Bajet Bro: cuci muka..

BajetBro1

Salam sejahtera y’alls.  Start minggu ni, memandangkan keadaan ekonomi yang tak berapa nak pegi sekarang ni kan, dan poket yang sentiasa kosong. Admin akan buat sharing tentang kaedah-kaedah bajet yang boleh korang guna dalam kehidupan harian untuk jimatkan sikit duit dan lebihkan simpanan. Boleh cuba buat.. peace yo..!! 🙂

Minggu ni nak start dengan penjagaan kulit muka. Biasanya orang pompuan ni banyak juga habis duit spend dkt barang-barang kosmetik. Nih ada cara yang bajet ciput atau time takde bajet untuk beli pencuci muka, boleh guna kaedah ni. Ni kaedah “Bajet Bro” untuk cuci muka dan bagus untuk hilangkan blackheads.

Apa yang korang perlukan hanyalah garam, ubat gigi (yg mint) dan ais. Barang-barang ni rasanya setiap hari ada kat rumah. Kalau korang tak beli, mak korang mesti beli. Hahaha..

Ok, caranya..bancuhkan 1 sudu garam dengan 2 sudu ubat gigi, agak-agak dah sebati (mcm nak buat kuih plak.. huhuhu) korang tempek rata-rata kat muka. Lepas 5-10 minit camtu, gosok perlahan-lahan dengan tangan. Basahkan tangan dengan air. Gosok tu biarlah satu arah saja, jangan korang tonyoh muka tu tak tentu arah. Agak-agak laa.. muka sendiri tu.. hehehe.

Buat lah perlahan-lahan dalam 10-15 minit. Bila korang nampak kesan dan blackhead dah tertanggal, cuci muka dengan air bersih. Pastu sapukan ais pulak atas persekitaran muka korang tadi. Dah siap dah.. jangan terkejut kalau korang tengok kat cermin nampak muka Nealofa..!! Sebab bukan.. korang mimpi kot.. hahahaha..

Agak-agak bro/sis.. 🙂

Ada banyak kaedah lain kat luar tu.. Admin kongsi yang paling simple dan bajet-bajet. Ada kaedah guna madu lah, kulit kayu manis lah, kentang, aloe vera dan mcm2 sayur-sayuran. Yang tu elok korang buat masak lagi elok.. hehehe

Selamat mencuba..

 

Sepatutnya begitu..


Sepatutnya begitu?

Pernah kah anda tanya diri anda sendiri adakah sepatutnya hidup anda jadi seperti sekarang?. Apa saja situasi kehidupan anda sekarang. Adakah ianya sepatutnya begitu? Atau soalan ini anda pernah tanyakan kepada Yang Maha Esa? “ Ya Allah, adakah sebegini sepatutnya hidup aku ini?”

Saya tidak tahu apakah susah atau senangnya hidup anda. Mungkin anda sekarang dalam keadaan bahagia, diri anda sihat, pendapatan lebih dari cukup dan keluarga, kawan-kawan semuanya baik2 belaka. Setiap hari dirancang dengan aktiviti yang menggembirakan dan di hiasi senyuman dan bahagia.  Tapi adakah ianya akan selalunya begitu? Dan apakah ianya sepatutnya jadi begitu?

Atau sebaliknya, hidup anda sekarang sedang dalam kesempitan. Hidup sentiasa tidak cukup, kesihatan semakin merudum, kawan dan keluarga jauh dari anda. Setiap hari hidup anda hanya disulam duka dan airmata. Tidak sanggup rasanya menempuh hari esok, jika setiap hari hati menangis tanpa suara.  Biasanya dalam keadaan ini, pasti anda bertanya “ Ya Allah, apakah hidup aku ini sepatutnya jadi begini?”

Jika anda pernah bertanya soalan ini kepada diri anda sendiri atau pernah bertanya soalan ini kepada Tuhan. Maka saya ucapkan tahniah, kerana anda sedang belajar menerima hakikat hidup sebagai manusia. Jika anda bertanya soalan ini dalam keadaan anda sedang gembira, maka anda sungguh istimewa diberikan petunjuk Allah sedang dalam dikurniakan rahmat. Jika anda bertanya soalan ini dalam keadaan diuji kepayahan hidup, maka anda seorang yang hebat untuk sedar tentang peringatan Tuhan ini. Manusia yang mempunyai darjat tinggi disisi Tuhan adalah mereka yang menggunakan akal.

Izinkan saya kongsi sedikit pendapat. Mungkin ianya tidak mampu mengubah apa-apa, atau mungkin juga ianya menjadi langkah permulaan untuk suatu perubahan besar dalam diri anda.

Wahai anda yang membaca, jika saya yang ditanya soalan ini, jawapan saya adalah  “IANYA MEMANG SEPATUTNYA BEGITU”.. mungkin jawapan yang saya berikan ini membawa lebih duka kepada yang sedang dalam kepayahan dan melorek senyuman kepada yang sedang berbahagia.

Biar saya huraikan, sungguh-sungguh Tuhan itu Maha Adil dan Maha Pemurah, pada saat ini, Tuhan memberikan kebebasan untuk anda, makhluk ciptaan Nya untuk membuat apa saja. Anda dibenarkan Tuhan untuk percaya apa saja, makan apa saja, pergi kemana saja, melayan perasaan dan nafsu ikut kemahuan anda. Silakan. Sebagai bukti kepada apa yang saya kata ini.. jika anda sekarang sangat tertekan dengan hidup, yang anda rasa tak tertanggung. Anda boleh memilih untuk mencabut nyawa anda. Boleh, silakan.  Adakah anda rasa Tuhan akan halang? Jika Tuhan halang maka tiadalah lagi wujud keadilan Tuhan. Tidak adil kerana ada ramai lagi manusia yang dibunuh oleh manusia lain yang perlu Tuhan halang kejadiannya, tetapi tidak dihalang Tuhan. Yang mana ianya lebih penting dari menghalang seorang individu seperti anda yang ingin memutuskan nyawanya sendiri. Jadi Tuhan itu maha adil. Anda boleh buat apa saja. Apa kata anda?

Inilah maksudnya “Sepatutnya begitu..”. Maksudnya apa saja yang anda buat, maka ia akan terjadi sepatutnya mengikut sunnah. Jika anda bekerja berhempas pulas, maka sepatutnya lah anda menikmati hasilnya. Jika anda tidak merancang dan berusaha sepenuhnya, SEPATUTnya jugalah anda mendapat hasil yang seimbang usahanya. Adakah ini tidak adil?

Mungkin ada yang mengatakan ianya bukan salah anda. Kehilangan anak yang masih kecil, adakah ini salah saya? Cubalah anda pandang dari kacamata seorang hamba. Kacamata makhluk. Adakah anda yang memiliki anak-anak, harta-harta dan isteri-isteri atau orang yang anda sayang? Tuhan menghidupkan anda dan merencanakan pelan hidup yang kita tidak diberi skripnya lebih awal.

Jadi bagaimana mahu hidup? Kalau begitu biarkan sajalah. Kalau dah kata ianya sepatutnya begitu kan? Biarkan saja.

Perit utk kita akui. Ini lah yang sedang manusia hari ini lakukan. Membiarkan saja segala-galanya. Manusia hari ini membiarkan jalan hidup kita dibentuk sejak kecil oleh tangan-tangan manusia dan doktrin yang diserapkan dalam minda kita melalui budaya dan media sosial. Yang berkuasa adalah majoriti. Seolah-olah majoriti itu pasti yang benar. Bila semak Al Quran, Tuhan tak kata gitu.. Sekali lagi kita harus belajar. Tuhan menciptakan manusia, dan diberikan juga panduan dan petunjuk untuk apa anda hidup dan bagaimana anda harus hidup. Pada setiap kelahiran manusia adanya kitab-kitab panduan. Adakah kita hidup hari ini mengikut kitab atau mengikut doktrin. Anda pernah fikirkan? Anda pernah semak

Ya, memang benar Tuhan telah membenarkan manusia untuk memilih apa saja yang mahu dilakukannya. Tuhan hanya memberi peringatan saja akan balasan yang akan dibalas di alam lagi satu. Mungkin ada cubaan manusia untuk mengadakan peraturan untuk hidup yang lebih baik. Tetapi apabila acuan yang digunakan untuk hidup adalah bukan acuan Tuhan. Apakah hasilnya?

Jadi, hari ini… jika anda sedang berbahagia, usahakan supaya ianya sepatutnya dan sentiasa begitu. Dan cuba periksa balik, adakah cara hidup bahgia yg sedang anda lalui adalah cara hidup seorang manusia seperti mahunya Tuhan. Jika tidak, ubah.. kerana balasan Tuhan kelak juga mengikut yang sepatutnya apa yang telah anda buat di kehidupan ini.

Jika anda sedang dalam kesempitan, anda sudah tahu jawapan. Tuhan berikan balasan SEPATUTnya.. jadi jika anda sedang dalam kesusahan hari ini. Bangkit dan buat sesuatu. Lakukan sehabis baik berserta usaha yang di redhai Tuhan. Maka SEPATUTnya hidup anda akan jadi lebih baik. Percayalah.. memang ini saja formula hidup yang ada.

Oh yer… kita juga kena berfikir dan bertindak segera. Sebab Tuhan dah setkan masa. Dan masa tidak menunggu sesiapa. Bila tiba masanya.. segalanya sudah berakhir. Game over. Jadi jangan berfikir terlalu lama, jangan mengadu dan merintih terlalu lama.. dan jangan rasa selesa terlalu lama. Sebab ajal boleh datang bila-bila masa saja..

Ia sepatutnya begitu.. atau tidak patut begitu.. anda usahakan apa yang patut..

peace 🙂

Mahu Pendapatan Pasif Online?

Nak-pasif-income

Ramai yang nakkan income PASIF setiap bulan. Banyak juga skim-skim yang menawarkan pendapatan pasif diluar sana. Saya suka mengingatkan, semua income pasif memerlukan modal. Samada modal dalam bentuk duit (tunai) ataupun dalam bentuk usaha. Maksud saya, anda boleh dapat pendapatan pasif jika bekerja mengerah keringat sekarang, setelah beberapa ketika usaha anda akan menjadi pendapatan pasif. Anda tidak perlu lagi bekerja, mungkin anda sudah ada pekerja atau pengurus untuk menguruskan perniagaan atau aliran tunai masuk anda.

Atau anda boleh gunakan modal tunai, yakni anda melabur dengan sejumlah modal dan pelaburan anda pada suatu ketika akan membuahkan pulangan modal dan juga akhirnya pendapatan pasif berterusan kepada anda.

Ini memang idaman semua orang. Tetapi kebanyakan tidak suka, atau tidak mengambil kira tentang 2 faktor modal tadi. Contohnya anda tidak mahu keluar modal keringat, anda mahu melabur. Tetapi pada pendapat anda lah, adakah anda boleh dapat pulangan lumayan dengan modal yang terlalu kecil seperti RM10,RM20 atau RM50? Janganlah melupakan konsep penjanaan pendapatan itu. Modal anda, sebelum ianya menjadi PASIF perlu diniagakan, perlu di “rolling” orang kata. Keuntungan dari pusingan modal (rolling) inilah yang akan menjadi pendapatan PASIF buat anda? Jadi, adakah anda rasa logik untuk mencipta pendapatan pasif yang lumayan dengan modal RM yang terlalu kecil.?

Jika anda tanya mereka yang pakar dalam pelaburan maka pasti mereka akan mengatakan semuanya ada hukumnya. Dan hukumnya, jika nak income besar, maka modalnya pun mesti besar. Begitu juga dengan perbelanjaan, besar periuk, besar jugalah keraknya. Maka janganlah anda terpesona dengan gimik-gimik iklan yang ada diinternet. Iklan-iklan pulangan bombastik ini memang biasa diviralkan, namun ianya sekadar untuk menarik minat anda membaca seterusnya sahaja. Untuk menarik minat. Anda patut dapatkan info secukupnya sebelum menyertai mana-mana program income pasif. Pastikan anda tahu bagaimana duit anda di rolling dan dari mana pendapatan itu dijana dan dikongsikan dengan anda. Bagi yang lebih teliti, pasti mahu tiada unsur “syubhah” dalam kaedah jana wang pasif anda. Lebih baik jika anda boleh monitor kerja-kerja jana income tu bila-bila masa..

Anda mahukan income pasif yang realistik dan terjamin? Seolah-olah buka kedai yang dijalankan oleh pekerja mahir.. dan secara online pula? Klik link dibawah..

pemilikemall