Cuti Sekolah di Cyber Cafe.

£ÛÉç»á¹ã½Ç£Ý£¨1£©Òø´¨ÏòÇàÉÙÄêÍƳöÃâ·Ñ¡°ÂÌÉ«Íø°É¡±

Walaupun ibubapa mungkin ada perancangan yang pelbagai untuk anak-anak mereka sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung. Namun ada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat dalam ibubapa tidak sedar. Ada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang “bersunat”.Ada juga yang menyertai perkhemahan. Ada yang dibawa ibubapa bercuti atau melancong. Ada yang menghabiskan cuti dikampung bersama atuk dan nenek. Namun ada segelintir yang menghabiskan masa cuti mereka di Cyber Cafe..

Secara luarannya, anak-anak duduk di cyber cafe bukanlah suatu perkara buruk. Tetapi suka saya kongsikan pengalaman saya setiap kali mengunjungi cyber cafe di waktu cuti sekolah. Ianya dipenuhi oleh budak-budak sekolah.Dengan pelbagai peringkat umur. Mungkin sewaktu meminta kebenaran keluar,ibubapa tidak merasakan suatu keberatan untuk memberi kebenaran melepaskan anak-anak mereka bermain di cyber cafe. Lebih baik dari merayau entah kemana. Tak tahu mana nak cari. Bagus mereka ada di suatu tempat iaitu di cyber cafe. Namun mungkin dari apa yang saya kongsikan akan mengubah persepsi anda.

Sepanjang cuti sekolah,jika saya berkunjung ke cyber cafe, tempat ini tidak sunyi dari pekikan suara kanak-kanak yang seronok bermain permainan maya dalam talian. Tiada apa yang salah dengan berseronok.Namun apabila diamati kita akan dapat mendengar bahasa-bahasa kasar dan mencarut yang diucapapkan mereka. Tiada segan silu atau halangan.Mereka bersama kawan-kawan dan ibubapa tiada disana untuk menegur mereka. Perkataan lucah dan mencarut dilontar dari mulut kecil mereka seolah-olah ianya bahasa biasa. Saya sendiri agak malu dengan keadaan ini. Apabila ditegur,mereka akan senyap dan perlahan seketika. Tak sampai beberapa minit mereka akan teruskan kembali seperti asal.Apatah lagi jika beberapa orang rakan lagi sampai menyertai mereka. Saya lihat cyber cafe banyak mencorakkan kanak-kanak ke arah negatif.

Lihat saja ‘pop-up’ yang muncul di screen komputer bila anda mahu mencari permainan atas talian seperti “conquer the world”,”DOTA”, “Soul Calibur””Ghost in the shell”, “Guild Wars” dan beratus-ratus lagi game yang dimainkan secara online dan disertai oleh lebih dari seorang. Inilah antara faktor yang menarik minat kanak-kanak untuk bermain game ini. Mereka boleh beramai-ramai bermain dalam satu permainan bersama atas talian. Namun tanpa disedari, visual dan gambaran dari grafik yang direka untuk watak-watak dalam permainan ini memberikan impak kuat kepada bawah umur. (Jangankan bawah umur, yang tua pun kadang-kadang terbawa-bawa kesan nya ke dunia realiti). Trust me, bermain game dengan headset melekat dikepaladan screen monitor yang besar akan memberi kepuasan yang lebih, berbeza dengan kita bermain Xbox atau Playstation dirumah. Apabila kita bermain game online. Multiplayer pulak lagi (ramai pemain online bersama). Anda akan hanyut. Satu hari memang tidak cukup. Esok mesti mahu datang lagi bersama kawan-kawan. Kita sibuk mengajar anak-anak tentang aurat, adab dan budaya. Namun jika anak-anak ini dilepaskan ke cyber cafe begitu saja, maka ibubapa boleh lupakan semua itu.

sophitiaalexandra

Bayaran pula pada hari ini sangat murah. Secara puratanya sejam hanya Rm2 sahaja. Kanak-kanak sekolah hari ini mudah saja nak cari rm2.00. Ini juga antara faktor yang membuat ibubapa merelakan anak-anak mereka lepas ke cyber cafe. Kosnya murah sahaja. Namun impaknya sebenarnya sangat besar kepada anak-anak kita. Jadi sebelum anda benarkan anak-anak ke cyber cafe hari ini. Fikir-fikirkan dulu impaknya. Ada banyak lagi aktiviti yang sihat dan membina yang boleh dibuat oleh anak-anak anda. Cukuplah dengan contoh grafik yang diberi diatas. Ianya bermula dengan sedikit, bermula dengan tidak kisah. Akhirnya ianya akan menjadi kudis yang memakan diri. Tanggungjawab kita bro..

Ultras Malaya Semangat Sebenar Bolasepak Malaysia.

ultrasmalaya

Mungkin anda pernah kenal mereka secara negatif. Mungkin juga anda pernah dengar mereka bersorak. “Mengamuk” dan “Membantah”. Dengan “chant” yang pelbagai dan berbunyi garang dan kurang ajar, Ultras Malaya adalah kumpulan penyokong bolasepak negara yang tidak akan berhenti menyokong dibelakang pasukan tanpa kenal penat atau tewas. Walaupun mungkin cara mereka tidak digemari oleh segelintir golongan. Namun pada pendapat saya. Api semangat yang mereka pamerkan sepanjang perlawanan berlangsung adalah semangat juang bolasepak yang patut disuarakan. Menang atau kalah bukan misi mereka. Misi mereka adalah seperti minyak yang membakar semangat pemain di dalam padang. Walaupun kadangkala mereka adalah kumpulan minoriti didalam stadium. Tetapi “ngauman” mereka akan membuat gendang dan rebana penyokong pasukan lawan ibarat dipalu dengan batang ubi. Lihat bagaimana mereka “memiliki” stadium waktu Malaysia menentang Singapura baru-baru ini.

 

 
Ada yang tidak gemar dengan Ultras Malaya kerana mereka menyuarakan pendapat secara terus terang. Tanpa tapisan atau segan silu. Mungkin dianggap tidak hormat. Tetapi jika itu yang perlu untuk membentuk semangat juang dalam sesebuah pasukan bolasepak, Ultras Malaya akan katakan. Mereka akan katakan nya beramai-ramai dalam satu nada. Jika tidak ada yang berani untuk menegur. Ultras Malaya akan nyatakan untuk anda. “Out loud” dan “in the open”.

Beberapa kali sudah saya terbaca komen penyokong pasukan lawan, yang rasa malu dengan penyokong mereka. Mereka kata pasukan Harimau Malaya patut menang kerana mereka ada Ultras Malaya dibelakang mereka..!! Hebat sungguh pernyataan ini. Maknanya apa pun berlaku di padang. Menang atau kalah, Ultras Malaya akan pastikan pasukan negara menang di bangku penyokong. Dengan semangat yang dibawa ini, aura nya pasti akan sampai ke tengah padang. Geloranya akan mengepam laungan sorak menjadi kudrat tambahan kepada pemain. Syabas Ultras Malaya.

Teruskan laungan semangat Ultras Malaya..!!

 

ultras

redultras