Internet Luas, Sempit Di Malaysia?

Open-Minded

Salam sejahtera.

Ahh.. sedih juga bila melihat netizen, di Malaysia terutamanya.. menyempitkan dunia internet yang luas. Maka benarlah kata bijak pandai, betapa hebatnya teknologi, betapa canggihnya alat, jika digunakan oleh pengguna yang kurang bijak. Maka kecanggihan dan kelebihan tidak akan menyerlah. Susah sangat ker nak faham bahawa bukan semua berita disebarkan diinternet itu adalah benar. Dan takkan susah nak terima jika berniaga secara offline ada etikanya, bisnes online juga ada etika nya tersendiri. Cuba la faham, jika dapat gossip2 di media sosial, tak perlulah sepantas kilat forward pada kawan-kawan dan orang lain. Dan cuba pakai sikitlah kecerdasan minda anda, samada bahan yang dipostkan oleh seseorang perlu untuk diforwardkan.. berfaedah di forwardkan?. Adakah berhubung dengan kawan-kawan dan netizen lain melalui internet adalah sekadar difungsikan untuk membuang masa?. Come on lahh..

Ingat..

openmindnotmouth

Atau kalau dari segi internetnya, buka minda, fikir secara analitikal, baru buat post atau forwardkan posting orang lain. 🙂

Malaysia ini kecil saja jika nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Tetapi ianya akan dipandang lebih sempit jika penduduknya memberi gambaran yang sempit kepada dunia melalui internet. Internet adalah tingkap kepada seluruh dunia. Maka orang lain juga boleh melihat kita dan menilai. Tetapi mungkin sebab jiran-jiran berfikiran terbuka, kita masih ingat kita perlu bersuara. 🙂

Malas nak tulis panjang hari ni. fikir2kanlah..

Oh yaa.. lagi satu, ketahuilah bahawa jadi keyboard warrior dengan cakap rubbish itu tak cool pun..!!

Its just another way to make yourself look stupid… hehehehe.

Buah apa? Burung apa?

Salam sejahtera.

Hari ni nak tulis post yang santai dan relaks jer.. hehhee.. 2 hari lepas aku pegi bank. Settle kan beberapa urusan. Bila aku sampai depan bank kebetulan depan kereta tempat aku parking aku ternampak sesuatu yang macam aku kenal dan mengimbau kenangan. hehhee..

Aku tengok betul2 dan aku snap gambar. (sempat lagi tuhh.. hehehe) Ini haaa..

20141124_120458

Siapa kenal ni buah apa? Hehehehe. Ya betul, kalau kebanyakan orang panggil buah ni buah LETUP-LETUP. Buah ni tumbuh meliar jer, tapi jangan salah sangka. Buahnya boleh dimakan dan rasanya masam-masam manis. Kenapa dipanggil buah Letup-Letup? Sebab buah ni kalau dah masak, warna kuning macam dalam gambar tuh boleh dimakan. Picit buah tuh, nanti dia meletup. Takde la meletup macam bom tangan.. melampau la tuh kan. Meletup slow jer. Tapi ada bunyik la bro.. hehehe.. Bila dah meletup tuh bleh la makan isinya. Sedap juga..

letupletup

Buah Letup-Letup nih kalau untuk orang yang baru-baru masuk hutan atau belukar akan rasa macam “adventure” la bila jalan-jalan jumpa buah ni. Boleh pulak sambil-sambil petik dan makan. Kalau untuk budak-budak macam takjub juga ler.. hehehe.Mana tak takjub? Kalau korang jalan-jalan tersepak burger (tak kisah la burger McD ker bukan..) korang nak makan terus ker? Tak..! Korang takkan makan.  Ini kalau ko terserempak ngan buah nih kat tepi belukar ker, semak ker. Korang boleh petik dan makan. Kan cool tuhh.. hehehe. (cool la sangat..)

Anyway, sekarang korang dah kenal dengan buah Letup-Letup. Selalunya aku masuk belukar masa kecik-kecik dulu aku selalu terjumpa buah Letup-Letup nih sebab aku nak pergi pasang perangkap. Pasang perangkap nak menangkap sekor burung nih. (ini masa kecik2 la.. dulu-dulu, sekarang nak tangkap binatang kat belukar takut kita lak kena tangkap, maklumlah haiwan terlindung.. hehehehe). Burung ni ha..

wakwak

Burung ni kalau kat Mesia ni dipanggil dengan macam2 nama. Tapi kalau kat tempat aku, nama dia burung Wak-Wak. Burung nih pun aku rasa sepesen dengan buah Letup-Letup yang tumbuh meliar, maksud aku burung nih banyak jer berkeliaran dikawasan yang berair, macam parit atau sungai. Kalau tengok kakinya yang panjang, kita dah boleh agak. Masa dulu-dulu, aku selalu pasang perangkap untuk tangkap burung nih. Tangkap, sembelih, goreng la bro. Rasanya macam ayam. Hehehe.. Kenapa orang suka tangkap burung nih dari tangkap burung puyuh yang lebih komersil? Sebab burung nih senang nak tangkap. Puyuh susah giler nak tangkap. Hukum “supply and demand”. Kalau yang susah nak dapat, harga mahal. Kalau yang mudah nak dapat harga murah. So, yang susah nak dapat ler dikomersilkan. Walaupun burung Wak-Wak nih senasib dengan buah Letup-Letup yang tidak dikomersilkan atas sebab-sebab tertentu. Ianya masih memberi nilai kepada sesetengah orang.

Bagi aku (orang lain aku tak tau.. hehehe), Letup-Letup dan Wak-Wak nih boleh la dikatakan simbol untuk “berusaha utk hidup”. Apa yang boleh aku ringkaskan dan ambil pelajaran. Dahulu, untuk kita mendekati Letup-Letup dan Wak-Wak, kita perlu masuk belukar dan semak. Jika kita berjaya masuk belukar. Jika kita berjaya memasang perangkap di celah-celah gigi sungai. Maka kita bukan sekadar akan dapat merasa masam manis buah Letup-Letup, atau bukan sekadar dapat merasa “chicken like” daging burung itu. Tetapi kita akan dapat kesedaran yang hidup ini bukan mudah, dan anda perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Itu lah yang nak disampaikan oleh Wak-Wak dan Letup-Letup. Semoga kita mengambil pelajaran.. hehehehe..

Peace..!!

Apa perlunya Tahan Lama ?

tahanlama

Salam sejahtera. (Post kali ini untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja)

Mungkin ada yang agak sensitif atau malu untuk berbicara mengenai isu bilik tidur atau isu seks. Bagi saya tidak ada yang perlu dipandang serong. Ianya adalah sebahagian dari fitrah manusia.Namun apabila kita berbincang mengenai isu-isu sensitif, sasaran pembaca juga adalah mengikut kategori. Jika dalam industri filem ada kategori, 18PL, 18SX dan sebagainya. Maka dalam bicara blog juga ada kategorinya. J

Maka jika anda adalah pembaca bawah umur atau masih belum berkahwin, maka topik kali ini bukan untuk anda. Ini adalah bicara “Tahan Lama” di bilik tidur.

Apa perlunya untuk “tahan lama”?  Bagi yang sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bersama sebagai suami isteri rasanya faham akan maksud “tahan lama”, jadi tak perlulah saya huraikan panjang. Cukup sekadar saya katakan yg ianya bermaksud proses “bersama di katil” yang lama. Mengapa perkara ini perlu menjadi isu? Suka atau tidak suka ianya juga adalah salah satu faktor keruntuhan rumahtangga. Ya, betul. Ada dikalangan suami isteri meletakkan seks sebagai keutamaan dalam rumah tangga. Ada pepatah sinis orang putih berbunyi “ the marriage start shaking, if the bed is not rocking” (rumahtangga akan goyah jika katil tak bergoyang). Dari pepatah ini kita dah boleh faham yang seks diantara suami isteri adalah sebahagian intipati kebahagiaan rumahtangga. Sebahagian lagi adalah kehidupan zahirnya. Jadi jika ada kekurangan di “jabatan” ini. Maka ditakuti akan ada kekurangan dalam rumahtangga.

Kata kunci bagi rumahtangga adalah “kerjasama”. Maka ianya juga termasuklah dalam kerja-kerja di bilik tidur. Disini lah timbulnya isu tahan lama. Seorang suami atau isteri yang saling menyayangi mahukan kerja yang dibuat mencapai matlamat ‘bersama-sama”. Jika hanya salah seorang yang berasa seronok, pastilah ini bukan kerjasama yang diidamkan dalam hidup bersama. Mengikut kajian klinikal, pada zaman ini, seorang lelaki akan mencapai tahap klimaks seks nya yang normal sewaktu “bersama” sekitar 7-14 minit. Bagi perempuan pula adalah sekitar 10-20 minit. Maknanya jika seorang suami menghabiskan “kerja”nya kurang dari 10 minit, maka isteri tidak akan mencapai matlamatnya dalam sessi tersebut. Inilah secara teorinya yang mengganggu fikiran sang suami. Bahkan lebih merisaukan lagi apabila si isteri berlakon seperti telah “selesai” demi menjaga perasaan suami. Perkara ini jika dibiarkan akan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan suami isteri.

Ada cara pintas untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah menggunakan produk-produk kesihatan yang khas untuk mengatasi masalah ini. Namun pelbagai produk ada dipasaran. Pastikan anda dapatkan produk yang disahkan secara klinikal.

Saya mengesyorkan produk dibawah. Ini kerana ianya terbukti berkesan dengan pelbagai testimonial dan mendapat kelulusan klinikal dari pihak berwajib.

 

 lebihlama

IMG-20141120-WA0020

contact

1 2 3