Aku ada masalah. Aku banyak HUTANG.! Aku tidak ada duit.!

Salam..

Kebiasaannya masalah yang paling besar dan yang paling berat (bagi yang menanggungnya) adalah masalah yang bertimpa-timpa dan susah nak diselesaikan. Tetapi untuk makluman anda. Semua masalah boleh diselesaikan. persoalannya adalah bagaimana caranya? Baik, dalam segmen Panadol Jiwa ini, jom kita cuba selesaikan masalah yang selalu saja memeningkan kepala dan men’demam’kan jiwa.

Buat permulaan ni, saya nak kongsi permasalahan yang paling biasa dan yang paling banyak menyerang kita, iaitu masalah kewangan. Nanti lepas-lepas nih kita bincang isu2 lain pulak ekk.. Jangan pandang remeh masalah kewangan ini. Saya berkesempatan (dalam beberapa program seminar saya sebelum ini) membuat beberapa siri diskusi bersama mereka yang blacklisted, bankrap, pinjam Ah Long dan macam-macam lagi kisah masalah kewangan. Saya sendiri terkejut apabila ada diantara mereka-mereka yang mempunyai masalah hutang ini berniat untuk membunuh diri. Saya sendiri pun ada masalah duit, (alahai.. jutawan pun ada masalah duit bro..!! trust me.. everyone does!) .Sambil menahan airmata mereka bercerita berkongsi masalah yang mereka tempoh. Terlalu berat tekanan dari masalah kewangan ini sampai jiwa2 ini tidak sanggup lagi hendak menanggungnya. Terasa seperti jalan penyelesaiannya adalah mati. Bermula dari masalah simple seperti tak cukup duit ini, akan menyebabkan runtuhnya rumahtangga, cerai-berai,pergaduhan, masuk wad, lari dari rumah, jual anak, bunuh-membunuh dan sebagainya.

Adakah anda ada masalah ini? Anda ada masalah kewangan? Setakat mana teruknya masalah kewangan anda ini?. Satu perkara yang tersangat penting dalam hal masalah kewangan ini adalah- ANDA PERLU BUAT SESUATU..!! Antara ramai yang teruk  saya jumpa mengenai masalah kewangan ini adalah mereka yang tidak buat apa-apa. Mereka buntu, tak berupaya berbuat apa2. Mereka terKAKU dengan masalah hutang mereka. Jawapan paling mudah sebagai alasan adalah. “KALAU ADA DUIT SAYA BAYARLAH.. TAPI SAYA TIDAK ADA DUIT”.

Masalah hutang akan bertambah teruk jika anda biarkan sahaja. Contohlah.. anda perlu bayar hutang dengan kadar  faedah 10% setiap hari, jadi selagi anda tidak bayar atau buat rundingan maka setiap hari masa berjalan. Hutang anda akan bertambah dari hari ke hari.. hari ini anda tidak bayar, anda hanya baring di sofa rumah anda dengan tangan di dahi, mencari idea bagaimana nak settle semua ni?!!. Argghhh..!! anda menjerit-jerit dalam hati. Nak buat apa pun takde mood. Sebab TAKDE DUIT.!! Maka sedang anda asyik mengelamun mencari idea, masa berlalu.. Subuh lepas, Zohor lepas, Asar, Maghrib, Isyak. Tau2 dah Subuh balik. Anda masih disofa. Tangan masih terletak didahi.. Plingg..!! hutang anda sudah bertambah 10% lagi.

BUAT SESUATU tidak bermaksud anda perlu bayar duit. Mungkin anda boleh berbuat sesuatu untuk hentikan interest, mungkin anda boleh buat sesuatu untuk kurangkan kadar interest, atau mungkin anda minta tempoh masa tidak dikenakan interest dan sebagainya. Yang penting BUAT LAH SESUATU..!! Saya teringat kata-kata yang biasa orang guna dalam MLM (Meniaga Larut Malam) yang juga suka saya gunakan dalam siri seminar saya. “HASIL hari ini PASTI SAMA dengan hasil semalam, JIKA USAHA yang anda buat SEMALAM adalah SAMA dengan hari ini.” Maksudnya, jika semalam anda hanya baring di sofa, hasilnya hutang anda bertambah. Jika hari ini anda masih berbaring, hanya termenung di sofa. Adakah masalah anda akan selesai? Pasti hasilnya akan sama. Hutang anda akan bertambah lagi hari ini. !!

Paling lemah tindakan yang perlu anda buat adalah minta bantuan kawan. Bukan minta duit dia untuk bayar hutang anda!. Tapi minta nasihat saja. Kalau kawan anda adalah sahabat sejati, dia akan tolong, bagi buah fikiran kalau tidak duit. Kalau kawan anda semuanya dah lari (kawan ker tuh?), nak jumpa siapa? Disinilah munculnya.. perunding kewangan. Tapi hati2 dengan perunding kewangan yer. Sebab ramai diluar sana yang pada hari ini hanya mengajarkan “semangat” dan bombastic words untuk mengaut keuntungan. Mereka mengambil kesempatan atas orang yang dah terdesak. Bisnes yang sangat mudah. ” Anda nak selesaikan masalah hutang anda? bayar dulu yuran konsultasi. Bila dah bayar, anda disuruh mencari modal puluhan ribu ringgit, atau pun disuruh mencari ‘orang’ macam MLM pulak.! Saya tak kata kaedah itu semuanya salah, cuma sepatutnya anda diberikan servis pengurusan kewangan yang betul dan membantu berbaloi dengan yuran yang dibayar. Jika anda terjumpa program pengurusan kewangan yang berbaloi, maka teruskanlah.

Kalau nak minta pendapat atau nasihat PERCUMA, boleh juga email saya di panadoljiwa@gmail.com. InsyaAllah saya boleh beri sedikit sebanyak pandangan untuk masalah anda.

Baik, panadol untuk sakit poket nih sebenarnya adalah pengurusan kewangan yang baik. Kalau takde pengurusan kewangan jitu, jutawan pun akan bangkrap.! Dan anda perlu tahu dalam pengurusan kewangan ada 2 perkara utama iaitu kurangkan kos dan tambah pendapatan.

Cakap teori saja pun tak guna kan. Mari saya kongsikan sedikit tips untuk anda bernafas seketika jika kepala otak anda dah jem sebab hutang. Gunakan teknik diatas”kurangkan kos & tambah pendapatan”. Ini caranya.. dengan teknik ini, boleh lah anda bernafas sedikit.

Cuba cari apa yang bernilai dalam rumah anda dan jualkan nya..!! Paling menarik anda juga boleh downgrade. Contoh: Jika dirumah anda sekarang ada TV flat screen 40 inci, ambil gambarnya dan letakkan iklan di Mudah.my, untuk dijual.!. Percayalah, tak sampai 24 jam akan ada orang nak beli. Anda boleh jual sekitar harga RM1000. Sambil itu, anda cari juga TV yng serupa dengan TV anda tapi saiz yg lebih kecil, 32 inci mungkin. Di Mudah.my juga. Call penjual tu dan beli. Beli dengan harga sekitar RM400. So sekarang anda dah dapat RM600 untuk bernafas, dan anda masih ada TV untuk tengok wrestling atau bola. 40/42 inci dengan 32 inci anda takkan rasa beza sangat pun.

Anda boleh buat teknik ni dengan barang2 lain dalam rumah anda. Mungkin sofa, meja makan, air con, peti ais, xbox, playstation malah henpon pun boleh. Downgrade… buat masa ini, nanti bila dah ok balik.. boleh upgrade semula hidup anda kan.. hehehe

Selamat mencuba.. !! 🙂