Ramadhan datang lagi…

Assalamualaikum dan salam sejahtera. (lamanya tak menulis..)

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana masih memberikan kita masa dan nafas untuk memperbaiki diri. Menyediakan bekalan untuk dibawa ke “sana”. Apa-apa pun Ramadhan adalah masa yang terbaik untuk mengumpulkan bekalan amalan dan ibadah. Pada tahun ini mungkin cabarannya berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Setiap tahun bila aku amati akan ada cabaran-cabaran baru yang mengambil rupabentuk yang lain pula untuk menguji dan memesongkan iman kita.Tahun 2013 ini ┬átidak terkecuali. Adakalanya kita perasan dan berjaya menepis, adakalanya kita terlalai, kerana perkara mungkar dan menyesatkan pada zaman ini memakai pelbagai topeng yang susah untuk dikesan.

Terdetik dihati apabila memikirkan betapa bertuahnya kita dilahirkan dikalangan islam. Bagaimana agaknya keadaan kita jika dilahirkan dikeluarga yang bukan beragama Islam? Adakah kita akan berada disini sekarang. Namun apabila difikirkan panjang, ada juga tidak baiknya dilahirkan dikalangan keluarga Islam ini. Jangan salah faham, bukan saya tidak mengenang budi atau menidakkan tuah yang diberikan. Cuma saya lihat kebanyakan kita yang “lahir Islam” ini lalai untuk menghayati Islam dengan lebih jauh kerana sudah terleka dengan “Islam budaya”. Kita hanya ikut apa yang ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan se islam kita buat. Itu saja. Just go with the flow. Nak dibandingkan dengan mereka yang mencari sendiri erti Islam dan berhijrah dari agama keluarga asal yg bukan Islam kepada agama Islam. Mereka ini mempunyai pendirian yang kuat disebabkan penghijrahan agama bukanlah suatu yang mudah. Jangankan nak berhijrah agama, kita yang “lahir Islam” ini sekadar nak berhijrah dari makan kepada tidak makan, biasa minum kepada tidak minum pun sudah terumbang ambing. Apatah lagi jika kita diuji untuk berhijrah agama dan pegangan. Dari pengamatan ini saya sendiri tertanya-tanya dan mengajak saudara-saudari untuk sama bertanyakan diri anda. Sekuat mana iman anda?
koreaIslam

 

 

P/S: Selamat berpuasa. Tambahkan amalan, kukuhkan iman. Kita patut kembalikan amalan tegur-menegur untuk mengurangkan kemungkaran yang berlaku, berleluasa didepan mata. Tak perlu cari jauh, nanti petang nak beli makanan berbuka di pasar Ramadhan, cuba lihat dan tegur. Akan ada aurat yang terdedah, dan akan ada pembaziran berlaku. Kalau kita tak tegur, siapa lagi yang nak tegur? Jom amalkan..tegur menegur kearah kebaikan. Bukankah kita seorang Muslim yang baik?