Adakah anda kenal Penipu Online

onlinescam

Salam sejahtera.

Dua hari lepas, seperti biasa aku menggunakan khidmat laman web Mudah.my untuk menjual barangan secara online. Memang dah biasa aku buat. Sejak tahun 2004 aku dah berniaga macam2 barang online. Malah aku adalah antara Verified Member yang terawal dengan Lelong.com.my (zaman Mudah.my takde lagi). Masa tu Lelong.com.my platform jual beli online yang paling hot. Sekarang ni Mudah.my lah.

Anyway, pelbagai ragam penipuan online dah pernah aku rasa. Ada yang seronok (thrill) ada yang menyakitkan hati.. hehhehe.. Dan sekali lagi ada yang nak mencuba nasib dengan aku lagi. Yang kali ni cubaan menipu online yang paling simple dan paling koman lah orang kata. Tapi jangan tak percaya, ada ramai yang tertipu sampai berpuluh ribu ringgit dengan teknik penipuan simple mereka ni.

Mari aku kongsikan agar korang dapat ilmunya dan dapatlah dihindarkan.

Pada peringkat awal si penyamun online ni akan bertanyakan berkenaan produk kita yang diiklankan online dan cuba nego harga dengan anda di whatsapp/wechat dll. Pada peringkat awal pun kalau bagi penipu yg baru belajar, anda dah boleh tau.. dia kurang bertanyakan pasal produk. Ala kadar saja tanya. Dan persetujuan untuk beli biasanya cepat jer. Senang saja dia nak beli produk anda. (Tanda-tanda awal nak menipu..hakikatnya nak jual barang online sama jer seksanya macam jual offline.. hahaha)

Ok, dia dah setuju untuk beli barang anda yang diiklankan secara online. Sekarang nih dia nak bayar. Dia akan mintak nombor akaun anda, serta detail anda. Email, Nama, address dan lain-lain. Saya sarankan JANGAN BAGI ADDRESS. Jika dia tanya mana nak collect item. Anda bagi saja lokasi besar. Kuala Lumpur, area P.Jaya, Shah Alam, Rawang, Cheras atau seperti itu. Jangan la excited sangat bagi alamat rumah anda plak. Jangan kongsi maklumat yg terlalu peribadi dengan sesiapa secara online. Cakap jer.. nanti nak collect kita set COD kat mana2 yg senang for both parties.

tipuonline

(sempat juga dia menggunakan unsur Islam kedalam modus operandi.. ini utk menguatkan cerita dia.. hehehe). Kemudian selepas dah setuju nak bayar dan dah dapatkan detail anda. Mesti ada sesuatu yang akan muncul atau dicadangkan dia supaya anda pula yang akan kena bank in dulu.. hehehehe.. contohnya gini..

tipuonnline2

Dalam situasi aku, ceritanya dia berada diluar negara, dalam proses pindah ke Malaysia. Jadi barang yang dibeli akan di collect oleh agen shipping. Tapi jangan risau semua kos dia yang tanggung. Dia akan bayar sekali dengan kos agen.

Ok, so dengan cepat saja.. tak sampai 5 minit dia akan hantar bukti pembayaran kepada email dan handphone anda.

penipuonline

Dari confirmation tuh, korang dah nampak permainan dia. Aku pun dah nampak.. tapi aku teruskan permainan sampai habis.. kesian dia. Layan la kejap.. huhuhuu..

Ok, maknanya apabila korang check dalam akaun bank nanti, memang takde duit lagi sebab KONON nya bank dah terima duit si penipu online ni tapi terpaksa hold dulu sebab ada syaratnya iaitu kita kena bayar dulu agen fee (dalam kes ini RM600). Barulah pihak bank ‘internasional’ dia tu akan luluskan jumlah penuh ke akaun anda. Jadi sekarang dia dah berjaya buat ANDA KENA BAYAR DULU.. hahahaha..

Dan start dari ketika ini, dia akan mula desak anda segera buat bayaran dengan Western Union atau sebagainya sebab kononnya duit dia dah “sangkut” kat bank. Dia dah buat tugas dia iaitu buat pembayaran yang dijanjikan. Kalau kita tak bayar kos agen tuh (RM600 dalam kes ni) maka bank takkan luluskan amaun penuh ke akaun kita. Dan semua akan jadi salah kita..

Bagi yang otai2, mungkin nampak modus operandi ni biasa. Tapi untuk makluman korang.. Jika ditukarkan amaun yang terlibat. Mangsa otai pun akan jadi gelap mata. Perasaan tamak akan jadi raja. Berfikir pun dah tak betul.Kawan aku siap jual superbike dia sebab terkena scam yg cenggini. Kenapa sanggup bayar?.. Β Contoh lah, amaun yang nak dibayar kepada kita adalah 20 juta pound sterling.. (cam cerita 3 Abdul la pulakk.. huhuhu) atau berjuta USD lah katakann. Semua duit tu sedang menunggu untuk masuk ke akaun kita. Hanya menunggu anda buat pembayaran kecil, mungkin dalam RM30 ribu atau RM5k sahaja. Apa sangat la RM5k, RM30k nak dibandingkan dengan 20JUTA pound sterling yang akan kita terima nanti kann!?. Disini lah ramai yang hilang pertimbangan dan buat “bayaran kos” tadi. Modus operandi simple tapi “menggiurkan”. Jangan terpedaya..

Dalam kes ni.. aku jawab dan cuba ajak dia bermain lagi.. πŸ™‚ Aku katakan yang aku tiada duit RM600 untuk buat bayaran kos tu. Aku minta dia buat RM600 ke akaun Paypal dan extra servis aku adalah RM1000. Hehhehe.. saja cari pasal.

Screenshot_2015-07-31-12-11-27

Screenshot_2015-07-31-12-10-39

Dan sekali lagi dia cuba menggunakan konsep Islam dalam penipuannya. Anyway.. aku cut short jer cerita aku sebab yang penting aku nak tunjukkan kepada korang modus operandinya. Jadi korang boleh belajar. Dan korang takkan tertipu. Dan seperti yang korang tengok dalam last msg tuh.. belum sempat aku bagi tazkirah kat mamat penipu online tu dia dah cabut dulu, dah tak online dahh.. πŸ™‚

Saja share..!! Ini sikit jer pun.. ada banyak lagi kaedah penipu online ni.. kalau nak share pengalaman anda pun silakan lah.

p/s: Oh yer… mula-mula profile picture dia juga adalah islamic, ada gambar tulisan “Allah”. So.. hati-hati yer, ada ramai jer yang gunakan agama dan Allah untuk merompak.. hahaha..

 

 

Tanah Kubur Ummah Jahiliyah Layak Ke Panggung..

ummah jahiliyah

Tahniah diucapkan kepada team Opera Klasik, Rashid Sibir dan para pelakon Tanah Kubur Raya 2015: Ummah Jahiliyah. Saya sempat menonton siaran nya di Astro semalam. Wow..!! Ini barulah santapan minda yang lazat..:D. Telefilem ini sungguh bagus sehingga saya terpanggil untuk menulis mengenainya pada entry blog saya kali ini.

Sepatutnya ianya ditayangkan di panggung. Jika dibuat sekuel lah (kononnya), di”gergasi”kan watak Tok Adi dengan skrip yang lebih berhikmah, menggunakan “mukjizat” (sebenar) Al Quran dan dipasangkan dengan cabaran minda untuk penonton dari “nemesis” nya yang layak seperti Syeikh Hamad, pasti saya akan beli tiket dan tonton dipanggung wayang..!!

Terbayang sedikit sebanyak “Law Abiding Citizen” atau “Hannibal” dalam telefilem Tanah Kubur kali ini. Melihat barisan pelakon nya pun sudah mengujakan. Walaupun saya rasa watak Ustaz Raihan menampakkan kelemahan penulis skrip seolah-olah mencari jalan mudah untuk conclude kan jalan cerita. Namun ia masih terbaik untuk Tanah Kubur..!! Ada roller coaster nya.

Selama ini Tanah Kubur bagi saya sekadar peringatan sambil lewa kepada penonton, langsung tidak mencabar minda dan akal penonton. Walaupun ianya memaparkan sedikit ruang “tingkap”Β  untuk masuk ke alam kehidupan manusia selepas mati. Tetapi bagi saya penonton tidak terkesan. Saya tidak terkesan. Episod Tanah Kubur seperti sebelum ini adalah biasa-biasa, seolah macam cerita atuk petang-petang untuk memomokkan cucu supaya tidak keluar malam. Itu saja. Mungkin ia dah cukup untuk drama petang-petang. πŸ˜€

Tetapi kali ini Tanah Kubur seolah-olah dievolusikan. Selayaknya watak Tok Adi dinaiktaraf lagi. Apabila satu watak hero telah memerlukan seorang “nemesis”, seperti dalam “Unbreakable” maka ia sudah berada ditahap yang lebih tinggi dari biasa. Bukan drama petang-petang lagi. Memang sepatutnya pun. Sebagai watak seorang penggali kubur yang telah “melihat” petunjuk Tuhan, harus lah watak itu penuh ilmu didada dan berhikmah dalam berkata-kata. Scene akhir dimana Tok Adi bersemuka dengan nemesisnya Syeikh Hamad sepatutnya di “elevate” lagi dengan ayat dan hikmah. Ini adalah scene dimana minda penonton patut turut dicabar dan di “elevate” sama.Β  Supaya penonton tidak melihat lagi Tok Adi sekadar seorang tua memegang cangkul. Biar sampai penonton buka almari, keluarkan Al Quran yang berhabuk dan cari “Ruh” dalam ayatnya. Barulah Manusia dan Jin akan menonton sama. πŸ˜€

Anyway, ianya sekadar pendapat saya.. untuk para pembikin filem seperti drama Tanah Kubur untuk pergi lebih jauh, perlu banyak buat homework utk skrip, perlu ada usaha untuk mendalami petunjuk Tuhan diluar filem, bila ada keihklasan maka RUH akan memberikan “kisah sebenar”.Itu baru la the real Tanah Kubur. Hehehe..

Apa-apa pun untuk Tanah Kubur- Ummah Jahiliyah saya bagi 4 bintang..!! πŸ˜€

Siapa yang belum tonton tunggu next siaran dan tengok. Selalu Astro kan ulang-ulang.. hihihi..

Makan Tahi Lembu, Dibakar hidup-hidup, Diseksa… Dimalukan..

Hukum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semakin hari semakin sedih dan takutnya aku melihat keadaan manusia disekeliling hari ini.Hari ini aku terbaca (lihat video) pasal 2 orang pencuri (dikatakan mencuri lembu, di Jengka, Pahang) yang dipaksa makan tahi lembu selepas ditangkap, diikat dan dibelasah. Sambil dalam keadaan berdarah dan terikat, mulut mereka disumbat dengan tahi lembu dan dipaksa mengunyahnya.

Sebelum ini pula dalam video lain, dinegara lain aku lihat seorang manusia dibelasah dan dibakar hidup-hidup oleh orang ramai. Ada video wanita, ada yang lelaki (dibelasah dan dibakar hidup-hidup)

Dan kes dalam negara kita lagi, terlalu banyak gambar-gambar yang mengaibkan seorang manusia kepada manusia lain disebarkan di internet atas dasar rasa tidak puas hati atau emosi yang tidak ketentuan.

Aduhai umat manusia. Tidakkah terfikir kamu yang kita ini hamba kepada Tuhan. Kita SEMUA MANUSIA INI HAMBA kepada Tuhan. Tuhan mahu menguji kita. Mahu melihat siapakah yang berlaku zalim diantara kita. Fahamkah kita apakah maksudnya zalim? Berapa banyak kali perkataan zalim ini disebut Tuhan dalam Al Quran untuk mengingatkan kita. Tuhan mahu kita berlaku adil.. kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Letakkanlah sesuatu pada tempatnya, jika tidak.. ianya dikira zalim. Adakah kita sebagai hamba Tuhan sudah meletakkan diri kita pada tempatnya yang sesuai?

Didalam Al Quran Tuhan mengingatkan kita tentang hukuman yang akan dikenakan kepada manusia yang berlaku zalim. Samada zalim kepada diri sendiri ataupun orang lain. Sudah pasti ada yang zalim. Ini sunnatullah. Tuhan sentiasa memberi kita pilihan, untuk jadi zalim ataupun tidak. Maka keduanya akan mendapat balasan yang setimpal.

Namun dalam Al Quran juga disebutkan Tuhan tentang mereka yang bertaubat. Manusia melakukan kezaliman mungkin atas dasar kejahilan mereka.Namun Tuhan memberi mereka yang jahil ini ruang dan masa untuk bertaubat. Mereka dibenarkan bertaubat..!! Lihatlah.. siapa yang lebih adil?

Jadi layakkah kita sesama hamba Tuhan nak menghukum manusia lain? Adakah kamu yang menjatuhkan hukuman ini lebih hebat dari Tuhan? Sudahkah kamu berlaku ADIL? Kembalilah kepada petunjuk Tuhan yakni Al Quran. Setiap hari kita berdoa mintak diberikan petunjuk. Tuhan dah berikan. Adakah kita gunakan petunjuk yang diberikan Tuhan setiap hari dalam kehidupan kita?

Aku sedih dan takut… kerana dinyatakan didalam Al Quran bahawa setiap kaum itu ada ajalnya. Dan ajalnya satu-satu kaum itu adalah pasti dan tepat (tidak cepat atau lambat sesaat pun). Bagaimanalah nasib kita jika Tuhan sampaikan ajal dalam keadaan kaum dan masyarakat kita dalam keadaan jahil, kucar-kacir, chaos, tak tentu hala, bertuhankan duit, material. Menjatuhkan hukum, mengaibkan manusia lain hanya kerana lembu dicuri.

Menangislah.. tanya diri kita..zalim kah aku?

al-fatihah

 

1 2