Aurat dan Tudung – Berpakaian Tetapi Telanjang.

burger

 

 

Alahai… malu aku nak tulis pasal topik nih. Malu sebab sepatutnya aku mampu melarang dengan bertindak lebih agresif dan bukannya sekadar menulis diruangan internet. Berapa ramai sangatlah yang nak baca tulisan yang menegur dan berapa sangatlah yang nak ‘ambik pot’ pasal apa yang nak aku cakapkan nih.

Terlalu malu untuk menulis, sebab rasanya salah diri sendiri yang tidak cukup berani menegur, tidak cukup ilmu untuk mendidik kaum Hawa disekeliling aku nih.

Namun apa-apa pun nampak semakin menjadi-jadi dan kalau duduk diam sahaja tidak dibukakan minda nanti semakin jahanamlah hidup kita. Ramai blogger yang dah menulis tentang aurat dan tudung nih. Adakah ianya berkesan ataupun tidak aku pun kurang pasti.

Secara mudahnya kita diwajibkan menutup aurat. Arahan ini bukan dari kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan lain. Ianya datang dari yang lebih hebat lagi dari itu.Aku bukanlah alim ulama yang mampu bagi hadis dan fatwa pasal menutup aurat. Namun aku sangat faham akan perasaan malu. Dari kecik lagi mak dan ayah aku dah ajar pasal malu. MALU itu membezakan kita dengan HAIWAN. Jika kaum Hawa ambil berat pasal MALU ini pun sudah cukup sebagai permulaan kearah menutup aurat.

Mengapakah aurat wanita merangkumi hampir keseluruhan tubuh wanita? Sekali lagi aku menulis sebagai seorang yang biasa sahaja,tidak akan aku keluarkan potongan ayat Al Quran atau hadis. Ini sekadar pendapat aku yang simple dan mudah difahami oleh sesiapapun. Dan pendapat yang aku tulis ini disampaikan sedemikian rupa supaya tidak ada yg tersinggung dan mendapat perhatian semua.

Adakah kaum Hawa nih tau bahawa mereka ini diciptakan Allah dengan secukup indah sifat sehingga boleh melemahkan jiwa seorang lelaki. Tahukah saudari-saudari sekelian seorang lelaki tidak akan cukup melihat satu inci aurat seorang wanita kerana memang itulah kelemahan orang lelaki.

Fahamilah bahwa lelaki pada zaman sekarang (akhir zaman) menangggung dugaan yang maha hebat, kerana wanita yang telanjang boleh dilihat dimana-mana. Buka TV, boleh nampak..pergi jalan-jalan ditaman, shopping kompleks, pantai, perpustakaan, pasar malam, kedai runcit, depan masjid, dan lebih2 lagi di internet.. ARRGGhhh.!! Seksa tak macam tuh.?

Ambil contoh simple macam nih lah.. katakanlah anda telah diciptakan Allah untuk suka makan burger. Anda makan benda lain tapi kalau jumpa burger, mesti nak makan. Bagaimanakah perasaan anda jika sedang anda berjalan anda nampak burger dimana-mana. Pastilah anda akan jadi tidak keruan. Tetapi apa kata kita letakkan burger tadi semua dalam kotak hitam yang tidak membayangkan ia sebiji burger. Maka anda boleh pulang kerumah dengan aman.

Itulah yang kami kaum lelaki pohon dari kaum Hawa. Tutuplah aurat anda sebaik-baik dan semoleknya. Jangan lah pakai tudung tapi aurat lain terbuka. Janganlah pakai tudung tapi pakai pakaian ketat sampai kami nampak ‘burger’nya. Tak payahlah pakai ‘legging’ tuh diluar rumah. Baju ‘body hug’ tuh jangan beli.  Lelaki tak heran pasal fesyen anda. Tutuplah aurat. Pakailah pakaian longgar dan labuh. Jangan langsung nampakkan susuk tubuh anda pakai kaum lelaki nih. Jangan la bagi macam-macam alasan. Cuba buat alasan untuk menutup aurat pula lah.

Aku boleh tulis panjang2 lagi.. tapi dah beratus-ratus post yang ditulis pasal aurat dan tudung nih. Harapnya yang sikit pun dah faham dah. Dan selalunya akan ada gambar2 aurat terdedah dimasukkan sekali. Takyahlah aku letak.. korang dah paham dah kann.. aku letak gambar lain lah.. hahahaha…

p/s: Apabila yang istimewa itu dah banyak bersepah dan terdedah, maka tiadalah lagi istimewanya. Sungguh PALING ISTIMEWA lah jika hanya seorang sahaja yang dapat menikmatinya..!! Jadilah yang paling istimewa..

Apa yang lebih baik dari Hartanah?

Im-Better-Than-You-The-Anti-Social-Media

 

Apakah dia platform pelaburan yang terbaik didunia?

Ramai yang bertanyakan saya, antara platform-platform yang saya cadangkan apakah platform pelaburan yang terbaik untuk mereka?Ramai yang meneka saya akan menyebut Hartanah.Namun, hari ini saya akan kongsikan jawapannya. Dan jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah jawapan mudah tetapi kurang dipraktikkan.Kurang disedari.Dan jawapan ini selalu disarankan oleh pakar-pakar motivasi atau jutawan berjaya.Apabila saya ingat-ingat semula, hampir kesemua sifu-sifu atau otai-otai platform kebebasan kewangan yang saya jumpa ada menyebutnya.

Mahukah anda tahu apakah platform pelaburan ini. ?.

Walaupun saya memang teringin sangat menyebut hartanah adalah platform pelaburan terbaik untuk menjana pendapatan dan kekayaan.Namun sebenarnya pelaburan yang terbaik adalah pelaburan pada diri sendiri.Ya, inilah sebenarnya platform pelaburan yang penting dan paling berbaloi untuk setiap individu.Ianya platform pelaburan terbaik didunia.Jika anda mempunyai bajet, letakkan ruangan untuk diri sendiri.Biasanya ruangan ini diletakkan dalam ruangan “entertainment” atau “play” atau“melancong”. Sebenarnya melancong, bercuti dengan keluarga,membeli laptop baru atau apa jua bentuk perbelanjaan untuk kegembiraan anda adalah pelaburan untuk diri sendiri.

Apakata anda letakkan lebih nilai kepada pelaburan diri sendiri ini dengan membeli buku atau menghadiri seminar atau kursus-kursus meningkatkan skil yg anda minat.Ini sebenarnya adalah pelaburan yang paling bijak dan paling berbaloi untuk anda.Mungkin anda masih kurang yakin. Cuba buat dulu.Dari pengalaman, anda akan bersetuju dengan saya.

Laburkan duit kepada diri sendiri untuk mempertingkatkan skil, menambah keyakinan, mencari peluang baru, mendapatkan idea baru.Ini sebenarnya adalah langkah awal dan peringkat paling penting untuk mencapai matlamat anda.Jika anda mahu memaksimakan keuntungan dengan HARTANAH contohnya.Takkan anda hanya mahu belajar teknik membeli  rumah lelog sahaja?Mestilah anda mahu tahu segala teknik menambah kekayaan dengan HARTANAH.Maka langkah pertama anda adalah melabur kepada diri sendiri dulu.Dapatkan buku, ikuti seminar atau berguru terus dengan mereka yang berpengalaman.Ini adalah pelaburan yg anda tidak akan rugi langsung.Saya yakin 110%.

Jangan risau akan kerugian apabila anda berniat melabur, berbelanja kepada diri sendiri dengan membeli buku-buku, membeli ebook, menghadiri seminar atau bengkel. Inilah pelaburan yang anda PASTI UNTUNG.Walaupun anda hanya membayar kelas untuk 1 hari, membeli 1 buku,membaca sebaris ayat, atau belajar satu teknik yg mudah. Ianya tetap menambahkan pengetahuan anda maka menjadikan anda lebih baik dari semalam.Berbaloi untuk nilai wang anda..

 

 

banner728

Terima hakikat.. ANDA PEMALAS.

Lazy

Ianya mengambil masa yang lama juga untuk saya sendiri menyedari salah satu nilai yang sangat penting untuk berjaya adalah RAJIN. Dan mengelakkan diri menjadi PEMALAS adalah salah satu kaedah untuk mengorak langkah pertama anda untuk mencapai cita-cita anda, tak kisahlah anda mahu jadi kaya atau mahu glamer, atau anda mahu berjaya tentang perkara-perkara kecil. Pada zaman sekarang MALAS akan datang kepada kita dalam pelbagai bentuk, yang kadangkala tidak anda sedari pun.

Sifat PEMALAS mungkin akan berselindung dalam gaya “work smart”. Sebab orang kata, kerja dengan bijak lebih baik dari bekerja berhempas pulas. Tapi hati-hati kawan.. kadangkala niat awalnya memang nak work smart, tapi akhirnya jadi si PEMALAS. Bila dah malas, semua kerja akhirnya tak menjadi.

Persekitaran kita pada ketika ini juga kebanyakannya mengajak dan mengajar kita kearah menjadi si PEMALAS. Bayangkanlah slogan-slogan seperti “kerja tanpa keluar rumah”, “work smart, not work hard”, “kerja sekali, untung berkali-kali” “jadi jutawan dalam sebulan” “make money the lazy ways”, “jutawan pemalas” dan macam-macam lagi lah kata-kata indah yang ditawarkan kepada anda setiap hari yang sedikit sebanyak sebenarnya mempengaruhi tindakan kita.

Apabila kita dimomokkan bahawa adanya kaedah diluar sana yang lebih mudah, lebih cepat dan lebih senang maka kita mahu jadi PEMALAS. Kerana dari pendekatan yang didedahkan ianya TIDAK MENGAPA untuk jadi MALAS asalkan anda tahu rahsianya, anda tetap akan jadi kaya. Cerita-cerita indah ini sungguh memukau sehinggakan anda menjadi 100% pemalas. Anda tidak mahu bekerja langsung.

Anda terima bulat-bulat teori Robert Kiyosaki bahwa anda tidak sepatutnya bekerja, anda sepatutnya belajar menjadi bos dan biarkan orang bekerja untuk anda. Anda hanya mahu keluarkan modal dan menjadi pelabur senyap. Anda tidak mahu langsung terlibat walaupun hanya datang meeting atau turun melihat projek. ANDA SUDAH JADI PEMALAS..!! (atau pada kacamata anda, anda sudah bijak..!?)
Agak sedih untuk diperkatakan bahawa inilah yang sedang berlaku kepada kita pada hari ini. Hari ini, jika saya sedang menjalankan projek saya, jika saya mendapat halangan dan diuji Tuhan, saya akan sentiasa mengingatkan diri saya bahawa ianya menjadi TIDAK seperti yang saya mahukan adalah kerana saya tidak cukup rajin. Jika saya mendapat keuntungan kurang dari yang disasarkan, mestilah ianya kerana saya.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengubahnya?. Adakah saya sudah cukup RAJIN?  Mungkin ia dapat mencapai angka keuntungan yang saya sasarkan jika saya LEBIH RAJIN. Ini kerana saya tahu, saya bukannya rugi, bermakna kerja yang dilakukan sudah berada pada landasan yang betul, cuma tidak cukup RAJIN. Jika saya dapat RM500 dari kerja yang dibuat dalam masa 3 jam, sepatutnya saya LEBIH RAJIN dan lakukannya dalam masa 1 1/2 jam untuk RM500.

Jadi sebenarnya “work smart” pun bukannya tindakan yang bagus, sebab berkemungkinan ia akan mengheret anda menjadi PEMALAS dan akhirnya langsung tidak berjaya, ataupun ada kemungkinannya “work smart” anda akan menjadi satu batu loncatan untuk perubahan drastik tetapi dengan adanya RAJIN bersama sebagai resepi.

Jadi hari ini, tanya diri anda. Adakah anda sudah cukup rajin? Atau anda seorang pemalas? Apakah yang anda harapkan? Nasi terbang masuk ke mulut?