Siapa Super Super Affiliate?

Super Super Affiliate

Apakah dia program Super Super Affiliate?

Saya yakin anda pernah dengar program affiliate kan?! Biasanya siapa yang rajin online mesti akan terserempak dengan program affiliate.  Tak pernah dengar? Hmmm.. Sekarang nih program affiliate ni memang tengah menjadi bualan hangat dan pilihan ramai. Sebab ianya salah satu kaedah untuk kita buat duit di internet walaupun kita tidak mempunyai produk. Yakni mempromosi produk digital orang lain. Produk digital ni pula kebiasaannya adalah produk yg boleh dihantar melalui email atau download sahaja seperti ebook, audiobook, template grafik dan macam2 lagi lah. Dan apabila kita mempromosikan laman web mini mereka, bagi setiap jualan kita akan dapat komisen. Ada pelbagai produk untuk anda pilih dan ada pelbagai bentuk komisen yang diberikan. Ikut kerajinan anda lah.

Tips memilih program affiliate yang bagus untuk anda join adalah:

1.- Landing page (website replika) yg menarik.

2.- Produk yang berguna untuk anda dan juga pembeli.

3.- Komisen yang tinggi, minimum pun dalam 40% dari jualan.

Ada juga program affiliate yg memberikan hadiah tambahan macam Iphone, Ipad, Galaxy Tab, laptop dan macam2 lagi kepada affiliate yang rajin mempromosikan produk mereka. Yang ini juga adalah faktor yang bagus untuk anda memilih untuk menyertai program tersebut. Dengan cara ini kedua-dua belah pihak untung dan gembira. Tuan punya produk gembira, yang tolong menjual (affiliate) pun gembira. Jadi anda pun boleh jadi affiliate ni. Cuba cari di internet produk2 digital yg selalunya menawarkan program affiliate untuk pelanggan mereka.

Saya nak cadangkan satu program affiliate yang lebih menarik sebab ianya bolehlah saya gelarkan sebagai program Super-Super Affiliate. Kenapa saya panggilnya sedemikian? Sebab ia menyediakan komisen yg tinggi- 50% setiap jualan. Dan kepada affiliate yang rajin dan aktif mendapat 6 jualan dalam masa 14 hari akan diberikan saguhati, insentif berbentuk bulanan. Belum pernah dilakukan oleh mana-mana affiliate program. Dan ada hadiah (Samsung Galaxy Note 2) untuk affiliate yg paling rajin.
Dan yang lebih hebatnya. Kaedah istimewa akan digunakan untuk membantu para affiliate mendapat 6 jualan pertama mereka. Yang ini memang best.  Wow..!! Memang super…!!
Saya memang dah join dan saya syorkan untuk anda turut serta.

Klik di link ini http://bit.ly/14yatVI

Saya yakin anda pasti sukakan nya.!

Kulit Sensitif..? Cari Jalan Penyelesaiannya..,

kulit wajah

Kulit wajah yang bermasalah sememangnya amat merisaukan golongan wanita kerana bagi mereka ia adalah salah satu aset wanita terutama sekali pada yang selalu berjumpa dengan orang ramai setiap hari. Pelbagai produk yang ada dipasaran telah banyak digunakan namun masih ada yang tidak jumpa jalan keluarnya. Ada yang sanggup berhabis wang ringgit sampai beribu-ribu untuk mendapatkan kulit yang cantik tapi tetap macam itu juga, ada yang semakin teruk sebab tak sesuai dengan produk yang digunakan, kan membazir namanya tu. Jadi, apakah cara dan langkah yang paling sesuai bagi mengatasi masalah kulit sensitif dan bermasalah ini..? Cuba perhatikan langkah-langkah dibawah, mana tahu ia boleh mengurangkan masalah kulit sensitif kamu atau pun memang bermanfaat keatas kulit kamu. Apa-apa pun, kamu harus mengenali kulit kamu jenis yang bagaimana, adakah kulit berjerawat, berminyak, kering atau kulit kombinasi, baru kamu pilih jenis produk mengikut kriteria jenis kulit kamu..

 

  • Jerawat

Jerawat adalah masalah yang selalu dialami oleh golongan remaja kerana kurangnya penjagaan atau keturunan atau terlalu aktif dan mereka ini baru hendak berjinak-jinak dengan produk yang ada dipasaran dan masih tak pasti produk yang mana sesuai. Cara-cara yang boleh dilakukan adalah,

  1. Pilih pencuci muka khas untuk berjerawat atau kulit berminyak kerana kadangkala, jerawat ini disebabkan oleh kulit yang berminyak.
  2. Pastikan kamu mencuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
  3. Selepas itu, gunakan penyegar kerana ia berfungsi untuk menyegar serta menutup pori-pori yang terbuka semasa mencuci wajah. Penting dalam penjagaan kulit berjerawat ini untuk memastikan ia sentiasa bersih dari sisa-sisa pencuci muka tadi.
  4. Amalkan meminum air putih setiap hari ataupun rajinkan diri mengambil vitamin C.
  5. Gunakan masker jerawat atau krim jerawat supaya jerawat ini kering dengan cepat.
  6. Jangan sesekali sentuh jerawat yang terdapat diwajah kamu seperti mengopek, memicit dengan jari atau kuku, sebaliknya gunakan alatan khas untuk menghapus jerawat dan sebaiknya basuh alatan tersebut dahulu dengan air panas.

 

  •  Pigmentasi

Pigmentasi ini sinonim dengan golongan dewasa kerana perubahan kulit wajah juga factor usia. Masalah pigmentasi boleh diatasi dengan penggunaan krim siang yang sesuai dan ia juga perlu dimulakan dengan cara pemakanan kita.

  1. Amalkan pengambilan vitamin C yang cukup iaitu merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen yang disarankan oleh pakar.
  2. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari untuk waktu yang lama dan pastikan kulit wajah kamu sentiasa dilindungi dengan bahan pelindung matahari.

 

  • Garis Halus

Garis halus boleh terdapat pada golongan remaja dan dewasa terutama sekali pada bahagian dahi, tepi mata dan garis senyum.

  1. Gunakan pelembap siang hari dan krim malam.
  2. Jangan gunakan scrub terlalu kerap bagi mengelak wajah hilang kelembapannya.
  3. Selalu gunakan krim atau masker anti-penuaan/aging.

 

  • Radang atau Ruam

Radang kulit selalu berlaku apabila kamu kerap sangat terdedah kepada terik matahari. Kulit kamu akan berminyak dan menyebabkan munculnya masalah-masalah kulit yang lain.

  1. Amalkan penjagaan kulit yang konsisten. Elakkan dari terus membasuh wajah apabila terkena panas matahari. Tunggu sehingga hilang rasa kepanasan akibat cahaya matahari tadi, selepas itu baru cuci sebersih yang mungkin.
  2. Gunakan produk yang sepatutnya bagi masalah ini atau rujuk pada doctor dan dapatkan nasihat daripadanya mengenai masalah kulit kamu.
  3. Scrub amat tidak digalakkan sekiranya kamu mempunyai masalah radang kulit, jerawat atau ruam.
  4. Gunakan masker wajah yang mengandungi vitamin C dan berfungsi melembapkan kulit wajah.

 

  • Bintik Hitam (Blackheads)

Bintik hitam amat tidak digemari oleh sesiapa pun kerana ianya ketara diwajah kita berbanding dengan bintik putih. Penggunaan alat yang sesuai tidak menjamin bintik hitam akan hilang sepenuhnya kerana ianya akan berulang.

  1. Kerap melakukan rawatan wajah sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  2. Gunakan masker terutamanya masker telur dan skrub wajah yang sesuai dengan jenis kulit untuk kesan yang lebih efektif.
  3. Boleh juga menggunakan krim wajah dengan fungsi ‘whitening’.

 

  • Bintik Putih (Whiteheads)

Walaupun kehadiran bintik putih ini tidak berapa jelas namun ianya tetap menyulitkan proses bersolek kerana ia akan membuatkan permukaan kulit menjadi sedikit kasar.

  1. Gunakan set lengkap penggunaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap.
  2. Amalkan penggunaan krim khas untuk whiteheads ini. Rajinkan diri kamu untuk menggunakan scrub 2 kali seminggu.

 

  • Jeragat atau Bintik Hitam

Jeragat atau bintik hitam mudah untuk ditutupi dengan alat solek dengan menggunakan foundation dengan agak tebal. Tetapi tidak semua orang suka akan foundation ini, jadi untuk menghilangkan jeragat dan bintik hitam adalah lebih baik dari sekadar menutupnya.

  1. Gunakan set lengkap penjagaan kulit wajah iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.
  2. Amalkan krim siang dan malam untuk penjagaan serta memulihkan kembali kulit wajah.
  3. Selalu gunakan krim anti-penuaan/aging.

 

Jadi, saya harap dengan sedikit sebanyak info diatas dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah yang membingungkan kamu. Cuba dan perhatikan adakah masalah kulit wajah kamu dapat diatasi. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah kulit wajah kamu kan.. Sekian, selamat mencuba ya.. : )

Cereka Freestyle :Pertemuan

Parents

               Pagi syawal itu, setelah sekian lama dan bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki kesana, akhirnya bagaikan ada sesuatu yg membisik untuk aku pergi hari ini.Ya memang tiap – tiap hari aku ingat mereka.Tapi selama ini… leka ku dengan dunia mengatasi segala dan ditambah pula dengan kejahilan aku selama ini.

Tatkala merebahkan diri duduk sebelahnya pusara ayah.Air mata tidak semena-mena mengalir deras.Tapi bukan kerana kerinduan pada ayah & emak.Tapi air mata ini adalah air mata kekesalan yang amat sangat. Sesal kerana mengabaikan mereka.Sesal kerana selama ini aku bukan sahaja menzalimi diri sendiri.Bahkan menzalimi mereka berdua.

Mak & Ayah..maafkan aku kerana selama ini aku tidak menjadi anak yang soleh buat menjadi pelindung kamu disana.Selama ini,pasti ayah & emak ternanti-nanti akan doa anakmu.Maafkan aku, kerana membuat kalian terseksa dan menderita di sana.Maafkan kerana membuatkan kalian tertunggu-tunggu.

Tiba-tiba aku ditegur, oleh seorang perempuan agak berumur yang lalu disebelah kubur ayahku.

“Ni kubur siapa?” “Ayah saya”..jawabku. Katanya  “Jangan berhenti berdoa untuk dia…kita tak tahu keadaan dia macamana dekat alam sana tu..semua yang ada dekat dunia ni dah tak boleh bantu dia lagi kecuali anak-anak yang berdoa untuknya”….” Terima Kasih”…Aku memberikan sekuntum senyuman kepadanya, dan senyuman dibalas olehnya  kemudian perempuan tua itu terus beredar meninggalkan aku sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

Apabila seseorang anak adam( manusia ) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari 3 hal iaitu,
1. Sedekah yang mengalir ( jariah ),
2. Ilmu yang bermanafa’at, dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Tuhan tolong ingatkan aku supaya tidak berhenti berdoa untuk keselamatan mereka disana.

Ampunkanlah dosaku dan kedua orang tuaku, dan rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara ku semasa kecil.Amin.

1 2 3 5