Misi Tuhan: Misi Mencari Ajaran Sesat? Atau Mencari Yang Benar?


Salam sejahtera.

Wah.. kalau baca tajuknya rasa seram pun ada. Mungkin ada yang tak ingin nak baca pun. Sebab kita dah dididik untuk menjauhi yang was-was. Sebab mungkin yang was-was akan menarik kita ke jalan yang tidak baik. Yakni jalan yang menyesatkan. Jadi hindari yang was-was. Namun saya tak pasti kita perasan atau tidak sebenarnya dari awal lagi kita sudah berada di landasan ketidakpastian itu. Senang kata, kita dah berada dalam was-was sejak lahir lagi. Kita pada hari ini hanya bersangka-sangka bahawa kita ini membuat sesuatu yang benar. Perbuatan kita tidak dalam keyakinan. Saya tidak pasti orang lain, tetapi rata-ratanya lebih kurang saya. Iaitu hanya mengikut sahaja. Saya bersangka orang lain yang lebih berilmu adalah benar. Tetapi tidakkah kita sudah banyak kali diperlihatkan yang orang yang bijak pandai juga berupaya memperdayakan kita, malah dengan lebih licik lagi. Bagi menguatkan telahan saya ini, apakata anda ingat2 balik, adakah 100% ajaran guru, ustaz kita semasa kita kecil dahulu disampaikan dengan dalilnya? Maksudnya setiap pendapat ustaz atau ulama yang kita pakai sepatutnya disertakan dalil yang diambil dari sumber yang pasti seperti Al Quran. Barulah kita ini pasti yang kita ikut selama ini adalah perintah Allah dan bukan kata-kata manusia semata. Adakah kita dah semak setiap kalinya kita mengambil pendapat? Inilah sebab saya katakan yang kita ini berada dalam was-was sejak lahirnya. Kita hanya mengikuti budaya dan adat yang lebihnya. Paling mudah lagi.. cuba ingat2 kembali pada tarikh bila kita ini mengucapkan janji dengan agama yang kita anuti. Kalau tak jumpa, anda mungkin ikut islam budaya sahaja.

 


Jadi, apakata hari ni dengan fikiran terbuka dan berlapang dada kita mulakan checking, atau nilai semula agama yang kita anuti. Bukan untuk mencari yang sesat. Itu bukan tindakan yang sopan. Itu tindakan kedua terbaik. Tuhan pun tidak menggalakkan kita mencari kesilapan orang lain dan di highlight kan. Bukan tugas kita untuk mengatakan orang lain sesat atau agama orang lain salah. Adalah lebih berfaedah jika kita semak, konpomkan, PASTIKAN YANG KITA IKUT ITU BENAR. Jika ada kesangsian, maka kita cari yang lebih baik dan lebih benar. Jangan buang masa mencari yang sesat..!! Lupakan tajuk “Misi Mencari Ajaran Sesat”..!! Tumpukan kepada Mencari Yang Benar. Mungkin ada yang akan mengatakan seruan saya ini sesat atau menyesatkan. Namun pendapat manusia yang tidak berdalil adalah tidak penting. Jangan menuduh tanpa hujah. Yang lebih penting adalah status kita disisi Tuhan.

 

Dan ayat Tuhan berkenaan isu ini akan jadi lebih seram dan menakutkan jika dibaca pada Surah Al Araf, ayat 179.  Baca.. dan fikir2kan..

 

Engkau Berani berfikir..


Salam sejahtera.

Dalam keadaan kehidupan yang merapu disekeliling kita pada hari ini, adakah kita masih lagi mahu meletakkan nasib diri kita diakhirat kelak ditangan orang lain? Sudahlah setiap hari kita dengar berita-berita mengarut macam ibu tanam mayat anak yang dibunuh sendiri, cucu merogol nenek, bapa bunuh anak2 dan kemudian gantung diri, suami sembelih isteri, bayi dibuang dalam longkang, bunuh diri, tetak menetak, tikam menikam, tembak menembak, maki memaki, fitnah sesuka hati. Arak dan judi perkara biasa keluar tv. Maksiatnya lengkap dengan faahisyah, lesbian, one night stand, dalam kereta, tepi tangga, dalam estet, hotel tak berbintang boleh saja. Siber kafe, atas kerusi. Adik beradik? Mahram semua hantam jadi..!!  Ya Allah… Ya Tuhan apa yang dah jadi? Yang terhimpit terus tersepit, yang kaya terus hanyut. Bagaimana nak keluar? Ntah.. Tak perlukah kita fikir? Tak perlukah kita buat apa2? Cukupkah dengan berlagu syair aku tak layak untuk syurgamu, namun neraka pun aku tak mahu? Cukupkah dengan menaip “Amin..” dalam posting facebook?

Dan yang paling menyedihkan lagi. Umat Islam ramainya masih nak meletakkan nasib diri pada orang lain. Tidak berani untuk berfikir sendiri. Tak mahu usahakan jalan keluar sendiri. Habis longlai dimomokkan dengan gaya pemikiran bawah tempurung. Satu set otak dan akal yang diberi Tuhan letakkan dalam almari dirumah bersama kitab petunjuk yang diwasiat Tuhan. Takut Kitab dan Hikmah dicemar oleh fahaman luar kotak sampaikan terlupa, ianya gagal difungsi. Nak semak ayat Tuhan, takut salah Tajwid, nak ambil wudhu pun belum reti. Biarkanlah saja yang lebih bijak pandai bermuzakarah untuk buat keputusan bagi diri. Hukum itu dan hukum ini.  Macam mana kita boleh pasti yang kita sandarkan harap sudah yakin di endos ilahi?  Ayat Al Quran banyak tersirat, Rasul pula tiada lagi. Tak cukup itu saja, ianya mesti diperhalusi. Biar manusia yang beri bukti. Tak begitu kata Tuhan. Bicaranya timbangan mestilah sendiri-sendiri. Mana ada wakil masuk neraka digalang ganti! Takkan mufti nak jawabkan semua soal kubur setiap orang yang Like fanpage dan jadi ahli? Sedangkan mufti pun bertegang urat dahi… Hari ini nak dekat raya Haji, berita nya ada yang sambut lain2 hari. Ikut imam ikut menteri.

Ahh.. takkan ramai-ramai semuanya salah? Tak ke kita faham Musa berlalu di laut terbelah. Ohh.. terlupa. Nak berfikir kena guna akal lah.

Pernahkah kita ketahui yang darjat mereka yang tidak menggunakan akal adalah seperti anjing yang tak sudah menjelir lidah, dan tempat duduknya di Neraka Jahannam?! Tak tahu? Log in facebook dan tanya ustaz yang anda gemari.. hehehe!! Memang saya perli..!! At least, takde la tanya pasal hukum berselfie lagi.. 🙂