Pendapatan USD dengan internet.

dollar

Ok, buat pengetahuan anda (nak sharing sket lah).Saya mengadakan kelas bisnes  internet percuma pada setiap hari Sabtu di ofis saya (di Sg Buloh, Selangor). Kelas bisnes Internet ini sengaja saya adakan sekadar untuk networking, berkongsi ilmu, dan memberi pencerahan kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan ilmu buat duit dari internet. Sebab ramai yang masih kurang ilmu bagaimana nak jana duit secara online nih. Terutamanya yang kurang guna komputer lah.

Saya bukanlah boleh dikatakan pakar atau jutawan (belum pernah capai) dengan internet, sebab saya lebih tumpukan kepada bisnes utama saya iaitu hartanah. Namun, walaupun  income saya dengan hartanah lebih hebat dan mampu mencecah 6 angka (dah pernah capai rm1 juta), namun buat duit dengan internet nih bagi saya lebih seronok  sebab kos yang rendah, sangat fleksibel, kerja yang sedikit (sampai tak payah keluar rumahpun boleh.. heheh) dan mungkin juga sebab saya suka menulis.

Nak dibandingkan dengan hartanah yang memerlukan saya.. samada memerah keringat yang lebih atau mengeluarkan modal yang besar untuk menjayakan satu-satu projek. Namun income hartanah nih memang lebat giler lah (nilai projek saya biasa melebihi 1 juta), jadi memang siapa yang dah pernah merasa income dengan hartanah, biasanya takkan meninggalkan hartanah untuk bisnes lain.. hehehehe.

Namun apa pun, kali nih saya nak cerita pasal buat duit dengan internet. Lain kali saya cerita hartanah pulak ekk.. hehehe. Apa yang saya dapati, ramai yang datang ke kelas bisnes internet saya nih bercita-cita besar dan kebanyakkan akan mengutarakan soalan bagaimana hendak menjana pendapatan dengan USD. Maknanya bila dah bisnes international nih nak la jugak merasa duit pembayaran dari omputeh, yer dak?! hehehe.. Walaupun kebanyakan yang datang kelas saya nih, adalah mereka yang newbie (orang baru) dan warga offline tegar.

Kalau nak ikut pengalaman pertama kali saya merasa payment (cek) dari US adalah pada tahun 2007, itu pun bernilai lebih kurang USD 400 sahaja. Namun perasaan seronoknya memang tak dapat dibayangkan lah. Memang best, bangga betul rasanya. hehehe.. Waktu itu debit kad pun belum ada rasanya. Dengan program dipanggil GDI (Global Domain International), sekarang GDI nih masih berjalan, tapi macam dah kurang digemari sebab ada macam2 program online lain yang tumbuh macam cendawan. Perniagaan internet di Malaysia pun semakin berkembang pesat. Dan ramai otai2 internet muncul dan buat duit secara online dipasaran tempatan. Antara sebab paling utama adalah faktor bahasa. Lebih mudah nak menjual produk kalau anda bercakap bahasa yang sama kan? hehehe..

Ok, namun memang pasaran sebenar yg lebih besar bagi internet ini adalah diluar sana. Bukan di Malaysia (ini pendapat saya lah). Malah pada hari ini tahun 2013, kesempitan “kolam internet” di Malaysia semakin terasa. Maksud saya para pemain dalam bidang bisnes internet di Malaysia adalah dikalangan ‘kita-kita’ sahaja. Dan bagi pendapat saya, dengan keadaan ini, susah untuk anda jadi jutawan internet di Malaysia. Kalau ada yang berjaya pun mungkin seorang dua sahaja. Padahal kalau kita lihat pasaran luar (antarabangsa) ramai yang senyap-senyap menjadi jutawan dengan internet.

Anda boleh buat duit disini, tapi sekadar biasa-biasa sahaja. Malah hampir separuh dari usahawan MMO (Make Money Online) yang buat “wang besar” sebenarnya memancing di ‘kolam antarabangsa’. Program yang gila-gila dipromosi oleh kaki networking di Malaysia seperti simplebisnes.com atau login facebook dapat duit sebenarnya adalah program dari luar negara yg menggunakan USD. (memerlukan anda mempunyai kad kredit /paypal atau kad debit untuk sertai).

patric

Jadi saya sarankan jika anda percaya bahawa “The Money Is In The List” pun anda harus mencari list dari pasaran yang lebih luas, anda patut berjinak-jinak dengan Clickbank, Amazon, Plimus (saya pernah buat komisen yg tinggi dari Plimus) JVzoo dan macam-macam lagi lah. Ianya sesuatu yang pasti membanggakan jika dapat berkongsi idea dan lebih banyak seminar bagaimana orang kita menjadi jutawan internet di pasaran antarabangsa.

Pembantu Rumah dari Syurga Atau Neraka?

AmahGila

Baru baru nih kita dikejutkan pula dengan kisah pembantu rumah yang mendera anak majikannya, dengan membanting dan melempar bayi yg baru berumur beberapa bulan itu. Boleh tengok video kat bawah nih. Ramai yang dah melihat video ini rasanya tak berani nak mengambil amah/pembantu rumah lagi. Aku sebenarnya ada pendapat sendiri. Takde la nak mencadangkan suami kawin lebih dari 1 (hehehehe..) tetapi kalau kita perhatikan senario orang kita sekarang ada 2. Samada hantar naka ke jagaan orang lain atau guna khidmat pembantu rumah. Sebab rata-rata suami dan  isteri bekerja, maka anak perlu lah dihantar ke orang lain untuk dijaga. Aku sendiri hantar anak ke Taska dari pagi hingga petang. Tetapi secara puratanya anak2 yg kita hantar kepada orang kita, yakni kepada atuk dan nenek2 mereka (ibu sendiri /mertua),  pada Taska yg dikelolakan oleh orang kita, ataupun pengasuh “orang kita”. Secara puratanya 90% takde masalah. Secara spesifik kes-kes penderaan la. Kes2 tersilap bagi susu atau terlambat bagi makan tuh pun minor sahaja.

Alhamdulillah, dah lebih 5 tahun aku menggunakan khidmat Taska (orang kita), tiada masalah yang boleh menyebabkan sakit jantung. Baik, apa yg nak cuba aku sampaikan adalah, apabila bercakap mengenai khidmat Amah atau Pembantu Rumah biasanya adalah bukan orang tempatan. Persoalannya adalah kenapa bukan orang tempatan?! Adakah bekerja sebagai pembantu rumah tidak kelas atau hina? Mengapa tiada inisiatif untuk memartabatkannya atau menjadikannya satu kerjaya.? Walhal ianya adalah tugas yang sama penting dengan polis yang menjaga keselamatan. Ianya sama penting dengan tugas seorang guru yang mendidik, malah lebih hebat lagi apabila Amah atau Pembantu Rumah menggalas tugas sebagai seorang ibu dan sekaligus seorang bapa? Tidakkah tanggungjawab ini sepatutnya dibayar dengan gaji lumayan dan tanggungjawab jawatan ini sepatutnya dipikul oleh orang2 yang bijak, berilmu dan berakhlak mulia? 

amahgila2

Jadi, sama-sama kita fikirkanlah.. rasanya ianya wajar dilakukan sesuatu, sebab anak yg dalam buaian itu mungkin menjadi “someone” pada suatu hari nanti.. Masa depan nya terletak ditangan siapa? AMAH YANG GILA?!??

http://youtu.be/h5ulqpbnwzg

 

Hilang Duit Atau Hilang Sahabat.

amnesia

Kita meminjamkan wang kepada kawan kita , biasanya atas dasar keprihatinan dan ingin membantu orang yang  rapat dengan  kita sedang  dalam kesusahan.Bukan seperti Along ataupun peminjam wang berlesen yang meminjamkan wang atas tujuan untuk mendapatkan keuntungan  daripada bunga yang dikenakan.

Tidak dinafikan,sikap ini adalah sikap yang amat mulia,membantu orang yang dalam kesusahan tetapi kadangkala sikap baik kita ini ‘diambil mudah oleh orang yang meminjam’ yang akhirnya akan menyusahkan  peminjam itu sendiri.Natijahnya kita akan hilang wang dan hilang kawan sekaligus.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku.Apabila yang meminjam itu sudah beransur senang sedikit , seolah-olah hilang ingatan akan wang dahulunya  dipinjam dari peminjam  yang mana tahu sedang dilanda masalah dan amat memerlukan wang sekarang.

Kadangkala sampaikan terpaksa menjadi ‘peminta sedekah’ bertanya bila boleh mendapat wangnya semula.Sedangkan wang yang dimintanya itu wangnya sendiri. Jika sampai ke tahap yang lebih agresif, dari kawan yang baik terpaksa menjadi kaki ugut, maki hamun dulu barulah boleh dapat duitnya kembali dan akhirnya putus sahabat.Begitulah kuasanya duitkan, keluarga pun boleh berantakan kerana ilmu hitam ‘wang’.

Saya tak tahu akan anda yang membaca, pernah juga orang berpesan, bila kawan nak pinjam duit, buat ‘hati kering’ sahaja.Beritahu yang kita tiada duit nak dipinjamkan. Tetapi mungkin hati saya ‘tak kering’ agaknya.Disebabkan memikirkan siapa lagi yang hendak membantu kalau bukan  kawan sendiri.Tak sampai hati jugakan tengok kawan kita macam tu…

Yang baik hati (Peminjam)

  • Tanyalah yang nak meminjam itu, apakah tujuannya untuk meminjam duit kita.Kalau memang kawan kita perlu sangat duit nak beli susu anak contohnya.Berbaloi lah kita pinjamkan.Kalau dirasakan duit itu digunakan untuk tujuan tidak penting, perlu belajar jadi “hati kering” katakan TAKDE DUIT.

 

  • Hadkan jumlah yang anda ingin pinjamkan, tak semestinya kawan anda ingin pinjam RM5000 anda beri jumlah tersebut.Mungkin anda sanggup beri RM500 sahaja.Tentukan jumlah yang anda ingin beri pinjam itu adalah jumlah yang anda rasa kemungkinan jika tak dapat balik pun tidak apa.

 

  • Kalau kawan kita ini pernah pinjam pada kita sebelum ini.Lihat adakah dia bayar balik ataupun buat-buat lupa.Sekali lagi, belajar untuk berkata TIDAK, kalau sebelum ini dia tak pernah bayar hutangnya balik.

 

Yang dibantu (Meminjam)

  • Ingatlah, kalau dah berhutang tu, mestilah perlu bayar balik, kalau tidak sekaligus semua.Bayarlah sedikit-sedikit.Maklumkan pada kawan, kalau kita masih lagi tidak dapat membayar pada waktu yang dijanjikan,mesti kawan kita terima kalau alasan munasabah.Jangan biarkan mereka terkapai-kapi. Barulah kawan kita senang hati kalau nak pinjamkan wang lagi pada kita.Tidaklah kawan kita bermasam muka.

 

  • Janganlah “taking for granted’ sahaja kebaikan kawan kita itu.Cuba letakkan diri anda sebagai kawan anda yang meminjamkan duit tu. Penat lelah dia mencari rezeki, kemudian dipinjamkan rezekinya itu kepada anda, tetapi anda tiada hati pun ingin membayar balik.Mesti anda marahkan .Mana tahu mungkin dia pun sedang memerlukan duit pada waktu itu.

 

Akhir kata, jadilah kawan yang baik di dunia dan akhirat.

 

 

 

1 2 3