Nak yang indah sahaja..

gilalah

Salam sejahtera.

Wow..!! Bosan gila aku dengan pasaran online sekarang ni. Aku ni yang dah buat online business sejak 2005 kadang-kadang rasa menyirap sirap dengan pasaran yang semakin tak tentu hala. Memang betul, dunia dah nak kiamat sebab Iman umat manusia sekarang ni pun tak tentu hala.

Tapi yang aku rasa tak seronok bila pasaran dah taknak ikut buku. Pasaran dah macam nak dunia ni terbalik secepat mungkin. Apa yang aku marah sangat!???

Bayangkanlah, kalau kita berniaga online ni sama jer macam berniaga offline. Bezanya kita guna internet sebagai medium. Tapi sama jer, kita perlu ada produk, kena buat jualan dan untung.

Oklah, mungkin otai2 akan kata, “ko kena jual ikut niche, baru orang sanggup bayar”. Betul.. cumanya orang yang dalam niche pun pada hari ini dah macam orang gila..!! Nak zero risk..!! “Demand” nya seolah-olah mintak supaya dimasukkan ke syurga terus.. melampau betul.!!

Bila kita jual produk, dia kata nanti “saya nak cari yang lebih murah”. Nak murah macam mana lagi kalau kita dah bagi sampai harga kos?! Ko carik tempat lain pun dah takder…!! BODOHHH..!! (tapi takde la aku cakap straight dia bodo kan.. ).  Kalau kita bagi peluang buat duit pulak untuk dia, dia kata takde modal. “Ada tak yang percuma.!?” Oklah, aku kira buat amal jariah la tolong ko.. aku bagi ko join PERCUMA jer.. ko kerja jadi affiliate lah (agen menjual), ko promosi.. dari jualan nanti ko dapat komisen. Tiba-tiba dia kata ” saya tak pandai jual-jual ni.. ada tak yang duduk diam jer?!”. Arrgghhh…!! kepala bapak kau..!! (sukahati aku lah, ni blog aku..). Apersal ko tak cakap awal-awal yang ko nak aku masukkkan ko ke syurga terus..!! kan senang..!!

Tapi ko tau tak ayat dari Al Quran ni..

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Al-Baqarah: 214)

Nak masuk syurga pun kena diuji dulu lahh.. inikan pulak nak buat duit online..!!

Hakikatnya begini bro..

rockybalboa

Jadi, anda yang diluar sana tu, tolong faham yang hidup ni memang kena ambil risiko. Kerana saya ini orang yang pernah mengambil risiko, saya pernah merasa duduk di”puncak” dan saya pernah merasa “dihina”. Jika anda tidak mengambil risiko, maka mungkin anda takkan pernah dapat merasa antara kedua yang pernah saya rasa. Jadilah anda orang yang biasa-biasa sehingga anda mati dan dilupakan.

“Dan kerana aku adalah orang pernah merasa keduanya, maka aku tidak akan pernah berhenti untuk bangkit dan teruskan hidup.”

peace 🙂

Leafit.com – ulasan Malaysia

Leafit Malaysia, buat duit di internet

Salam sejahtera,

Ada yang pernah dengar, ada yang belum pernah dengar. Jika anda sedang membaca ini, kemungkinan anda pernah terdengar mengenai LEAFIT.COM dan sedang merancang untuk menyertainya. Ataupun anda sedang mencari peluang mencipta pendapatan di internet yang memberi income secara global.

Baiklah, saya akan cuba memberikan ulasan yang terbaik mengenai LEAFIT.COM. Walaupun saya memang seorang assosiates (ahli ) LEAFIT.COM, namun seperti biasa, saya akan memberikan ulasan sejujurnya. Kelebihan dan kekurangan nya setakat ini (peace.!). Di ingatkan, ulasan saya adalah mengikut pendapat saya, keputusan ditangan anda. Dan perlu diingatkan juga yang Leafit.Com ini adalah benda baru “YANG AKAN” dilancarkan. Jadi ulasan saya buat berdasarkan info terkini dan bukan testimoni.

Leafit.com ini kalau dirumuskan secara mudahnya adalah satu lagi platform seperti facebook tetapi digabungkan bersama sistem penjanaan pendapatan berbilang tingkat. Ya, kalau anda nak fikir mudah, ianya adalah Facebook yang di MLM kan. Jika selama ini anda share, Like dan post di facebook sekadar untuk suka-suka, dengan Leafit.Com, anda ada peluang untuk dapat duit dengan buat benda yang sama. 

LeafIt1

Hahaha.. ada yang phobia mendengar perkataan MLM (multi level marketing). (Jadi sebelum saya pergi jauh, suka saya mengingatkan dan menimbulkan kesedaran yang Multi Level Marketing adalah konsep perniagaan yang tidak bersalah sama sekali. Yang menjadikan pasaran MLM mendapat imej buruk adalah manipulasi dari kumpulan-kumpulan tertentu yang membuat scam dan money game. Yang ini saya tinggalkan untuk anda study dan cari sendiri.. dan selesaikan dilema anda,  dalam post ini saya nak ulas tentang LEAFIT.COM saja.. :). peace. )

Gelombang yang anda rasa sekarang adalah LEAFIT.COM sedang merancang untuk menjadi fenomena baru di dunia internet dimana pelancaran secara rasmi dan besar-besarannya dijangkakan pada Mac/April 2015. Ya, coming soon. Jadi Leafit.com ini sedang merekrut seramai mungkin untuk merealisasikan kebangkitannya. Bukan senang nak masuk pasaran sekarang sedangkan facebook dah berdiri gah. Macam nak mengejutkan gergasi dari tidur lah. :). Jadi Leafit.com memisahkan platform mereka kepada LEAFIT.COM dan IGROWnet.COM. Bijak juga, untuk mendominasi pasaran, mereka biarkan LEAFIT.COM bergerak secara PERCUMA. Dan mensisipkan IGROWnet.com sebagai landasan untuk mereka yang nak buat duit. Nanti saya huraikan lagi..

LEAFIT.COM – Di asaskan oleh 4 orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing, menjadikan LEAFIT.COM satu gergasi baru yang perlu anda ambil kisah. Leafit.com mempunyai sumber manusia yang berkepakaran di bidang pemasaran, pembangunan perniagaan dan pemasaran berangkai. (network marketing).

Lawrence Sowell (Pengasas),  Steve Heiman , Michael Green (Pemasaran) dan Vaughn Tarver.

Loren Sowell

 

 

 

Ok, Bagaimana leafit.com ni berfungsi dan kita mahu gunakan untuk jana pendapatan.  Pertamanya, konsep yang ingin dibawa oleh Leafit.com adalah ; Anda ber social media menggunakan leafit (daftar percuma sahaja, of coz), kemudian anda share, tag gambar2, (apa saja gambar) dan gambar2 ini akan di “link” kan kepada syarikat yang menjual produk. Apabila ada rakan yg anda kenali atau anda tidak kenali membeli produk, hasil dari pekongsian gambar anda tadi. Anda akan terima komisen dalam USD. Idea ini lebih kurang sama dengan Pinterest dan InstaGram. Anda join percuma, anda guna macam biasa anda bersosial di facebook, tapi boleh ada peluang untuk dapat duit, sebab Leafit.com sudah dapatkan beribu penjual yang nak menggunakan platform mereka.

retails

TAPI, ianya tidak sekadar begitu saja, bagi mereka yang nak betul2 buat duit, LEAFIT.com ini mengadakan satu lagi rakan niaga (sisipan) kepada program ini iaitu IGROWnet.com yang direka untuk mempromosi konsep diatas (Leafit.com, bersocial media dan dibayar). Maknanya, anda yang duduk di IGROWnet.com adalah jentera yang akan menaikkan branding “Leafit” supaya ianya dapat mengatasi Facebook. Dan sudah semestinya anda akan dibayar dengan macam-macam compensation plan lah bila duduk di IGROWnet.com. Cerita plan duit di IGROWnet.com memang panjanglah kalau nak dihuraikan. Cukup saya berikan carta dibawah.

unilevel

unilevel

evergreencheck

comerce

Baiklah, bagi yang tak paham dan tak clear dengan plan komisen yang diterangkan dalam carta tu takper, biar saya simpulkan saja. hehehe. Kalau mengikut plan yang diberikan rasanya memang dah boleh buat duit bagi mereka yang nak buat duit. Unilevel dan Matrik pun memberi pulangan besar dan  dah cukup kalau anda berniaga dengan pasaran yang betul. Ianya memang pasaran “wang besar” apabila kita berbicara tentang pasaran tanpa sempadan.!! Dari pengalaman sayalah, saya pernah menyertai Global Domain International (GDI,. siapa yg tau.. taulah.. hehehe) yang memberi saya komisen (ciput) hanya 1USD dari rangkaian, tapi masih saya ingat lagi saya mempunyai downline dari negara yang tak pernah saya dengar dan lokasi yang susah saya nak sebut. (heheheh).. dan saya pernah lah merasa keseronokan menerima check beratus dollar suatu ketika dulu. Maksud saya income dari pasaran global. Tapi itu cerita lama.. sekarang saya sudah lebih matang dan belajar lebih banyak. Pasti saya mahu “strike” dalam peluang yang datang ini. Bukankah kita semua mahukan begitu? 🙂

Ini komen saya. Pertamanya, gelombang baru ini saya sasarkan akan meletup di pasaran dunia. Mengapa? Sebab ianya adalah trend masa kini. Ini yang sedang pasaran mahukan. Ini adalah bisnes “Now” yang semua orang terujakan. Sifu-sifu kata, jika anda mahu betul2 buat duit, buat di pasaran yang tiada sempadan. Sudah semestinya internet merupakan medium terbaik. Dan sosial media merupakan “produk” dan juga pemangkin yang digila-gilakan oleh pengguna (orang pasif ) dan juga penjual (orang aktif). Leafit bagi saya adalah seperti sedang menjawab soalan yang dilontarkan oleh pasaran. Jadi ianya akan jadi HEBAT.. ianya akan menjadi gergasi baru dalam media sosial.

IgrowNet

Kelemahan yang saya nampak pada Leafit pada ketika ini (yg ini subjektif) adalah konsep “akan datang”. Maknanya ianya adalah harapan dan cita-cita. Kemungkinan harapan dan impian untuk menjadikan LEAFIT salah satu gergasi di social media mungkin jadi, atau mungkin tak jadi. Tapi apa-apa pun hukumnya alam, jika kita usahakan kearah yang betul, maka jadinya akan betul. Jadi saya harapkan ianya menjadi seperti yang dirancang. Dan melihatkan gelombang manusia yang sedang mempromosi LEAFIT.com  diserata dunia sekarang ini melihatkan kelemahan ini akan menjadi kekuatan. Terutamanya di Malaysia. Lihatlah otai-otai networking sedang melonjakkan nama Leafit.com.

leader1

leader2

Jadi, kepada anda yang nak tahu apakah Leafit.com dan nak sama-sama buat duit di pasaran global. Anda boleh join saya dan saya tiada masalah untuk menjadi upline anda. HAHahahaha.. sila hubungi saya email panadoljiwa@gmail.com. Banyak lagi tips dan sharing boleh saya kongsikan. Masanya pun dah tepat.

Facebook buat ber billion ringgit, kita tak dapat apa.. dengan Leafit, anda ada peluang jadi dari sebahagian dari bisnes billion dollar tu.. tinggal nak atau tak nak saja. JOM.. duduk semeja dengan saya, kita usahakan.! Daftar free di sini, http://www.igrownet.com/simplebiz. Oh yerr.. saya ingatkan awal2.. modal untuk mulakan bisnes satu dunia, bisnes billion dollar ni hanya RM185 sahaja. Mampu dan berbaloi.. 🙂

chasing

Pawana- Apa yang kau bisikkan?

pawanaface

Dah apahal pulak Pawana? hehehe..

Melihat suasana hari ini, di laman sosial, didada akhbar dan dilayar tv mengingatkan aku pada Pawana. Lagu Search yang pernah glamer suatu ketika dulu (sekarang pun orang suka lagi kot..). Aku mempunyai pandangan berbeza bagi maksud lagu Pawana yang ditulis oleh M.Nasir ni. Maksud lagu boleh menjadi berbeza-beza, kita boleh tafsir sendiri mengikut kefahaman masing-masing. Namun yang paling tepat pasti lah interpretasi oleh penulis itu sendiri.

Pawana ini maksudnya angin, tetapi dalam lagu ini ianya lebih dalam dan bukan sekadar angin. Lebih kepada khabar angin atau bisikan, hasutan yang berniat gelap dan jahat. Inilah yang menyebabkan aku teringat akan Pawana. Cuba kita lihat sekeliling kita pada hari ini. Pawana yang berbaur hasutan dan khabar angin ini berleluasa disekeliling kita. Kita harus sangat-sangat waspada. Kerana seperti lirik lagu Pawana, ianya membawa kepada kemusnahan. Memang tak lepas, Pawana ini ada di setiap celah manusia pada hari ini. Baca suratkhabar, adakah anda yakin Pawana tidak meresap di jiwa editor akhbar? Anda baca facebook, blog, forum, adakah anda yakin berita yang disampaikan adalah benar dan tidak dicemari Pawana? Dimana saja, lihat kawan disebelah anda ketika anda me”ngeteh” di kedai mamak. Lihat ke mata mereka, adakah mata mereka berkilau dipukau Pawana?

Aku bukan nak buat propaganda atau nak menakut-nakutkan orang ramai. Tetapi ini adalah perkara yang serius dan pentig. Ianya melibatkan kehidupan malah keimanan kita. Hati-hati kawan. Tapi yang lebih penting bagaimana nak menghindar dari Pawana ini?

 

Adakah anda sudah ada jawapannya? Adakah anda sudah ada antivirus kepada Pawana?