Tak ada duit, nak mintak tolong siapa?

stressed

Salam sejahtera..

Hari ini mereka yang dulu kata tidak mahu bercampur politik, yang dulu kata biarlah dan yang dulu kata, ko buatlah.. aku ok jer, semuanya dah terasa kesan ekonomi yang semakin menghimpit. Aku tak taulah pendapat korang semua. Tapi yang aku pasti.. semakin ramai di sekeliling aku yang mengeluh. Tak cukup duit, tak cukup bahagia, malah semakin merana. Mana tak merana kalau hutang keperluan asas pun tidak mampu nak dibayar. Sudahlah kita ini dilatih untuk berhutang sejak habis sekolah. Nak sambung belajar buat hutang, nak beli kereta,nak kawin, beli rumah.. buat hutang. Kemudahan asas seperti elektrik dan air pun mereka ajar kita berhutang. Jangan sangkal lah yang hidup kita ini secara tidak sedarnya adalah milik orang lain. Apabila kita berhutang, sudah pasti harus dibayar. Kalau tak dapat nak bayar, maka akan hilanglah kebahagiaan. Sudah pasti kebahagiaan akan hilang, kerana semuanya yg kita bina berlandaskan hutang. Dan yang lebih istimewa, semua hutang itu ada bunganya. Jadi kalau hari ini, anda berhempas pulas mencari RM3000 sebulan untuk melunaskan hutang sambil berusaha untuk teruskan hidup. ITU TIDAK CUKUP..! ! Matematik anda salah. !! Anda tidak membeli bahagia bersama-samanya. Anda hanya beli kehidupan material. Tiada bahagia disitu.

Namun..

Memanglah susah untuk untuk anda melawan arus, untuk katakan kepada 1000 mulut diluar sana yang mengejek, memandang sinis motor buruk yg anda pakai kehulu-hilir. Orang yang naik motor  kecik kehulu-hilir ini sudah pasti dicop miskin. Duduk pula dikawasan yang tidak ada wifi, tidak ada McDonald. Tidak ada bank. Wahh.. sungguh kolot, tiada kemajuan. Mesti dulu belajar bodoh dan tak masuk universiti..!! Sanggup anda mahu melawan arus kata-kata ejekan sebegitu? TAHNIAH DAN SYABAS jika anda sanggup. Jika anda mampu, maka anda sebilangan manusia yang terpilih. Saya mahu jabat tangan anda, jika kita berjumpa.

Tapi, orang kata nasik dah jadi bubur. Hutang dah berlambak, macam mana nak buat. Kalau aku rompak bank takut pulak mati kena tembak. Kalau rompak bank itu salah. Tapi terasa juga macam kehidupan kita dirompak..? Tak salah ker? Ahh… jangan salahkan orang lain..!! Lihat diri sendiri, apa ikhtiar yang boleh kau buat.. Masih ada kuasa yang mampu menyelamatkan kau..

TUHAN…

Memang malulah nak kembali meminta kepada Tuhan. Dulu kita terlalu sibuk cari duit. Langsung tak ingat Tuhan. Kalau ingat sekali-sekala tu, sebab dah rutin. Dah macam hobi jer. Mana ada masa yang betul2 kita ingat Tuhan..!?  Bila ada masalah barulah terhegeh-hegeh nak cari Tuhan. Bila hidup dah rasa macam nak bunuh diri, barulah nak cari Tuhan. Nak mintak tolong Tuhan. Namun Tuhan itu Maha Pengampun, tidak seperti manusia yang sedang menindas kita. Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Biarlah nasik dah jadi bubur pun, disisi Tuhan.. selagi korang boleh membaca apa yang aku tulis. Maka dengan izin dan rahmat Nya pasti kita boleh merasa bahagia itu kembali. Tuhan masih beri kita waktu. Mulakan langkah baru hari ini.. jangan bunuh diri lagi..!! Terapkan dalam diri anda.. bahawa kejayaan bukan dinilai dari hasil berbentuk material. Tetapi  ia dinilai dari usaha.. Jadi sesiapapun boleh berjaya. Sesiapapun ada modal USAHA.. Tuhan sedang Melihat..

Jikalau korang nak berdoa kepada Tuhan pada hari ini, JANGAN LAGI MINTA DIBERIKAN REZEKI YANG BANYAK..!!  Mintalah DIPERMUDAHKAN  USAHA.. MINTALAH DIBERIKAN BAHAGIA.. dan tunjukkanlah usaha yang nak dipermudahkan itu kepada Tuhan. Pasti Tuhan akan bantu kerana engkau sudah kembali. Apa yang dihadapan kita belum tau. Tapi.. Jalan dulu kita dah lalu… yakinlah jalan Tuhan saja yang menuju bahagia.. all the way.

p/s: Jika ada sesiapa nak kongsikan pengalaman hidup atau sekadar mencari tempat meluahkan tekanan perasaan, boleh emailkan bahan anda kepada panadoljiwa@gmail.com *Bahan anda takkan di publish tanpa kebenaran

Video ini diambil dari Youtube untuk sekadar diambil pengajaran sahaja. Kesahihan kisah sedih ini tidak dapat dipastikan. TQ