Paling tidak….. kita ada “Hari Raya”

Ramai yang tersentuh dengan iklan raya Bernas untuk tahun 2012. Tahniah kepada pembikinnya, pelakon dan semua yang menjayakan terutamanya adik Fizi dan Ahmad kerana berjaya menyentuh perasaan orang ramai.

Rata- rata ramai yang dapat melihat mesej iklan tersebut dengan jelas. Bagi saya, banyak yang berjaya dicapai dengan iklan ini. Antara misi dan tugas umat manusia juga berjaya disegarkan semula dengan kisah pendek ini. Samada anda perasan atau tidak. Kita semakin jauh dari sifat manusia, sifat umat Islam. Apabila semua bergerak terlalu pantas, kita tidak lagi memperdulikan perkara remeh temeh seperti bersyukur, murah hati, tolong menolong, kasih sayang antara manusia dan kesederhanaan. Mungkin kita terlupa, atau mungkin kita dilalaikan dengan persekitaran. Dan mungkin kita keliru antara yang benar atau salah. Logik mengatasi iman. Semuanya perlukan penjelasan saintifik. Mungkin itu juga kesilapan yang tidak kita perasan?

Namun dalam kepantasan kita bergerak, kita masih ada Hari Raya untuk mengingatkan kita tentang perkara “remeh temeh” yang kita anggap tidak penting. Walaupun sepatutnya Ramadhan adalah blockbuster nya, namun budaya mengangkat 1 Syawal sebagai rajanya. Orang melabel bulan puasa sebagai bulan ibadat. Apa-apapun.. Paling tidak….kita ada satu hari itu untuk disedarkan sekali dalam setahun. Sebenarnya kitalah yang perlu membentuk persekitaran yang akan mempengaruhi gaya hidup semua orang. Agar kita sama-sama tidak terlupa dan terleka. Kita perlu hidupkan semula perkara remeh temeh seperti tegur menegur, sentiasa senyum, ringan tulang dan macam-macam lagi.Mengikut sunnah nabi atau berbuat baik tidak perlukan penjelasan saintifik.

Apa yang orang lain buat kepada kita adalah penting, tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita buat mengenainya. Allah menilai kita secara individu.. jadi letakkan nilai pada diri kita dengan menjadi lebih prihatin, lebih menghargai dan menghormati persekitaran kita. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya..

p/s: Jangan lupa bagi komen anda…