Kacamata hitam PERCUMA untuk berselfie sakan.. ;)

IMG_4240

Wahhh.. hari raya ni ramai yang bergaya dan sakan berselfie. Hehehhee.. Nih aku nak kongsikan laman web baru yang buat superaffiliate produk kacamata gelap. Dan.. yang menariknya, ada cara untuk korang dapatkan spek hitam nih PERCUMA jer..

Yerr.. betul, free jer. Korang suka la tuh kan nak dapat benda pree.. hehehehe. Bukan la buta2 nak dapat free. Spek nih pun harga dia RM100++ camtuh, so kalau dapat free memang syok gila la kan.. hehehe. Open house banyak nak pegi nih. Sepanjang Syawal nih bleh melaram la.. kehkehkeh.. Ada cara dia nak dapat free. Korang follow tips yang aku bagi nih.

Mula2 korang daftar dulu kat SINI. Daftar jer, bukan kena bayar. Pastuh, untuk aktifkan akaun korang, korang  Taip sms “VIP_nama username korang” dan hantar ke 0193929111. Lepas Admin dah aktifkan akaun korang, promosikan link korang tuh.Pastuh promote link korang kat facebook. Kalau ko dah dapat daftarkan 10 orang (daftar percuma) dari link korang, SMS semula ke Admin Taip “BONUS_username korang” dan hantar kat 0193929111. Admin akan buat semakan dan spek hitam yang korang pilih akan dihantar ke alamat yang korang daftar. PERCUMA jerr.. Best kan?  (Cari 10 kawan untuk daftar free jugak, kira PERCUMA la tuh kann.. hehehehe. Oh yer…. spek yang korang dapat free tuh pilih masa daftar percuma tuh tau.. ada gaya1 – gaya6. Pilihlah mana korang suka.

Lagi satu, offer nih sempena hari raya jer kot (sampai bulan September maybe..) . Mungkin lepas nih dah takde lagi.. so cepat2 rebut peluang sementara ada lagi spek free nih.. huhuhuhu..

Selamat mencuba dan selamat hari raya..

freevonzip

Sempena Syawal.. apa yang berjaya dicapai? Hari kemenangan?!

selamat hari raya

 

 

Membicarakan tentang Iman dan Islam. Hari ini ada cakap-cakap rakan sebaya sewaktu minum2 di malam raya yang membuatkan aku berhenti bercakap, berhenti berjalan, berhenti tersenyum dan terbayang wajah masyarakat sekeliling. Kata rakan ku “jika nak dibandingkan dengan negara lain, malah bandingkanlah dengan negara Arab sekalipun, pada ketika ini Malaysia adalah negara Islam yang paling baik.!”

Pada hemat aku, jika kita ini orang yang pandai menduga riak wajah Islam pada hari ini di Malaysia, maka aku terus saja katakan yang Islam diMalaysia perlukan update. Jika kata-kata itu benar (dan mungkin benar), bahwa Islam di Malaysia adalah islam yang terbaik, kita sedang meng “downgrade” Islam itu sendiri. Apatah lagi dinegara Arab.

Lihat sahaja sekeliling… IQRA’..!! Jika Islam ini yang harus dimenangkan. Jika Islam inilah yang menjadi jalan yang lurus disisi Allah. Bagaimana Allah itu mahu kita angkat setinggi darjat sebagai Penguasa Alam Semesta? Dengan Islam yang ada sekarang, seolah-olah tidak kufu lah. Mentaliti orang  di Malaysia tentang agama masih sangat daif, termasuklah terhadap Islam. Isu kalimah Allah, isu Cadburry, isu Palestin dan macam-macam lagi isu yang boleh menjadi penanda aras kepada mentaliti orang Islam kita.  Mungkin agak kasar untuk ditulis diblog, namun daripada percumanya mempromosi Bobo, Kiki, Solero, Gangnam, K-Pop dan macam-macam perangai (umat Islam) yang mencerminkan sebaliknya, lebih baik kita berhenti dan update Iman kita.. (jangan marahkan aku berkata demikian, jika anda tidak terkena tempias pun..) Siapa makan cili, jangan malu2 minta air..

Apakah menjadi suatu kesalahan untuk menguatkan iman? memperkukuhkan kepercayaan dengan yakin, membenarkan dengan lidah dan perbuatan? Adakah orang boleh pertikaikan tindakan kita untuk menggilap iman kita? Adakah orang lain yang akan menjawab soal kubur? Ada orang lain yang akan membakar diri untuk kita di neraka? Apakah iman kita sudah cukup utuh untuk menunjukkan jalan kepada anak2 kita?

Tanya diri sendiri,.. bila masa kita ini berfikir dengan sendirinya “disaat bilakah dalam hidup aku ini, yang aku mengIslamkan diri sendiri?” Bila.? Sebutkan tarikh dan masanya… seperti seorang Hindu yang ingin memeluk Islam, maka sesungguhnya lah kita ini yang Islam sejak kecil, lebih mengetahui, lebih meng”iman”i agama yang kita anuti?(Ia atau tidak pernyataan ini, anda fikirkan sendiri..)

Kita sepatutnya sudah ‘khatam’ mengenai Islam baru kita mengucap..! , mengapa kita Islam, apakah dia Islam, apa yang dituntut oleh Islam.. dan segala persoalan mengenai Islam. Ingat kembali.. “aku naik saksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah”, siapa yang menjadi saksi kita?

Hari bersaksinya kita itu sungguh-sungguhlah semestinya akan menjadi hari yang kita ingati? Daripada ratio 10 orang berapa yang benar2 pernah mengisytiharkan hari itu gah seperti kepentingannya?

Atau kita sekadar mengambil kesempatan lahir dalam keluarga Islam dan kebetulan Islam adalah agama rasmi negara yang kita duduk.. adakah kita ini boleh “diautomatikkan” menjadi Islam?! Begitu saja?  Bagaimana  jika”diautomatikkan” kita menganuti agama lain? Tak perlu kita update dan upgrade?. Jangan fikir yang bukan-bukan.. kita bicara pasal Iman kita sendiri.. bukan cerita iman orang lain. Kita dan keluarga kita. Tuhan tanya satu persatu kan? Ya ker? Atau anda perlukan talian hayat untuk menjawab…? Jika semua orang berlapang dada dan mengatakan “ya..!! aku perlu update”, maka rasanya kita ini akan jadi manusia yang lebih baik dan lebih hebat..

Setiap orang perlu begitu..

Persoalan-persoalan ini perlukan jawapan. Seperti aplikasi di handphone pada hari ini yang meminta untuk diupdate. Perlukan upgrade, maka iman kita lebih-lebih lagi perlukan update dan upgrade. Bagaimana nak update dan upgrade? Sebelum saya jawab.. cuba uji dahulu minda sekejap.. kita asyik selalu menadah tangan meminta diberikan petunjuk. Adakah petunjuk sudah diberikan? Jika petunjuk ini jatuh didepan kaki, adakah kita akan kenal bahawa itulah manual kehidupan yang lebih baik? Pastikan anda sudah bersedia diberi petunjuk, jangan minta apa yang anda belum sedia untuk terima..

Jika sudah bersedia, minta ditunjukkan.. pasti akan diberi petunjuk.