Panadol Jiwa

panadol jiwa

Salam semua. Akhirnya aku kembali menulis. Banyak betul masalah yang meruntun jiwa, menyebabkan aku tidak menulis di blog ini lagi. Beberapa ketika juga aku perlukan untuk memujuk hati untuk menulis semula. Bukanlah apa yang aku tulis ini menjadi keperluan kepada orang lain pun. Tetapi lebihnya kepada diri sendiri. Menulis untuk berfikir, untuk menenangkan jiwa, untuk memujuk hati dan kemungkinan ada la sedikit sebanyak menjadi ‘panadol jiwa’ kepada orang lain. Bagi mereka yang pernah menghantar email dan sebagainya. Terima kasih. Kepada yang menghantar email untuk kondem juga aku ucapkan terima kasih dan semoga berjaya dalam hidup.

Hahahaha.. menyebut tentang “Panadol Jiwa”, aku ada berhasrat untuk menulis buku berkisar tentang panadol jiwa ini. Mungkin sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa pening mereka yang sedang rasa nak demam jiwa. Aku rasa ramai yang pernah rasa begini kan.. terutamanya orang yang sedang bercinta. Wahh.. kalau orang sedang asyik maksyuk bercinta nih, kalau kena sakit rindu, sakit cemburu, sakit cinta tahap gaban, mesti perlukan “panadol jiwa” bila sakit2 itu datang mencucuk-cucuk di hati, dikepala dan dijiwa. Hehehehe.. yang pernah bercinta, mesti faham.

Atau mungkin “Panadol Jiwa” sangat diperlukan untuk mereka yang sedang dilanda pening2 lain. Mungkin jiwa sedang hiba diceraikn yang tersayang. Mungkin jiwa sakit dikhianati insan yang dinikahi. Atau mungkin jiwa menjerit-jerit mahu kesenangan dunia. Tidak pernah merasa hidup senang, mungkin? Tidak pernah berjaya dalam hidup? Sentiasa menjadi yang kedua? Merasa diri tidak berguna? Macam-macam lagi “pening jiwa” yang ada didunia ini. Mungkin aku boleh menulis sesuatu sebagai “Panadol Jiwa”. Mengapakah aku rasa aku mampu untuk menulis sesuatu seperti itu?

Soalan yang senang untuk dijawab. Biasanya aku menulis untuk diri sendiri. Jadi aku lah orangnya yang memerlukan “Panadol Jiwa” pada saat dan ketika ini. Dan siapakah yang paling layak untuk mengubah nasib dan masalah yang menggodam jiwa hingga menyebabkan nya seram sejuk, senak, mual dan tertekan? Pastilah aku juga orangnya. Sebenarnya anda tidak perlukan motivasi dari seorang pakar untuk berubah atau merawat hati. Cukup sekadar cubitan di peha oleh kenalan rapat, atau gumpalan awan yang berbentuk pelik tatkala anda mendongakkan muka yang dibasahi airmata. Jadi mungkin sedikit tulisan di blog juga mampu menjadi bahu untuk dipaut jiwa yang remuk redam. Bukan untuk menyembuh jiwa, tetapi sekadar menyapa, memberitahu bahawa jiwa yg sedang parah itu bukan sendirian, bukan tiada jalan kembali, bukan anda seorang yang dibenci, bukan jalan ini sunyi.

Kata-kata “Panadol Jiwa” ini akan menjadi bukti. Aku ada disini. Dan ini adalah realiti.

Email ke PanadolJiwa@gmail.com