Antara Pokemon GO & Al Quran- Melatih manusia menjadi manusia..

Komen Izzhar

Salam sejahtera.

Hahah.. ni salah satu topik yang tengah viral tapi aku segan nak tulis. Sebabnya suatu ketika dulu aku pun pernah terjebak menternak dan melatih Pokemon. Dulu masa melatih Pokemon time tu belum kahwin. Sekarang dah train anak manusia.. :p

Anyway, memandangkan semakin banyak insiden dan eksiden akibat dengan kegilaan bermain Pokemon Go, dan aku juga terjumpa suatu statement di whatsapp yang sangat mirip dengan pendapat yang nak aku luahkan pasal hal Pokemon Go nih.. aku tulis jugalah. Statement yang sungguh A aku jumpa tu rupanya datang dari Izzhar Nazri (rasanya peserta Da’i kot.. sorry aku tak kenal) korang bleh baca kat link nih.. – https://www.facebook.com/izzhar.nazri/

Statement Izzhar ni aku rasa sangat kena dengan sesiapa yang pernah melatih Pokemon atau maksud panjang nya adalah “Pocket Monster”. Sesiapa yang pernah main permainan Pokemon yang versi game boy akan ada mutual feelings aku rasa. Tang Pikachu menangis masa Ash mati dalam first movie tu memang takleh blah.. huahuahua..

Korang baca lah statement si Izzhar tu.. aku rasa dah well said. Cuma aku nak tambah sikit jer. Pertamanya, aku tak berapa nak sokong kata-kata ulama sebab apa nak haramkan permainan ni. Sebab bagi aku setiap perkara ada baik buruknya. Kalau sekadar nak menyatakan pendapat tanpa tindakan aku rasa baik takyah jadi pihak berwajib. Baik takyah keluar statement pun. Malas cakap banyak, rokok pun sepatutnya diharamkan dan lebih patut diambil tindakan drastik dari para ulama dan pihak berwajib. Rokok jauh lebih memudaratkan manusia antara manusia. Jangan lah Islam itu dikecilkan lagi skopnya, sehingga bila sampai ketika bila disiram air ke muka, wajah umat Islam berubah menjadi ektremis pula.

Dan aku juga tidak setuju dan tidak gemar dengan suara-suara rakyat yang menyokong saja ulama tanpa ada keyakinan diri sendiri. Tanpa mencari landas pendapat sendiri. Ulama tidak semestinya betul bro. Jangan angguk2, geleng2 saja bila sesuatu itu melibatkan status atau pangkat. Asal ulama kata jer mesti kena ikut, kalau tak ikut masuk neraka ker? Ingat… Bernas itu maksudnya ber “nas”. Sesuatu yang ada dalil dan hujah. Bukan lah aku kata ulama tu sentiasa tak betul. Tapi..kita semua manusia biasa bro.. (siapa nak kecam aku tu make sure ada hujah & dalil standby.. :p )

Berkenaan Pokemon Go, bagi aku sangat simple dan mudah. Seperti yang sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Kembali rujuk Al Quran. Untuk apa saja persoalan. Bukan hanya Pokemon Go, ini hal kecil saja. Laksanakan gaya hidup ikut Al Quran. Maka pasti tiada persoalan yang perlu dirujuk ulama setiap masa. Al Quran menyatakan supaya jangan kita berlaku zalim. Dan jangan kita melampaui batas (had/batas-hudud). Zalim itu maksudnya meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya. Jika seseorang eksiden kerana sibuk melayan Pokemon GO, maka dia telah berlaku zalim. Kepada diri sendiri. Kerana jika mahu memandu atau berjalan, maka mata sepatutnya diletakkan pada tempatnya. Pada jalan dan bukan pada handphone. Jangan berlaku zalim. Itu pesan nya Al Quran. Jika kita gunakan 2 point asas dari Al Quran ini. Yakni tidak zalim & tidak melampaui batas maka inshaAllah kita akan mencermin sikap dan bertindak seperti seorang muslim yang selari Al Quran untuk apa-apa pun situasi.

Berpakaian,  secara tidak melampaui batas dan meletakkan yg patut dipakai pada tempatnya. Maka korang adalah contoh muslim yg baik dari segi pakaian. Ketawa, belajar, makan, bermain, bekerja, solat malah seluruhnya jika diterapkan 2 point asas ini, maka korang akan jadi insan yang lebih baik. Tak kisah la korang main Pokemon atau tidak. Asalkan korang dah tau bagaimana nak bertindak menurut Al Quran. Nak main Pokemon GO, mainlah… tapi, Al Quran dah jenguk belum? hehehe.

Peace. :p

 

 

Suicide Squad : Pengganas adalah Hero

SUICIDE SQUAD

Salam sejahtera,

Sekali lagi Will Smith dan Margot Robbie digabungkan dalam filem yang memaparkan betapa hebatnya kehidupan seorang penjahat (watak villain). Kalau sebelum ini dalam filem ‘Focus’ keduanya melakonkan watak con-man atau hustler (penipu@pengecong), kini sekali lagi keduanya digabungkan dalam filem ‘Suicide Squad’. Saya tak suka jadi spoiler untuk kedua movie tu.. korang tengok sendiri lah.

Apa yang nak saya sampaikan adalah banyak movie-movie yang dikeluarkan hari ini adalah adaptasi dari komik. Dan yang terkini banyak movie yang membayangkan penjahat sebagai hero. Konsep ini mendapat pelbagai reaksi. Filem Suicide Squad contohnya masih belum ditayangkan di China kerana lembaga penapisan di China merasakan konsep “pengganas sebagai hero” tidak sesuai untuk minda rakyat apalagi dalam keadaan dunia sekarang.  Di Malaysia, filem ini telah pun ditayangkan. Mungkin ada yang tak perasan. Konsep “penjahat jadi hero” ini adalah isu besar di segelintir negara. Inilah kekuatan ideologi. Bahayanya ideologi.

Saya tak tahu pendapat anda. Tetapi menonton filem sentiasa menjadi salah satu kaedah sumber inspirasi saya. Filem memang memberi impak kepada emosi, gaya hidup dan budaya penonton nya. (Lihat saja bagaimana pelakon disanjung tinggi bagaikan Tuhan di India). Ini pendapat saya. Jadi apabila anda menonton, perlulah mengambil inspirasi dengan bijaksana. Apabila keluar dari pawagam, bawa bersama inspirasi positif dan bukan yang negatif. Tinggalkan fantasi di pawagam. Realitinya hidup manusia tidak ada 9 nyawa, dan biasanya orang benar-benar akan hilng nyawa kalau helikopternya terhempas.

Gunakan akal untuk menjadi yang lebih baik.Untuk diri sendiri dan mereka yang disekeliling korang. Peace yo.!