Latihan bisnes online terbaik – Money Rapid

Baru-baru ini saya ada menulis tentang program online urus email yang cenderung kepada scam. Bagi yang belum baca boleh klik disini. Kemudian, ramai lah pula yang bertanyakan saya apakah program yang bagus untuk mereka sertai. Program buat duit sampingan online yang tidak scam dan anda betul2 dibayar. Baik, untuk mendapatkan satu peluang perniagaan online atau program menjana pendapatan online yang 100% dijamin tidak akan rugi adalah suatu yang mustahil. Apa yang anda boleh buat adalah mencari program yang paling rendah risikonya. Jika anda tanya saya, saya akan syorkan program Money Rapid.

Money Rapid

Money Rapid

Mengapa anda katakan ianya terbaik?.. pastinya soalan ini pula yang akan diajukan.. hehehe. Baiklah, jika anda sudah membaca posting saya tentang bisnes online sebelum ini, pastinya anda akan faham bahawa bisnes yang baik adalah bisnes tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Dalam kes kerja pengurusan email dari rumah yang baru kita bincangkan, program tersebut banyak bergantung kepada Admin. Kita yang bekerja berhempas pulas, terpaksa menunggu  Admin melulus segala-galanya. Lepas daftar, kena tunggu Admin aktifkan akaun (kalau tak aktifkan?, kita tunggu lah sampai kiamat), kemudian nak tunggu Admin luluskan payment (kalau tak diluluskan?). Dan macam-macam lagi kerja yang bergantung kepada Admin sebelum kita mendapat bayaran. Baik, kebaikan program Money Rapid ini saya huraikan dibawah:

1- Admin / Pengurus program.

Dalam program Money Rapid, anda adalah Admin. Seronok kan? Dengan sedikit modal, seolah anda sedang menjalankan bisnes online anda sendiri. Ada produk, ada sistem dan anda Admin nya. Kan seronok..!? Kini anda pegang tanggungjawab sebagai Admin. Jika timbul isu, adakah anda akan jadi Admin yang baik? Jawapannya- jika pelanggan/pembeli hendak bayar kepada anda, adakah anda akan tolak? Pastilah anda akan menjadi Admin yang lebih baik kerana Admin yang baik, cepat dan cekap (mengaktifkan ahli) akan membuat program ini lebih maju, dan pendapatan yang lebih banyak.!!

2- Gaji / Keuntungan

Ini juga antara sebab mengapa Money Rapid ini adalah program yang baik. Modal anda untuk turut serta adalah RM50 sahaja. Apabila anda membuat jualan, anda akan akan dibayar RM50 untuk 1 jualan. DAN.. ahli baru yang join, mendaftar dibawah link anda akan membuat bayaran RM50 terus ke akaun bank anda..!! (sebab anda Admin). Jika dibandingkan dengan program lain. Biasanya 1 jualan anda akan dibayar beberapa peratus dari keuntungan. Cth dalam kes yg baru dibincangkan sebelum ini -[ Buat 3 sale (rm180) untuk Admin- Admin akan bayar RM90, profit = 50%]. Dalam kes Money Rapid keuntungan adalah 100% milik anda. Bagi memastikan program ini terus berkembang dan income anda bukan sekadar statik mengikut jualan. Money Rapid menggunakan kaedah Reverse Up untuk orang kedua. Dengan kaedah ini, anda akan dapat income lebih dan men”network” kan program ini.

3- Produk

Bisnes yang bagus juga mestilah mempunyai produk yang baik. Produk yang diberikan dalam program Money Rapid adalah produk-produk digital yang pasti membantu anda menjadi seorang peniaga online yang lebih baik. Bak kata sifu online biz saya Patric Chan dalam internet bisnes,  “knowledge is king” . Dalam dunia internet, jika anda mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh orang lain, maka ianya peluang untuk buat duit. Money Rapid menyediakan pelbagai bentuk ilmu dan sumber info tentang online bisnes di ruangan downloadnya. Anda boleh download dan gunakan untuk memajukan bisnes online anda. Tidak timbul isu barang tidak sampai atau produk rosak waktu penghantaran. Ini adalah latihan bisnes online yang baik untuk anda.

4- Latihan online biz yang baik.

Apabila suatu program itu menjadikan anda sebagai Admin nya, maka ianya bolehlah anda gunakan sebagai platform untuk melatih diri anda menjalankan bisnes online anda. Sebelum anda mula menjual produk anda sendiri secara online (produk digital ataupun fizikal). Anda boleh gunakan Money Rapid ini sebagai tempat training dan mengumpul pengalaman. Anda boleh belajar dan mencuba-cuba bagaimana hendak melakukan promosi secara online. Bagaimana melayan soalan2 dari pelanggan diemail dan sms. Anda tidak akan risau untuk mengajak rakan-rakan join sebab siapakah Admin nya? = Anda.!

Kelemahan.

Suka tak suka saya mesti juga maklumkan anda tentang kelemahan. Walaupun ianya indah untuk menjadi Admin dan mendapat bayaran 100% ke akaun anda dengan Money Rapid. Tetapi anda harus ingat kemungkinan ini mungkin berlaku. Walaupun anda Admin, tetapi anda bukan owner program. Kalau program ini tiba-tiba hilang. Maknanya masa seronok anda buat duit sampingan dah tamat.Namun bagi program yang betul2 buat duit, kes tutup ni jarang berlaku.

Baiklah, rasanya cukuplah saya kongsikan sedikit sebanyak mengenai Money Rapid. Bagi mereka yang pernah buat program2 online dari luar seperti Stiforp atau Infinity Downline, anda pasti suka dengan Money Rapid kerana ianya menggunakan konsep yang hampir serupa, malah bagi saya lebih baik dari segi pembayaran (dengan Stiforp dan InfinityDownline kita akan ada masalah dengan USD, kena ada debit kad atau Paypal). Jadi, cubalah Money Rapid. Duit tepi sikit2 pun dapat la cover duit minum2, “mengeteh” hehehe..

Klik kat sini jika nak start jadi Admin dalam Money Rapid.. hehehe. Jika ada masalah atau soalan boleh ajukan ke PanadolJiwa@Gmail.com

 

 

Rahsia disebalik program kerja urus email dari rumah.. Pn Masnah.

Spesifik pulak tajuk kali nih yer? 🙂 Bukan apa, saya memang ingin membawa perhatian anda berkaitan online bisnes dengan memberi contoh sekali. Kebetulan bila soalan diajukan kepada saya mengenai “kerja menguruskan email dari rumah”. jadi saya terpanggil untuk membuat post ini. Saya akan menyampaikan pendapat saya sahaja, dan saya tidak akan membuat keputusan untuk anda. Biarlah pilihan untuk turut serta dalam mana-mana program yang disyorkan kepada anda ditentukan dengan tips2 yang akan saya kongsikan. Baiklah.. isu ini timbul apabila ada beberapa rakan bekas peserta bengkel seminar intensif internet yang saya adakan bertanyakan tentang program ini.. glamer juga program ni, glamer juga Pn Masnah ni.. hehehe..

gambar2

 

Jika dibaca dari iklan yang dipaparkan, kerja ini nampak menarik. Terutamanya kepada mereka yang gemar online atau banyak menghabiskan masa melayari internet. Kerjanya nampak mudah dan memberi gaji yang lumayan. Apatah lagi jika dibaca habis, ianya bukanlah affiliate atau MLM, ianya adalah kerja sebenar.!! (seperti yang kita sedia maklum, ramai yang sudah putus asa dengan affiliate dan MLM, kerana dah penat mencuba tapi TAK kaya-kaya seperti yang diwar-warkan). Maka ini peluang baik yang perlu direbut. Takkan sesusah mana nak menghantar email bukan? Anda yang membaca setakat ini pun dah berasa seronok dan mahu mendaftar sekarang.

Baiklah, baca sampai habis dulu. Saya akan huraikan kebaikan dan kelemahan program ini, berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Anda setuju atau tak setuju, terpulang. Saya bukan nak memburuk-burukkan program orang, cuma menjelaskan yang terselindung. Nilai sendiri.

Pertamanya: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda perlu isikan borang dan email akan dihantar kepada anda mengenai maklumat lanjut. Kalau anda SMS nombor Pn Masnah tuh, pasti tak akan dijawab. Jadi berikan email anda.  Dan untuk turut serta bekerja menguruskan email dari rumah ini, anda perlu buat bayaran RM60. Bayar pada akaun Pn Masnah. ( Pada hemat anda, rm60 masih lagi berbaloi, sebab dari maklumat yg diberikan kepada anda. Satu email (triplet.! dlm iklan tak dinyatakan yg ianya triplet.!)  anda akan dibayar RM90.! Jadi, kalau aku join bayar RM60, hari nih juga aku buat kerja hantar email, satu email pun (dapat RM90) dah pulang modal + untung RM30.. begitu fikir anda bukan? Hmmm.. sebenarnya ia tidak begitu..

Keduanya: Apabila anda sudah buat bayaran, barulah anda akan diberikan langkah2 atau gerak kerjanya. Apakah kerja yang perlu anda buat? Apa yg anda mahukan adalah email cookies. (Email cookies ini adalah email yang perlu anda hantarkan/replykan untuk mendapat bayaran) Bagaimana untuk dapat email cookies ini, dan bagaimana nak dapat gaji dari menguruskan email ini? Ok, sekarang anda akan sedar bila anda diberitahu oleh Pn Masnah dan gengnya, yg mereka akan membayar RM90 untuk 3 (TIGA) email cookies yang anda hantar@replykan. (sebab itu ianya dipanggil email triplet). Adakah email cookies ini disediakan oleh Pn Masnah (Admin)? Jawapannya YA dan TIDAK..!!

TIDAK,  sebab bukan Pn Masnah (admin program) yang mendapatkn email cookies tersebut untuk anda. Andalah yang sebenarnya perlu mencari sendiri email cookies tersebut dengan membuat promosi link anda. Promosi link merupakan syarat sah wajib untuk anda terima email cookies. (of coz la kan.. )

YA, sebab apabila ada orang join (bayar RM60 kepada akaun Pn Masnah), email pemberitahuan (notification) akan dihantar kepada email Pn Masnah (admin). Pn Masnah akan forwardkan email ini untuk menunjukkan bahawa anda ada 1 email cookies (yakni sebenarnya anda dah berjaya buat 1 jualan). email pemberitahuan ini sebenarnya Email cookies..!! Woww… hebatnya permainan ini..!!

Tetapi dengan email yg anda dapat ini adakah anda akan dibayar? Belum lagi bro..!! Ingat.. triplet..!! hehehe. Jadi anda perlu tingkatkan lagi promosi untuk mencari 2 lagi jualan (sale). Oh ya.. !! Apa produk yang anda jual yer? (nothing..!!). Anda jual harapan orang lain yg nak bekerja menghantarkan email dan dibayar gaji. Adakah Pn Masnah and the geng sudah dapat duit.. Ya..!! Bila anda akan dibayar.. ? Jika anda dapat 3 email cookies.. bermakna anda buat 3 sale = RM180 masuk akaun Pn Masnah, barulah anda anda dibayar RM90..

Kelemahan lain:

1- Tracking sistem hanya memaparkan berapa kali link anda di klik. Namun tiada tracking untuk memberitahu anda jika anda diantara klik2 itu telah buat bayaran dan join melalui link anda. TIADA MAKLUMAN.. Anda hanya boleh berdoa yang Pn Masnah berlaku jujur dan memberitahu anda bahawa ada sekian2 jumlah orang dah join melalui link anda. Jika ada 100 orang pun join (sepatutnya anda dah ada 100 email cookies), anda takkan tahu jika Pn Masnah taknak bagitau.. perghhh.. !!

2-Admin yang mengendalikan program adalah Pn Masnah SAHAJA..!! Maknanya anda buat iklan, jika orang ada sebarang pertanyaan, orang akan email dan sms Pn Masnah sahaja. Anda bukan Admin. Anda tidak berkuasa mengawal apa-apa pun. Anda sebenarnya membuat promosi untuk orang lain. Walaupun dengan link promosi anda, tetapi duit akan masuk ke akaun Pn Masnah, email akan dihandle oleh Pn Masnah. Anda hanya boleh berdoa yg Pn Masnah sukakan anda 🙂

3- Email triplet..! Kebanyakan newbie atau pencari pekerjaan online yang baru bermula akan cepat berputus asa. Jadi, ramai yang berhenti setakat dapat 2 email cookies.. anda pun tahu sekarang, 2 email cookies tiada bayaran.! Pn Masnah dapat RM120 dari peserta baru, dan RM60 dari anda.!!

 

Kebaikan:

Pada dasarnya, jika Pn Masnah dan teamnya jujur dan menjalankan tugas2 Admin dengan baik. (SMS dibalas, email dibalas, ada staff yg bertugas 24 jam melayan karenah peserta baru). Program ini ada sedikit kebaikannya.Sistem ini sebenarnya boleh bertahan lama, kerana ianya seperti mengajar budak baru bekerja online..secara paksa. Macam suruh budak2 makan nasilah. Untuk kebaikan mereka juga kan. Dan ianya pula win-win situation. Setiap 3 sale berlaku, yg mempromosi akan dapat 50%.. (walaupun lebih bagus jika diletakkan produk). Tetapi bagi saya, lebih banyak kelemahan yang ditunjukkan, seolah-olah membayangkan pengendali program ini memang berniat untuk membuat SCAM. Namun ini pendapat saya saja.. pendapat anda saya tak tahu.. orang mintak pendapat saya. Saya berilah. hehehe.. Tepuk dada, tanya selera..!!

Klik sini untuk info program tambah pendapatan online yang lebih baik..