Carboot Sale Dimana-mana..

carbootlogo

Salam sejahtera..

Sejak dua menjak ni, bila keadaan ekonomi dan kuasa beli kita dah terasa semakin kurang, ramai yang mencari alternatif untuk mengurangkan duit keluar dan menambah duit masuk. Antara kaedah yang sedang semakin trending sekarang nih adalah “Carboot Sale”. Sesuai dengan sebutan nya, carboot sale (CBS) ini konsepnya adalah parking, bukak boot kereta anda, dan jual. Kebiasaannya barang-barang terpakai. Banyak syarikat-syarikat besar seperti TESCO, GIANT, GCE yang mempunyai kawasan parking besar atau kawasan lapang hari ini menjemput orang ramai untuk menjual di CBS mereka. Ianya adalah taktik win-win situation. Penyedia tapak sebenarnya inginkan crowd untuk datang ke premis mereka. Mungkin selepas crowd jenguk CBS, mereka akan singgah ke premis penaja. Kerana hari ini, orang ramai mencari barangan yang lebih murah dan tidak kisah dengan second hand (atau panggilan manis dikalangan peniaga CBS, “preloved item”). Dan bagi para peniaga pula, ini adalah ruang yang ditunggu untuk menjual tanpa perlu anda berpakaian segak dan grooming produk. Dan nak bukak carboot sale ni biasa yuran sangat rendah malah ada yang bagi tapak free jer.

carboot1

carboot2

 

 

 

 

 

 

 

carboot3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

carboot4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

carboot5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

carboot6

 

Anda boleh la gunakan konsep CBS ini sebagai platform untuk mengurangkan barang-barang yang kurang dipakai dalam rumah. Dapat juga tukar kepada duit, daripada barang-barang tu terletak, tersorok menanti hari dibuang. Dan ini juga sebenarnya peluang untuk anda belajar berniaga dan peluang mendidik anak-anak berniaga. Rasa seronok pun ada juga kalau anda cuba.. saya sendiri dah cuba. Anda bila lagi? 🙂

 

p/s: CBS ni sekarang ada jer merata-rata, yang saya tau ada di Kota Damansara, Shah Alam, Subang Bestari,Puchong, kebanyakan TESCO.. banyak lah. Taip saja carboot sale dan nama tempat anda di google, insyaAllah jumpa. Cari nombor penaja dan tempah ler tapak.. klik gambar bawah pun boleh..

carbootsaleshahalam

Carboot Puncak Jalil (klik)

Carboot Kota Damansara (klik)

Carboot Subang Bestari (klik)

carbootselayang