AIDS DAN HIV POSITIF : Menukarkan positif kepada negatif, dan sebaliknya.

standupWah.. mungkin posting kali ini saya nak kongsikan sesuatu yang agak menyeramkan. Ramai yang takut bila mendengar AIDS atau HIV POSITIF. Bukan sekadar kerana penyakit ini dikatakan tiada penyembuh, malah disebabkan stigma dan pandangan negatif masyarakat yang dibawa bersama dengan penyakit ini. Sebenarnya sudah menjadi lumrah manusia untuk takut dan mudah di “momok”kan jika tiada ilmu tentang sesuatu itu.

Jika tiada ilmu manusia pasti tidak akan jumpa manisnya madu, kerana takutkan bisa lebah. Jika tiada ilmu manusia pasti tidak menunggang motorsikal, kerana takut jatuh, motor tidak akan boleh seimbang hanya dengan 2 roda. Jika tiada ilmu manusia pasti tidak naik kapalterbang, kerana pasti saja takut mati kerana besi takkan boleh terbang.

Kerana tiada ilmu juga, masyarakat takutkan pesakit-pesakit AIDS, kerana takut dijangkiti HIV yang akan membunuh dan tiada ubatnya. Saya terpanggil untuk menulis mengenai HIV atau AIDS berpunca dari satu perkara, iaitu pembuangan bayi. Semakin hari, semakin ramai bayi yang dibuang diberitakan di media.  Apakata kita gunakan ketakutan untuk sesuatu yang lebih baik.

Hampir 70% kes HIV positif adalah hasil dari seks bebas dan tidak menggunakan kondom. Mungkin, dimata segelintir manusia, jika dikasihani dan diajar menggunakan kondom ini akan menggalakkan lagi seks tanpa nikah dikalangan kita. Lebih tepat lagi golongan yg kuat agama. Sebenarnya jika kita lihat dari skop yang lebih besar, virus hiv yang disebarkan adalah masalah berganda kepada pelaku seks bebas. Bayangkan jika anak yang dihantar ke masjid adalah hiv positif, dan hanya salah seorang dari pasangan yang sepatutnya membawa virus yang berpenyakit. Masalah berganda..!!  Bukankah lebih baik jika penularan ini dapat dicegah dengan seks selamat?. Yang sakit, biarlah kita rawat. Yang sihat kita usahakan jangan terkena jangkitan. Kita bukan saja boleh dapat menyelamatkan nyawa malah menjadi pemangkin positif kearah rawatan. Rawatan fizikal terhadap pesakit dan rawatan mental untuk stigma masyarakat.  Kesedaran dan ilmu agama memanglah faktor yang penting untuk diketengahkan, tapi biar kita bicara sesuatu yang lebih realistik dan terimalah hakikat keadaan yang sedang berlaku. Hakikatnya, agama bukan lagu yang menjadi halwa telinga masyarakat kini. Kita berada di dunia bebas dengan maklumat berTeraBytes dengan mudah keluar masuk minda remaja kita. Adakah khutbah mampu mengatasi gelombang media?

Keterbukaan dan informasi adalah penyelamat kepada penularan virus HIV ini. Jika setiap kita mengambil inisiatif mendapatkan maklumat dan kefahaman yang cukup, maka stigma masyarakat keatas PLHIV (people living with HIV) dapat dihentikan. Yang ini dulu harus dibendung. Ada yang tanya apa dia stigma kepada orang yg ada HIV positif nih? Simple jer.. HIV terjangkit melalui perpindahan cecair pekat badan seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu badan. Jadi yang paling berisiko dan mudah berjangkit adalah kategori kurang baik dimata segelintir orang iaitu penagih dadah dan pelaku seks bebas. Disini lah timbulnya stigma pengidap HIV positif adalah orang yang jahat, berdosa dan melanggar perintah agama. Ada juga yang menganggapnya sebagai balasan Tuhan atas dosa. Stigma ini sangat berbahaya kerana ianya tidak membantu malah menjaham. Lihat saja kes-kes lepas, antaranya ada remaja 16 tahun yang dibiarkan mati berseorangan didalam biliknya kerana HIV. Sehingga kini, ramai PLHIV yang merahsiakan status mereka dan tidak mendapat rawatan sepatutnya. Walhal pada hari ini pelbagai rawatan alternatif telah wujud untuk menyembuhkan HIV positif, selain rawatan mainstream sedia ada seperti HAART (Highly Active Anti Removal Theraphy)

Kita akan sambung lagi bicara HIV pada part 2…

Anda mencari rawatan @ penyembuhan alternatif kepada HIV? Taip Whatsapp/SMS “CURE” kepada pakar rawatan alternatif kami di talian 0194005000. Rawatan efektif dengan privacy anda dijamin.

 “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dengan penawarnya”

 

Law Abiding Citizen : Ideologi Yin & Yang

LAWabidingcitizen

Salam sejahtera.

Syawal yang tiba pada tahun ini agak hambar dan 1 Syawal berlalu pantas sahaja. Mengapa? Sebab keadaan yang berlaku disekeliling kita hari ini. Malah waktu pergi beraya kerumah sahabat dan taulan juga isu yang disulamkan dalam borak hari raya adalah isu ekonomi dan Islamophobia. Apa dah jadi dengan Islam. Adakah Islam ini agama pengganas?

Situasi Islamophobia ini sebenarnya harus ditangani dengan HIKMAH. Ini yang disarankan dalam Al Quran. Jika anda rasa perjuangan IS,ISIS atau DAESH ini suatu perkara remeh, maka anda silap. Jika anda rasa anda tidak perlu terlibat dan ada orang lain yang akan selesaikan masalah ini, maka sekali lagi anda silap. Dan jika anda rasa anda tertindas kerana anda seorang Islam… anda juga harus berfikir sekali lagi.

Islamophobia sebenarnya isu yang sangat rumit dan sensitif. Adakah ianya melibatkan saya dan anda? Jawapannya YA. Terutama jika anda seorang Islam.

Kalau zaman kanak-kanak dulu, kita mudah nak kenal siapa yang jahat dan siapa yang baik. Mudah saja kita nak kenal orang jahat. Jika perlakuan yang dibuat seseorang itu menyakiti atau menyebabkan orang lain susah, maka orang itu tidak baik.. jahat.  Kita akan suka bila orang jahat mati dan hero yang baik hidup.Kita juga tak perlu fikir panjang.  Tetapi semakin lama, ianya semakin rumit. Kita dimomokkan sejak awal, sejak zaman Hang Tuah. Semakin difikirkan, ada diantara kita yang mahu memilih Hang Jebat lebih dari Hang Tuah. Ada juga yang mengatakan bahawa Tuah lah hero yang baik. Adakah benar begitu? Adakah pengorbanan Hang Jebat hanya sia-sia? Bukankah Hang Jebat rakan sepermainan Hang Tuah. Adakah Hang Jebat memang berjiwa hitam dan jahat sejak kecil? Apakah yang mengubah tindakan Hang Jebat berhaluan kiri? Memilih yg baik atau jahat bukan lagi sesuatu yang mudah.

Ideologi ini berlegar-legar untuk seberapa lama dalam hidup kita sehingga hari ini. Sungguh-sungguh Tuhan telah mengingatkan manusia melalui perantaraan kalam. Bahawa wujudnya Yin dan Yang, Good vs Evil, Cahaya menentang  Kegelapan. Mungkinkah agama Tuhan itu semudah itu saja sebenarnya? Dan kita manusia telah menjadikannya semakin rumit dan semakin dekat kepada kehancuran?  Ianya wujud dan hari ini pemilihan untuk berada dalam golongan kanan atau kiri (rujuk surah Waqiah) adalah sangat sukar. Memang ianya tidak mudah sejak dulu. Sejak seseorang itu mula berfikir dengan akal, maka pemilihan Yin dan Yang sudah menjadi sukar. Mungkin jugakah sama situasinya bagi rasul utusan Tuhan untuk membuat pilihan? Mungkin ini sunnah nya Allah dalam menentukan mereka yang patut berada disisinya. Ye lah, takkan semudahnya mereka yang memilih profesion sebagai ustaz dan ulama menjadi pilihan Tuhan. Apa hal dengan mereka yang ber profesion cikgu? doktor? engineer? nelayan? Adakah tugas ustaz mulia dari mereka?

Anda perlu fikirkan-fikirkan isu pemilihan jalan lurus ini. Sebab kini tanpa anda cari, tanpa anda peduli ianya telah datang kepada anda. Dan tanpa anda sedar, anda sedang berada di satu pihak. Andakah yang memilih pihak ini? Anda mungkin sedang duduk dikalangan golongan kiri atau kanan. Anda perlu buat pilihan. Hari ini, jihad-jihad segelintir manusia menyentuh kehidupan setiap manusia. Jika tidak dengan hujung mesingan diancam ke dahi mungkin dengan kegoncangan ekonomi yg sudah sampai bahangnya kepada kita. Inilah yang berlaku jika kita bermenung sejak malam. Akhirnya Subuh sudah datang. Anda masih tidak sedar anda dikalangan mana. Adakah dengan menjadi seorang “Law Abiding Citizen” menjadikan kita benar dan akan terselamat dibawah naungan kerajaan? Atau sebenarnya naungan kerajaan Tuhan lebih hampir kepada Syurga dari naungan kerajaan manusia.? Inilah ideologi yang sedang diketengahkan oleh pejuang-pejuang yang dikatakan ekstremis diluar sana. Ideologi yang hanya dengan pemikiran akal akan menyelamatkan anda. Tidak cukup untuk anda sekadar bernaung dan bersembunyi disebalik bendera. Saya berikan satu situasi lah untuk anda faham.

Sepucuk pistol sedang diacukan ke kepala anda , dan anda ditanya “Adakah anda seorang muslim atau kafir ” Anda tidak ditanya adakah anda seorang Islam, sebab mereka sudah tahu anda beragama Islam, tetapi masih anda diacukan pistol, sebab dalam perjuangan dan kefahaman mereka, Islam hari ini adalah sesat. Bukan Islam dizaman kegemilangan nya dahulu.  Jadi jawapan anda harus betul. Bagaimana untuk menjawab dan menyelamatkan kepala anda dari berhamburan ditembak diatas tanah? Penyelesaian..

Dimanakah berbezanya Islam mereka dengan Islam yang anda faham? Ini yang perlu anda huraikan. Anda perlu cari dimana titik jalan lurus itu terpisah, terbelah. “Jalan Lurus” itu tidak semestinya berbentuk lurus, tetapi ianya pasti tidak terbelah, pasti tidak berbahagi, tidak berpecah-belah. Ini pasti kerana Allah menyebutnya didalam Al Quran. Hadis juga menyokong bahawa yang akan sampai hanya SATU jalan. Jadi terangkan bagaimana mereka “terpisah” dari jalan lurus itu. Dan yang lebih penting lagi anda harus faham dan yakin bahawa anda kenal dan yakin 100% sehingga anda mampu memberikan hujah yang akan membuktikan kebenaran pilihan anda dan mematikan bisa sebutir peluru. Inilah yang anda perlukan. Bukan seperti mereka yang hanya berstatus “Law Abiding Citizen”.

Jangan risau, sepertimana dengan kecelaruan Yin dan Yang, serta hukum karma yang disalahertikan, Islam juga tidak dapat lari dari stigma yang pelbagai. Namun, seperti yang saya pesan diawal tadi… Kekusutan ini boleh diselesaikan dengan hikmah. “Bacalah”..