (suka tak suka memang dengan cara bayar bulan2 jer kebanyakan rakyat boleh pakai apa yg mereka nak pakai.. sad but true..)

Sebab KEDUA yang menjadikan jenama Cuckoo ini viral sekarang ini adalah RM.. pendapatan. Untuk menjadi agen jualan Cuckoo sangatlah mudah. Anda hanya perlu berikan detail diri yg mudah saja. Tiada yuran atau interview. Anda daftar dan anda boleh terus bermula. Pelanggan yang menyewa beli produk Cuckoo juga suka konsep ini dan sudah pasti mereka merebut peluang. Pasang water filter Cuckoo dirumah dan terus mendaftar sebagai agen.Mereka kongsikan gambar dan cerita berkenaan water filter yang baru mereka pasang. Mereka dapat jualan. Mereka dapat komisen. Kadang-kadang komisen sekadar untuk cover bayaran bulanan water filter yang baru mereka sewa-beli (jadi mereka pakai free). Ataupun ada yang pergi lebih jauh dengan mempromosi dengan lebih aggressif dan buat duit sekitar RM4k-RM8k sebulan. Ini duit sampingan yer.. ramai yang suka ni kan..

Ada seperkara lagi yang saya lihat menjadi batu loncatan kepada Cuckoo di Malaysia. Iaitu kelas online marketing. Ada satu pasukan online No 1 di Cuckoo yang melatih agen-agen mereka menjual secara online. Menggunakan FB marketing. Mereka betul-betul menerapkan konsep “bekerja dari rumah” atau “usahawan online”. Dan mereka mengajar agen-agen baru ini secara PERCUMA. Kesempatan ini juga direbut oleh ramai newbie-newbie yang cemburu dengan rakan yang berjaya buat jualan online. Kalau nak belajar dengan LikeMethod pun kena bayar. Yang ni anda dapat kaedah siap dengan produk. “Buat seperti mana kau lihat aku buat”

Sekarang anda dah tau kenapa Cuckoo tengah meletup-letup sekarang ni di pasaran. Samada anda mahu guna penapis air dirumah atau sedang mencari peluang untuk tambah pendapatan, anda boleh buat salah satu atau kedua-duanya sekali dengan Cuckoo.

Nak pasang water filter atau nak jadi agen… atau kedua-duanya sekali.

WhatsApp

012.300.4.300- Putra

Goood Plan, Cuckoo, Penapis Air Mampu Milik

Goood Plan, Cuckoo, Penapis Air Mampu Milik. Anda tentukan sendiri nak bayar berapa sebulan.

Sebab Untuk Berjaya..

Ramai pakar-pakar motivasi kata kebanyakan orang yang gagal adalah mereka yang buat alasan, bukan buat tindakan.  Adakah anda setuju?. Kata-kata ini bermaksud jika anda hari ini asyik gagal, tidak kaya dan berjaya maksudnya ANDA SENDIRI LAH MASALAH nya. Setuju..!?

YA.. mereka kata anda banyak sangat bagi alasan.. banyak sangat TAPI sebelum mula buat kerja.. adakah anda begitu?

Ada yang setuju tapi ramai juga yang tak berapa nak setuju kan.. hehehe. Pernyataan ini adalah benar, dan saya juga setuju. Tapi tidak 100%.

Ianya subjektif. Dua individu yang berbeza pasti saja akan mempunyai kapasiti untuk bertindak yang berbeza. Jadi ada satu faktor yang penting, duduk diantara ALASAN & KEPUTUSAN.  Iaitu PERANCANGAN.

-Manakan boleh kita minta seorang lelaki biasa untuk lari pecut 100meter dalam masa 10 saat? Yang boleh lari selaju itu pasti mereka yang seangkatan Usain Bolt sahaja. Adakah ini alasan untuk tidak lari dalam pertandingan 100 meter? Bukan.. inilah perancangan.

-Mana nak sama sales yang anda akan dapat disebuah gerai didalam NU Sentral dengan gerai di bawah pokok. Adakah pengusaha ini gagal sebab tak cukup usaha?

-Mana boleh kita minta seseorang untuk berhenti kerja 24 jam dan letakkan usaha pada suatu bisnes baru dengan alasan jika anda tidak buat alasan pasti anda berjaya.

Jadi kapasiti atau kemampuan untuk bertindak sebenarnya menjadi kunci kepada kayu pengukur samada ianya sekadar ALASAN atau pun tidak. Jika kita siapkan 2 individu dengan tools yang sama dan kapasiti untuk bertindak yang sama dan seorang lagi gagal mencapai tahap yang dikehendaki. Maka itu adalah kayu pengukur sebenar. Wujudkan situasi TIADA ALASAN untuk tidak berjaya dahulu. Disinilah pentingnya PERANCANGAN..

Rancang dulu apa saja yang hendak anda laksanakan. Nilaikan kemampuan, letakkan sasaran dan BUAT (EXECUTE). Jika anda tak buat juga.. maka anda sedang buat ALASAN..!!