Kerja sampingan.. atau tidak.

part timer

Salam sejahtera, dalam keadaan ekonomi kita yang kurang “cantik” ini biasanya keadaan ekonomi diri dan keluarga pun akan terkena tempiasnya. Kalau dulu boleh senang-senang bawa famili bercuti,  jalan-jalan dan melancong. Sekarang nak kena buat meeting keluarga dulu baru boleh buat sessi “makan angin”. Nak kena “kira” dulu bro.. Hehehhe..

Lantaran keadaan sekarang inilah ramai yang mencari kerja sampingan untuk tambah pendapatan. Ada yang cari kerja selepas pukul 6ptng. Ada yang buat kerja sampingan dihujung minggu. Ada juga yang “meniaga larut malam” :). Ada yang buat 2, 3 kerja sekaligus.

Jangan malu atau segan bro, anda berusaha untuk tambah pendapatan. Tiada apa yang hendak dimalukan. Jika anda buat MLM (Multi level marketing) teruskan, jika anda kerja cuci bilik air di hiway waktu malam, teruskan.. jika anda jual goreng pisang cheese petang2, teruskan.. jangan rasa rendah diri. Apa saja bagus, asalkan ianya usaha mencari rezeki halal.  Malah anda adalah orang-orang yang patut di beri respek. Orang lain mungkin hanya bagi kritik dan mengeluh di kedai kopi, duduk mengomel sampai 3,4 jam, tetapi anda adalah orang yang melakukannya. Apa nak malu? Anda adalah orang hebat. Orang lain mungkin bergaya dengan kereta mewah dan pakaian mahal, tetapi mungkin hutang mereka bertimbun lebih tinggi dari timbunan hutang anda. 🙂

Tetapi dalam memilih kerja sampingan memang akan ada halangan dan kesesuaian berbeza mengikut individu. Mungkin anda tak boleh berniaga, sebab anda ada anak kecil yang perlu dijaga. Atau anda tidak punya pengangkutan untuk bergerak berjumpa dengan prospek. Ataupun kerja di pejabat anda tak pernah nak habis. Walaupun anda tak layak untuk dibayar overtime, namun anda tetap pulang jam 10 malam. Memang macam-macam halangan. Satu yang suka saya ingatkan, ini berdasarkan pengalaman saya yang juga dah cuba macam-macam. Saya dah pernah rasa gaji buruh rm700 sebulan, bekerja pejabat rm3000 sebulan, dan gaji 7 angka dalam masa 3 bulan. Alhamdulillah, puji Tuhan, saya dapat merasakan pengalaman tersebut. Jadi, berdasarkan pengalaman saya ini, ada satu perkara yang perlu ada jika anda mahu berjaya dalam apa saja kerja sampingan yang anda buat. Iaitu SIKAP POSITIF.

Anda perlu selaraskan sikap-sikap positif dan negatif yang ada pada anda. Ianya ada pada diri setiap orang, anda dan saya. Gunakan sikap positif yang ada, jauhkan sikap negatif, buangkan terus sikap yang tak baik itu, maka saya 100% yakin anda boleh capai apa yang anda mahukan.

Contohnya; Rajin dan Malas.

Anda sudah buat iklan di suratkhabar atau internet. Pelanggan atau bakal pembeli sudah berminat. Yang perlu sekarang adalah anda berjumpa dengan individu tersebut dan buat closing sale. Kadangkala, masa dan tempat temujanji yang diminta tu, buat anda rasa malas nak pergi jumpa pelanggan ini. Komisen jualan pun tak seberapa. Inilah sikap yang tak bagus. Buangkan sikap negatif, dan buat closing anda..!! Nak rajin atau nak malas?. Anda pilih.

Contoh lain; Cuba lagi atau putus asa? Ramai saja jutawan atau idola yang berjaya bukan pada cubaan kali pertama. Paling glamer sudah semestinyalah cubaan Thomas Edison mencipta mentol elektrik. BUKAN cubaan pertama..! Bagaimana jika dia berhenti mencuba? Jadi.. Teruskan usaha. Kalau anda jatuh, bangun semula. Cuba lagi.

keepdigg

Jadi jangan risau pasal kerja sampingan apa yang anda buat. Sikap anda mahu buat kerja sampingan untuk tambah pendapatan sedia ada itu pun dah dikira sebagai langkah pertama menuju kejayaan. Anda bersikap positif.!

Cuba survey2 macam2 kerja sampingan yang boleh anda buat disini.

http://www.baca iklan dapat duit dot com

http://www.majalah.com/

 

Mencintai Mu, Sedetik Lebih..

Assalamualaikum,

Zaini

 

Entry kali ini didedikasikan kepada arwah Zaini Syamsila Mohd Zain yang telah pergi pada hari Selasa, 20 Januari 2015. Arwah yang juga mesra dengan panggilan “Ummi” adalah insan yang baik kepada semua yang mengenalinya. Kerana “kepergian insan yang baik akan ditangisi” entry ini ditulis.

Saya mengenali Zaini sejak dari bangku sekolah rendah. Saya terpanggil untuk mendedikasikan entry kepada sahabat saya Zaini, bila terlihat bait2 lagu “sedetik lebih” dari laman facebooknya.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Bait2 lagu ini boleh di translasi ditujukan kepada orang yang disayang. Tetapi lebih tepat lagi rasanya bait kata lagu ini sebenarnya ditujukan kepada Sang Pencipta. Tidak ada kasih dan sayang yang lebih hebat dari kecintaan manusia kepada Tuhan Semesta Alam.

Kita semua diuji Tuhan, bezanya ujian yang kita terima. Adakah ujian ini sanggup anda tempuhi?  apa saja yang berlaku didunia ini adalah petunjuk bagi mereka yang mahu berfikir. Gunakan akal dan petunjuk yang disediakan Tuhan untuk mengharung ujian-ujian ini.

[Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang padamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat].

(QS. Al-Baqarah:214)

Kepada mereka yang diuji Tuhan dengan dugaan yang maha hebat, bersabarlah, dan bertawakkal lah kepada Tuhan. Saya menitiskan airmata apabila menuliskan entri ini, kerana saya akan pohonkan selalu doa kepada Allah, agar melimpahkan rahmat dan memberi keampunan kepada hambanya yang faham dan mengerti tentang kasih dan sayang Pencipta kepada yang diciptaNya. Semoga dilimpahi rahmat kepada jiwa-jiwa yang telah ‘kembali’, yang mencari kecintaan kepada Ilahi. Yang mencintai Tuhan sedetik lebih lagi walaupun diduga dengan derita sakit dan airmata hiba yang mencabar.  Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun.

For the memory of  Zaini Syamsila Mohd Zain 1977-2015.

Bila Hidup Tak Seindah Lukisan..

hidup

Salam sejahtera..

Wah,….  2015 dimulakan dengan pelbagai corak dan warna hidup  yang pekat bertona kelam. Bagaimanalah nak menghirup wangi hidup jika bunga2 pohon ru tumbang satu demi satu, Bukan aku nak salahkan matahari, bulan atau bintang. Tapi angin romad ini bukan senang untuk aku bentengkan dengan kaitan jari.                                                Ada yang halus, ada yang kurus.

Kemana nak berpaut.? Kala wajah kemerahan, aku terlupa ia lalu sahaja bukan sapa.                                                        Hanya kasih yang rindu jalan si empunya mimpi. Gelombang jiwa kumat-kamit setiap bibit, risau dan sedih. Diam dan putus longlai. Lontaran lidah merapu. Tak setuju. Tak bertajuk, maksud tak bermaksud. Aku pun disini,

Sudah datang kah ketentuan Tuhan? Tongkat kepalamu, berat dan kosong. Masih ada waktu?

Seretkan sajalah bangkai cermin ini, pecah dan berkudis. Ini saja hadiah yang aku jumpa dalam garis cahaya. Tak cantik. Bukan alasanku Tuhan. Tapi si kaki panjang di air pun tak tegur aku lalu perlahan. Dia pun tak peduli, aku hidup atau aku mati. Mungkin lenggok cair ini banyak sangat punggur manusia. Bukan jalan lurus.

Mungkin aku perlu terus jadi lukisan.

 

p/s: Ni nama dia “teknik tiun kepala”.. hehehe..