Ada apa pada Ola Bola?

ola bola

Hmm.. hari ini teknik pemasaran adalah segalanya. Termasuklah pada isu Ola Bola. Anda dah tengok Ola Bola? Mengapa saya nak tulis pasal isu Ola Bola? Sebab pertama adalah kerana ada ura-ura untuk filem ini disaman. Sebab mengubah sejarah. Mungkin siapa yang menonton filem ni dan nak saman..tak biasa menonton filem kot.. hehehe. Hmm.. saya dah tonton waktu awal ditayangkan. Mengapa saya pergi tonton? Sebab pemasaran yang berkesan. Adakah saya rasa filem ini bagus? Saya bagi 3 dari 5 bintang. Adakah saya rasa filem ini perlu disaman? Tak perlu..

Kenapa tak perlu saman? Ianya filem yang inspired by (diinspirasi dari), bukan sebuah filem sejarah. Sudah cukup baik bagi pihak yang nak menyaman, ada yang nak buat filem untuk mengingati mereka. Kalau tak, korang rasa ada ker bebudak hari ni nak ambik tau pasal kisah 1980 tu? hehehe..

Chiu Keng Guan sekali lagi cuba bermain dengan emosi dalam jiwa penonton tempatan, selepas filem the Journey. Teknik pemasaran dalam kedua-dua filem ini bagi aku sangat jelas, sebab kedua-duanya mempunyai “target market” yang lebih besar dari filem melayu yang kebanyakan dikeluarkan Malaysia. Ianya adalah untuk penonton “Malaysia”, bukan penonton “Melayu”, dan ianya berkenaan sukan yang semakin dinaiktaraf di Malaysia. Bolasepak.Dan bagi aku antara yang berkemampuan untuk buat promosi filem di Malaysia adalah Astro Shaw. Dan mereka betul2 “buat promosi”. Mungkin mereka juga dah jumpa resepi “bikin filim”. Sebab mereka memang berada dalam kolam yang betul. Ikan “koi renang-renang”. Hehehe..

Cara penyampaian cerita Ola Bola ni memang tak lari dari The Journey. Jadi bagi mereka yang dah pernah menonton The Journey, maka anda boleh expect bagaimana bentuk penceritaan filem ini. bagi saya CKG seorang pembikin filem ala Bollywood, jadi dia akan hasillkan filem yang BOOM kalau diberi peluang buat filem berdurasi 3 jam. 🙂 .  Bagi saya filem ini dapat kutipan RM12 juta dalam masa tak sampai 3 minggu adalah kerana iklan dan marketing yang dibuat saja. Isi filem, pelakon dan teknik bagi saya biasa-biasa saja. Lebih sedikitnya sebab idea filem pasal sukan jarang nak jumpa kat Malaysia. Tapi tak tau lah, saya ni sekadar penonton wayang gambar saja. Mungkin la “kaki” juga, tapi bukan expert. Saya tulis apa yang saya rasa. Bagi saya pemasaran nya sangat bagus. Terlalu bagus sehingga tiada yang tinggal untuk di “wow” kan lagi semasa menonton filem nya. Anda akan rasa teruja bila menonton trailer nya… dan itu lah saja isi ceritanya. Yang dalam trailer tu saja… kalau anda pergi menonton di panggung wayang, anda akan tertunggu-tunggu apa lagi yang menarik.!? Dah takde.. semua dah tunjuk kat trailer.. hahaha.

Apa-apa pun its a win-win situation. Effort mereka berbayar, dan Malaysia ada satu lagi filem yang “boleh jual”. Good job.. hehehe..

Next ke panggung nak nengok MUNAFIK… 🙂

 

Kisah Burung ButBut & Minyak ButBut

Burung But-But

Salam sejahtera.

Baru-baru ni pergi rumah kawan lama di Ampang. Sambil-sambil borak dengan kawan terdengar perbualan ibunya pasal minyak butbut. Aku tak pernah la pakai minyak tu (kalau penah pun mungkin aku tak perasan sebab masa kecik kot.. hehe). Tapi dari perbualan yang aku dengar tu, minyak butbut ni sangat eloklah untuk patah tulang dan selalu digunakan oleh tukang2 urut untuk merawat.

Aku berminat dengar bukan pasal minyak butbut actually, tapi pasal nama burung tu memang selalu aku dengar kat kampung masa aku kecik2. Dan dikalangan pemuda kat kampung aku yang ber”profesion” (chewwah.. ) sebagai pemikat burung (penangkap/penjual burung eksotik.. dulu la, sekarang dah tak boleh.. hehehe), burung butbut ni harga burung dan sarangnya mahal dan lumayan. Selalu kalau diorang dapat ni, jual pada “sensei” (kedai ubat cina) dapat bayaran yang lumayan.

Anyway, mari aku kongsikan betapa hebat dan mistiknya kisah Burung ButBut nih. Dongeng ini aku rasa sangat mempengaruhi kehidupan mereka terdahulu sehingga ramai yang mengatakan ianya benar.

 

Di kisahkan, burung ini kalau membuat sarang pertama sekali ia akan lindungkan dari pemandangan semua makhluk, supaya hanya ia sendiri saja yang tahu dimana sarangnya tu.. Sebelum burung ini nak bertelur ia mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang kemudian ia akan mencari batu atau ranting kayu untuk dibuat perabun. Perabun ni macam “camouflarge” la kot. Perabun ni tadi diletakkan pada tempat lalu lalang segala makhluk. Tujuannya apabila meraka lalu di kawasan ia bersarang memang tak akan nampak.
Untuk kita mendapatkan sarang ini kita kena intai dimana ia terbang turun, kemudian ikut ke mana ia pergi. Burung ini bila dia turun ia akan berjalan menyusup belukar atau rumput untuk ke sarangnya. Banyak burung pun menggunakan taktik ni bila bersarang. Burung yg spesis “educated”ni akan landing di tempat lain, dan sambil perati keliling, burung tu slow2 pegi ke sarang. Pandai-pandai korang la nak jumpa. Mengintai ini pun mungkin makan masa sampai satu minggu atau bulan. Jadi kerjanya bukan mudah.
Apabila kita telah tahu tempat sarangnya pastikan dah ada anak. Bila burung ini tadi terbang cari makan kita pergi patahkan kaki anaknya. Bila ibunya balik dan tengok kaki anaknya patah ia akan terbang keluar untuk mencari ubat bagi mengubati kaki anaknya tadi. Keesokan harinya (ada juga yg kisahkan anak burung diperiksa setiap hari Jumaat) kita tengok kaki anak burung tadi dah sembuh, kita patahkan pula tengkuk anak burung tu. Perkara sama akan berulang, si ibu akan terbang keluar untuk mencari ubat bagi mengubati leher anaknya tadi. Kita patahkan pula sayap anaknya, sekali lagi ia akan mengubati sayap anaknya. Patahkan pula belakang anaknya dan sekali lagi ia akan keluar mencari ubat untuk anaknya tadi. Hari keempat dah tak ada apa untuk dipatahkan lagi maka kita tunggu tindakan ibu burung tadi. Biarkan sehingga hari ketujuh, apabila ibu burung tadi dah puas hati tak ada apa lagi yang patah pada anaknya, ia pun akan berkata….”kalau kali ini ada juga yang patah maka kau ubatkanlah sendiri”. Kita tak dengar cakap ibu burung ni, tapi pada hakikatnya inilah yang di ucapkannya pada anaknya tadi. Sebabnya setiap kali dia ubatkan anaknya maka setiap kali tulah tumbesaran anaknya menjadi cepat. Masa ini lah baru kita ambil anak burung tadi bersama dengan sarangnya bawa balik, sembelih elok2 dan kemudian rebus dengan minyak kelapa. Maka jadilah minyak Burung But-but. Khasiatnya semua orang tahu.
Kalau bagi para pemikat burung zaman aku dulu, mereka tak gunakan burung dan sarang ni sendiri untuk hasilkan minyak ni. Mereka angkut semuanya (anak & sarang) dan jual pada tukang buat ubat (sensei atau tukang urut). That’s why aku pun masa kecik2 heran kenapa harga burung but but ni mahal. Rupanya ini lah kisahnya.
Tapi hari ni, konpom2 la aku tak percaya kan. Tapi aku la. Sebab di luar sana, masih ada ramai yang mengatakan kisah ini benar. Jadi siapa aku untuk kata sebaliknya.. hehehe.
Hari ini, secara saintifik telah dikaji apakah khasiat atau herba yang digunakan oleh ibu burung butbut utk mengubat anak burung butbut dan di spesifik kan menjadi ubat dalam dunia perubatan. Bagi yang sampai ke laman web ini, yg sebenarnya nak dapatkan minyak butbut. Anda boleh dapatkan dengan klik pautan (link) dibawah. Kalau yg lepas baca ni nak cuba minyak ni pun boleh… hehehe. Sebab dari search yg aku buat feedback dan testimonial minyak butbut ni sangat banyak dan hampir kesemuanya positif. Malaysia dan Indonesia. Apa-apa pun semuanya kuasa Allah, kita hanya berusaha saja.
Sekian.Mana nak beli minyak But But ni?  Nak detail lanjut dan Beli Minyak ButBut klik di sini.

Beggars can’t be choosers

manusia

Salam sejahtera.

Rasa tak seronok juga bila ada dikalangan kita yang dalam keadaan hidup susah dan perlukan bantuan, tapi masih tak bangkit dari mimpi dan nak disuapkan nasi ke mulut. Masih tak sedar diri. Golongan begini adalah golongan yang payah nak dibantu. Aku bukan nak kata diri lebih hebat, tapi kebanyakan kita hari ini, kalau kita lihat di media sosial yang banyaknya asyik nak menyalahkan orang. Apa yang kita sendiri dah buat untuk memperbaiki keadaan? Kalau ekonomi teruk, kita kata ini salah orang. Kalau kita rasa hari ni susah nak hidup. kita salahkan orang. Kalau hari ini kita menangis, kita salahkan orang lain. Dimana duduknya status kita?

Annisa-97

Tuhan pun tidak suka kepada manusia yang menzalimi diri mereka sendiri. Apakah tindakan yang telah engkau buat utk keadaan yang menimpa kamu ini? Seolah-olah itu lah tanya malaikat. Jadi yang lebih penting dalam apa jua keadaan adalah bukan alasan yang menyalahkan orang lain atau keadaan yang mendesak kamu. Tetapi apakah yang akan kamu lakukan atau telah lakukan.

Memang hukumnya alam dan fitrahnya manusia untuk kita (aku dan kamu yang membaca) menjalani hidup sebagai manusia. Ada waktunya kamu akan diuji dengan masalah. Dan mungkin masalah yang kamu tanggung terasa tidak tersanggup untuk kamu tempuh. Kadangkala terfikir dibenak yang masalah sedemikian seperti tidak logik untuk kamu atasi.  Namun pilihan tindakan kamu yang akan menjadi penentu. Biarkan saja kemungkinan akibat yang akan terjadi.. jika kehilangan, kamu akan menangis, mengalirkan airmata, nampak lemah dan hodoh.  jika cedera darah kamu mengalir, anggota badan kamu terasa pedih, perit. amat sakit. Sememangnya begitulah manusia. Tetapi cari cara, kaedah atau jalan untuk sentiasa meningkatkan taraf hidup, memperbaiki keadaan, dan merawat luka. Agar akan datang kita lebih positif menempuh apa saja masalah yang akan datang, agar kita sentiasa dapat melihat ujian Tuhan sebagai suatu ujian dalam perjalanan yang masih panjang.