Wang Tunai RM 1000 On The Spot

jawab soalan

Anda mahukan wang tunai RM 1000? Mudah saja, anda cuma perlu pecahkan 3 Kod Rahsia dibawah :- Baca soalan dibawah betul2, cuba huraikan apakah persoalan yang tersembunyi, dan berikan jawapannya.

Soalan 1). Awal perhatian, seterusnya rahsia dua huruf akan membongkar siapa yang dikasihi Che Putih?

Soalan 2). Sebelum kuhadiahkan bulan dan bintang, terimalah salam ikhlas diakhir minggu no handphone saya adalah 012_ _ _ _ _ _ _?

Soalan 3). Tidak mati, tidak makan, tidak tidur ,tidak mandi dan tidak marah .Saya seorang manusia yg masyhur dan dikenali ramai, siapakah saya?

Jika anda menjawab dengan betul ketiga-tiga soalan anda akan menerima wang tunai RM 1000 on the spot.! Wow..!!

Untuk menjawab soalan diatas anda perlu :-

1). LIKE page kami di facebook ulike.com.my.

2). Daftar dengan grouplist  ulike.com.my, dengan mengisi borang yg disediakan dibawah

Jika anda tidak tahu jawapannya, anda boleh minta bantuan kawan anda menjawab dan jika jawapan yang kawan anda berikan betul anda akan berkongsi RM 1000 tersebut, anda dapat RM 500 kawan anda dapat RM 500, yang penting kawan anda mesti mendaftar di www.ulike.com.my dibawah tajaan anda….

Orang pertama yang menjawab ketiga-tiga soalan ini dengan betul dialah pemenang yang akan menerima wang tunai RM 1000 on the spot…

selamat mencuba…

RUNGKAIKAN KOD RAHSIA.. MENANG RM1000.

BERIKAN JAWAPAN ANDA.

We respect your email privacy

Bagi membantu anda menyelesaikan kod rahsia diatas, kami beri bantuan..
CLUE / PEMBAYANG
1. Soalan nombor 1- jawapan ada kaitan dengan cinta.
2- Soalan nombor 2- jawapan mesti nombor telefon yg lengkap 7 angka selepas 012-.
3- Soalan nombor 3 – jawapan adalah seorang manusia.

 

Pendaftaran ke group Ulike.com.my.

 

Masukkan maklumat :

We respect your email privacy

 

Selepas mengisi nama dan email, sila buka email anda dan klik link pengesahan. Hanya selepas klik link ini barulah anda sah menyertai group ulike.com.my. Anda akan menerima maklumat dan info tentang aktiviti, cabutan bertuah, tawaran hadiah dan macam-macam lagi dari ulike.com.my. Terima kasih.

 

Kad Kredit bagus atau tidak?

Salam sejahtera.

Hmm… rasanya dah banyak kali saya menulis pasal kredit kad nih. Dan setiap kali itu jugalah saya akan terkenang zaman remaja, mula-mula bekerja, masih naive dan tak tahu selok belok perbankan. Pada ketika itu (zaman kredit mula diperkenalkan di Malaysia), siapa yang pakai kredit kad dikira hebat. Kalau tak hensem pun jadi hensem.. yg tak lawa boleh jadi manis. hehehehe. Ianya semacam satu golongan elit kalau boleh pakai kredit kad nih. Kalau baru dapat kredit kad tuh hati berbunga-bunga, hidung kembang kempis semacam jer.. ahahahahaha…

Maka akibatnya ramailah yang terperangkap dalam beban hutang dan akhirnya disenaraihitam oleh bank. Sekarang barulah sendiri tahu bahawa kad kredit merupakan perangkap hutang yang paling power. Lebih hebat dari Ah Long. Kenapa lebih hebat dari Ah Long kejap lagi saya ceritakan.

Baik, mari kita cerita-cerita pasal kredit kad. Sebelum apa-apa, saya nasihat sesiapa antara anda yang nak guna kredit kad lupakanlah saja hasrat anda tuh. Lebih banyak negatifnya daripada positif. Saya tau… ada yang akan kata kad kredit boleh digunakan untuk pengurusan hutang yang lebih baik, ada yang guna teknik kredit kad untuk guna duit bank (OPM), ada yang kata nak buat duit online mesti guna kredit kad, blaa..bla..bla… dan sebagainya.. Jawapan saya dan pendapat saya masih sama. KAD KREDIT LEBIH BANYAK BURUK DARI BAIKNYA… Jadi lupankanlah..

Pertama sekali saya nak tanya anda siapakah BANK?. Adakah bank sebuah institusi kerajaan? Adakah bank sebuah persatuan atau kelab sukan? heheheh.. BUKAN la kannn? Bank adalah sejenis perniagaan. Bank mempunyai produk yang mereka war-warkan untuk anda gunakan supaya mereka dapat UNTUNG..!!

Ingat kata-kata saya nih… APA SAJA YANG BANK IKLAN KAN KEPADA ANDA sebenarnya  adalah UNTUK MENDAPAT UNTUNG KEPADA BANK..!! BUKAN kepada anda.! Faham.? Maknanya, kita salah sebut jika macam yg kita selalu dengar “BANTUAN pinjaman dari bank”, sebenarnya bank bukan BANTUAN. Itu adalah perniagaan mereka. Anda pinjam, anda perlu BAYAR FAEDAH. Kalau pinjam pastuh bayar balik tak payah bayar bunga (faedah), yang itu baru dipanggil BANTUAN. Yang biasa kita pinjam dengan mak- bapak atau dengan adik-beradik. Pinjam bulan nih RM1000, bulan depan pulangkan balik RM1000. Yang itu baru dipnggil BANTUAN PINJAMAN. Kalau dengan bank ianya adalah sebuah PINJAMAN DENGAN FAEDAH.

Mengapa saya highlightkan penggunaan perkataan BANTUAN disini? Ianya kerana Kad Kredit seringkali dipromosikan dengan situasi MEMBANTU ANDA. Iklan-iklan di tv atau akhbar menggambarkan jika anda dalam kesempitan, dalam kesusahan. Anda sentiasa ada kawan baik anda iaitu Kad Kredit. Disinilah bermula kisah Kad Kredit lebih dahsyat dari Ah Long. Jika anda di offer pinjaman oleh Ah Long, adakah anda akan terima dengan senyuman? TIDAK..!! Anda akan terbayang sesuatu yang buruk, rumah disimbah cat, parang,kena belasah, bergaduh, taiko (abang besar) dan sebagainya maka anda tidak akan meminjam dari Ah Long. Tetapi bagaimana dengan Kad Kredit? Semuanya indah belaka… sebab ianya adalah SAHABAT ANDA. Keluar iklan di TV, mestilah betul..!! Kerajaan luluskan iklan mestilah dah check ianya bagus ker tidak untuk rakyat..!? Jadi ianya memang bagus..!!  Inilah yang disogokkan kepada anak- anak muda yang baru bekerja 3 bulan. Baru nak belajar mengisi dompet sendiri. Belum tahu nak kira faedah harian, bulanan atau tahunan. Yang dia tahu.. Kad Kredit SAHABAT ANDA.

Padahal kadar faedah yang dikenakan oleh bank atas penggunaan kad kredit akan menjadi lebih tinggi dari kadar faedah yang dikenakan oleh “abang besar” jika ianya tidak dibayar mengikut jadual yang tidak diterangkan dalam iklan tv yang seronok ditonton tadi… “abang besar” kenakan interest secara bulanan contohnya 10% bunga mesti bayar, pokok lain cerita. Kad kredit mengenakan kadar faedah setiap hari selagi pokok belum habis cerita.. “Abang besar” kata kalau tak bayar interest bulanan nanti saya datang rumah potong lu punya telinga sebelah, maka anda pun takut dan anda bayar tepat pada masa. Kad kredit kata -kalau tak mampu bayar semua duit yang telah digunakan jangan risau, anda boleh bayar caj minimum bulanan. KAMI SAHABAT ANDA.  Interest (faedah) akan berjalan atas hutang yg belum dibayar. Mulut manis, akhirnya hutang tak habis2.

Inilah yang saya katakan Kad Kredit lebih dahsyat dari Ah Long. Jadi jika anda takut nak pinjam dengan Ah Long, sepatutnya anda akan lebih takut nak pakai KAD KREDIT..!! Walaupun begitu, saya bukanlah nak menggalakkan anda meminjam Ah Long. Pinjam Ah Long pun ada “kedahsyatan” nya yang tersendiri. (Itu kita cerita lain kali ekk..hehehe ). Cuma saya nak menunjukkan manipulasi yang dibuat oleh bank (yang dianggap tidak sihat oleh Bank Negara Malaysia) untuk mendapat pelanggan dan seterusnya mengaut keuntungan yang besar dari kadar faedah yg dikenakan.

Saya tidak akan menghuraikan kepada anda secara detail tentang pengiraan kadar faedah kad kredit.. Ilmu2 ini anda tak perlu tahu jika anda buat keputusan tidak menggunakan kad kredit. Lebih mudah untuk TIDAK BUAT SESUATU dari memikirkan apa berlaku JIKA DIBUAT. Sekarang pun dah banyak kad debit, dan kad bank pun sekarang dah boleh guna untuk “swipe”. jadi tak payahlah nak guna KAD KREDIT. Kad kredit nih sebenarnya anda menggunakan duit yang anda belum ada. Jadi cara yang lebih baik adalah cari dulu duitnya, baru pakai. Kalau tak mampu, tak payah beli. Sebelum nih pun tak ada benda tuh, boleh hidup. Kalau mengidam,.. SIMPAN. Sikit-sikit simpan lama-lama banyak la.

Ok, bagi komen korang pasal kad kredit.. aku nak dengar, hehehe..

Kad Kredit adalah pinjaman dengan kadar faedah tertinggi dalam perbankan. Apa alasan anda untuk meminjam dengan kadar faedah yang sebegitu tinggi?

 

1 2