Ashadee tutup? (JomNiaga.com)

Salam sejahtera.

Wah, tak sangka pulak aku posting pertama untuk tahun 2016 ni adalah pasal penutupan Ashadee.com atau yang dulu mula-mula dikenali sebagai JomNiaga.com. (aduii.. feng-shui tak baik nih.. hahahaha… tp untuk orang yg percaya feng-shui.. :p not me la kot ). Bagi yang biasa buat bisnes affliliate rasanya kenal sangat la dengan Ashadee.com. (Bagi yang tak biasa tu.. simplenya its about buat duit dengan affiliate..). Orang dibelakangnya adalah juga otai internet marketer Mr.Gobala Krishnan. Yang juga antara orang yang mengglamerkan lagi teknik pop up (yang aku menyampah..  jangan marah.. hehe) pada skrin blog atau facebook di Malaysia. Namanya affiliate programnya pun orang geram.. “Samseng Facebook”. Hahaha.

Anyway, aku terkejut juga.. ingat nak cari bahan untuk linking melinking. Pegi web www.ashadee.com. Tetiba.. jeng, jeng, jengg…

Ashadeeclosed

Makluman bahawa laman web dan bisnes ashadee akan ditutup. Agak mengejutkan, sebab ramai yang beranggapan Ashadee adalah satu platform bisnes affiliate yang kukuh di Malaysia. Bagi aku sendiri, Gobala sudah pun melepasi sempadan untuk mewujudkan jenama (branding) pada dirinya sendiri. Jika, disebut Ashadee, orang tau Gobala. Orang sebut Gobala, orang ingat Ashadee. Dan platform bisnes affiliate sendiri rasanya dah berjaya di sinonimkan dengan Ashadee. Walaupun nama Ashadee itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan bisnes ini (sebab pada mulanya dikenali sebagai JomNiaga.com, yg of coz lebih catchy..) namun penutupan.!? Ianya terlalu drastik bagi segala effort yang telah dibuat. Trust me, aku dah pernah rasa. Tak perlu cerita la kan, ringkasnya aku juga pernah cuba menjenamakan “ulike”. Nampak macam gagal, tapi masih mencuba…

Apa-apa pun, ini pendapat aku saja. Jika aku adalah Mr Gobala, aku akan kekalkan platform yang ada, biarlah ianya tidak berjaya pergi ke pasaran global pun. Sebab di Malaysia, Ashadee sudah pun menjadi “someone”. You can just create another “someone” untuk pergi pasaran global dan if that also doesn’t work, u can just run back to your “someone” in Malaysia. Kenapa nak tutup?!  Tindakan yang aku akan buat pertama adalah fire my advisor.. hahaha. And then kekalkan Ashadee pada momentum yang stabil dan cost effisien. Then start brainstorming for new ideas.

Faham… internet di Malaysia ni sangat lah kecil. Pengguna pun yang itu-itu jugak. Kalau buat seminar internet asyik muka aku, muka kau jer. Lepas tu cerita benda sama. Tetapi idea tak pernah akan habis. Kena push to the limit. Boleh saja buat combination offline dan online. Mengapa kita tak cabar diri untuk pecahkan konsep “niche” dalam pemasaran internet.? Konsep “niche” nampak betul. Tapi bagi aku, ianya untuk skop kecil untuk internet affiliate. Malah otai internet marketing di luar macam Jamie Lewis pun memperluaskan konsep “niche” itu ke platform Offline marketing. Kita terpaksa terima hakikat bahawa akhirnya internet adalah tools sahaja dan peluang, cabaran serta lubuk yang lebih realistik dan besar adalah pasaran offline. Anda tak boleh buat pizza yang sedap dengan keyboard jer, tapi in making the best pizza, u can google the best recipe, the best technique and even combine them untuk hasilkan pizza yang marvellous.. hehehe.

Anyway, all the best diucapkan kepada Mr Gobala and the team. Semoga dapat evolve kepada sesuatu yang lebih hebat lagi. Teruskan usaha. Walaupun aku kurang setuju dengan penutupan Ashadee. Tapi..apadahal. Its up to you. Aku masih ada lagi T-Shirt JomNiaga yg diberikan kat aku percuma (masih aku pakai..) tahun 2012..

jomniagabest

Internet marketer di Malaysia ni takleh nak dipisahkan. Walaupun tak kenal, apa yang seorang IM buat pada hari ini akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada yang lain. So.. why not stay united and strong.. -smile-

 

p/s: Bila tulis post ni.. aku teringat penutupan “The Shop Around The Corner” dalam You’ve Got Mail. (Another example of a brilliant remake yg boleh jual.. hahahah)

 

 

bannerrevolusi