Siapa tak suka belon? :)

Hehehe.. hari ni topik kembali ke zaman kanak-kanak. Rasanya semua kanak-kanak sukakan belon.. dan rasanya topik kali nih takde berat langsung, malah ringan dan terapung… hahaha.. dan of coz la akan banyak gambar belon  kan.. hehehe..

Sengaja nak share, baru-baru sambut besday anak umur 7 tahun. (Actually idea wife) Saja nak buat surprise letakkan belon helium kat bilik dia time dia tido.. bila terbangun punya la happy. Hehehehe..

IMG_4681

IMG_4683

IMG_4690

Seronoknya dia.. hehehehe

Oh ya.. saya gunakan belon helium. Spesel la sikit.. tapi harga utk buat benda simple tapi memorable nih agak mahal jugak bro.. hehehe. Sekali sekala nak bagi anak happy apa salahnya yer tak? (sebenarnya kena paksa dengan wife.. hehehhehe).

Susah jugak nak jumpa kedai yang jual gas helium untuk belon nih. Dan ramai jugak rupanya yang tak tahu dan tertanya tanya nak dapatkan dari mana.  Saya dapatkan dari kedai Balloon Buzz Party Centre kat Seksyen 9, Shah Alam. Rasanya cawangan dia yg lain pun ada yg tak jual  gas untuk yg sikit2. Kebanyakan kedai jual tong yang besar, harga dekat2 RM1k. Saya beli tong gas helium kecik sebiji yang boleh mengisi lebih kurang 50 biji belon. Dia boleh tahan (terapung) dalam 6-10 jam, tengok keadaan. Harga? Satu tong gas kecik tuh (untuk 50 belon) RM210.

belon1

belon2

belon3

belon4

belon6

Hahahahha.. trick taknak belikan hadiah nih… 🙂

Kat bawah nih rupa tong gas helium tuh..

IMG-20140917-WA0000

Saja share.. 🙂 enjoy making people smile..

Orang Malaysia suka makan sampah?

A FOX IN BROOK GREEN TODAY PICTURE JEREMY SELWYN 10/05/2011

Hari ini di BHarian, saya terbaca tentang artis yang dikatakan kembali kepada perangai lama (Lana). Baru saya terperasan, baru2 ini banyak gambar2 nya yang boleh dikatakan “seksa” disepahkan diinternet. Banyak di “share”kan di facebook dan blog.

Baiklah, sebenarnya apa yang nak saya kongsikan pada hari ini bukannya mengenai Lana atau artis-artis lain yang nak pakai tudung ker, nak bukak baju ker, nak bogel ker, nak pakai purdah ker.. nak hijrah atau tak.  BUKAN..!! Hari ini saya nak mengingatkan ORANG YANG MEMBACA… yakni anda, saya, KITA.

Akal dan fikiran yang diberikan Tuhan kepada kita setiap individu  adalah suatu yang mempunyai RUH. Dan seperti juga jasad yang diberikan RUH ianya juga memerlukan “pemakanan”. Disinilah pentingnya kita memberikan AKAL dan MINDA kita makanan yang “bersih” dan lagi “suci”. Saya hanya berkias sedikit, rasanya anda faham maksud saya. Seperti contoh kanak-kanak yang sedang membesar, jika kita masukkan ilmu2 yang hitam kedalam mindanya. Gaya dan perwatakannya akan hitam. Jika kita masukkan putih, maka putihlah cara hidup yang dipilihnya. Anda pasti akan terkejut jika mengetahui apa lagi “pemakanan” yang telah disogokkan ke dalam minda kita pada hari ini, yang menjadikan kita “berfikir seperti kita berfikir pada hari ini”. Mungkinkah ada cara berfikir yang lain? yang ni kita bincang lain kali..

Saya teruskan.. Saya lihat banyak, bersepah-sepah diinternet, penulisan oleh blogger-blogger, kaki-kaki internet, kaki-kaki posting yang menggunakan tajuk utama dalam penulisan mereka cerita-cerita seks, cerita-cerita aib orang, cerita-cerita lucah dan pelbagai lagi headline yang menarik perhatian para peng “Klik” untuk memilih tulisan di page mereka sebagai bahan bacaan. Malahan ada yang menggunakan gambar2 yang sensasi kemudian diletakkan isi yang dimanipulasikan. Contoh seperti gambar2 jenazah MH17 yang diletakkan ‘tagline’ atau ‘headline’ yang catchie, yang akan di SHARE, akan di LIKE dan menjadi viral. Ada yang betul, ada yang direka-reka. Saya meng kategorikan isi-isi penulisan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah ini sebagai SAMPAH SARAP..!! Adakah anda suka memberi makanan SAMPAH untuk minda anda?! Anda mahu mengejek Tuhan?!, sebab Dia yang berikan kita akal untuk dibezakan dari binatang..!

Para peng”Klik” pula adalah seperti menjadi rutin mereka, untuk buka internet (facebok, blog, email, dll) setiap pagi dan “bersarapan” dengan apa saja yang disogok oleh mereka yang menaip yg bukan2 ini. Dimana pertimbangan anda? Adakah anda perlu klik dan baca setiap benda yang muncul di skrin? Saya pada hari ini, langsung tak mengendahkan tajuk2 posting yang berbau sampah yang muncul di facebook atau blog saya. Anda pun boleh juga. Buat sesuatu.. anda punya pilihan. Jangan Share dan Like membabi buta..

Orang tanya saya mengapa mereka tulis yang bukan2 ini? Jawapan saya, ini semuanya adalah kerana WANG.!! DUIT..!! Bagi makluman anda, KLIK dan LIKE pada hari ini adalah bernilai. Bernilai puluhan,ratusan, ribuan, jutaan ringgit. Contoh mudah lihat saja bagaimana FACEBOOK ADD menjana pendapatan jutaan ringgit. Di Malaysia juga tak kurang yang menjual FanPage Klik, yang menjual LIKE dan pelbagai lagi. Kaki-kaki internet yang buat duit secara online mahukan “ranking”, mahukan “funnel”, LIKE, SHARE, TAG, LINK.. mahukan semua mata tertumpu pada laman web, blog, fanpage mereka. Sehingga mereka sanggup buat apa saja. Tulis apa saja.

Tak pedulilah yang ditulis itu lucah.. asalkan orang klik. Tak pedulilah siapa yang di aibkan, asalkan orang klik, tak pedulilah orang itu ada anak2 bawah umur yg curi2 guna laptop, asalkan dapat klik.. TAK PEDULILAH jika dalam tak sedar mereka sedang menyuapkan ke dalam mulut masyarakat kita ini SAMPAH..!! Adakah ORANG MALAYSIA SUKA MAKAN SAMPAH? 

Fikir2kan.. jom kita bertindak.. Jangan Makan Sampah.!

merdeka