Bagaimana nak menang di Ulike.com.my.

Selamat datang ke ulike.com.my.

(klik disini jika anda belum faham apa dia ulike.com.my)

Tarikh cabutan bertuah bulan ini adalah pada 31 Mei 2012. (2 hari lagi..!!)
2 keping dinar emas.
2 unit Ipad 2
2 unit Iphone 4s
1 unit Samsung Galaxy Note. (Hadiah khas pembeli tawaran bulanan)
Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak menang di Ulike.com.my
Ada 3 cara untuk anda menang. Pemenang-pemenang hadiah sebelum ini semuanya
menggunakan teknik ini.
1. Promosi link anda kepada seramai mungkin pengguna. Ianya sangat mudah kerana
semua orang suka hadiah percuma. Dan mereka tidak perlu keluarkan modal pun.
Ingat, konsep ulike.com.my adalah jika rakan yg diperkenalkan oleh anda menang.
anda pun automatik akan menang. Hanya beritahu seramai mungkin tentang ulike.com.my
2. Terus tingkatkan kebarangkalian anda dengan melayakkan diri anda menjadi finalis.
Beli produk tawaran pada bulan tersebut. Tawaran Bulan Mei ini lebih mudah sebab ada
produk murah bernilai RM10 sahaja. Rebut peluang. Bertindak bijak. Bulan depan
produk fizikal akan dimasukkan. Produk berharga RM10 mungkin takkan ada lagi.
3. Anda gunakan ataupun tidak 2 kaedah diatas masih tiada masalah jika anda rasa diri
anda memang selalu bertuah. 2 kaedah diatas tidak wajib, anda boleh saja daftar dan
harap tuah berpihak pada anda. Sebab anda masih boleh menang. Tak mahu promosi
link atau beli produk tawaran, takde masalah. Doalah anda bertuah.! 🙂
Sekian untuk kali ini.
All the best..!!
Admin
Ulike.com.my

Produk Tawaran Bulan Mei.

Hadiah cabutan khas untuk bulan Mei adalah 1 unit Samsung Galaxy Note.  Produk tawarannya adalah : Klik disini http://bit.ly/KVVfOz bermula sekarang..!!

Senarai username pembeli produk tawaran ini akan dipamerkan disini. Pembeli produk tawaran akan secara automatik menjadi finalist untuk cabutan bertuah bulan ini. TQ

Senarai pembeli setakat hari ini (31 Mei, 10.pm ), kepada mereka yang dah buat pembayaran tetapi username tiada disenaraikan, sila emailkan bukti pembayaran kepada (Admin) ulike.com.my@gmail.com.

   16 – janggut90 29 – hafrul 42- freebies 55- bieha
17 -galeri_fh, 30 – Jack 43- arianaasfazura 56- niksyahmi
18 -itsmesaiful 31 – riey 44- emilife 57- arepamran
19 -zul_akim2012 32 -wirafx 45-ieza_zaza 58- anonymous
 20- esmefatin 33 -afin94 46- hemrul 59- ewans
 21- an_nov74 34 -getrichtogether 47- pitkassim  60- mierasyasya
 22 -azzurasyazzra 35 -nabong89 48- indexpage
23 -AzharFadzil 36 -aten_akim2012 49- husairisaad
24 -johanian 37 – shaf_18 50- frubo
25- cik_sakura 38 – kyrawani 51- _wanfauzi_
26 -nazif 39 -zieylah 52- laksamana13
27- amirulasril 40- archmay77 53- hafidatun
28- newbie 41- drpojiezah 54- safari

 

 

Adakah Buat Duit Online masih relevan sekarang dan akan datang?

Make money online

Buat duit di internet

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu lihat faktor-faktor yang mempengaruhi persoalan utama. Buat duit di internet adakah masih praktikal? Melihat akan kebergantungan pengguna kepada maklumat yang disalurkan melalui internet. Maka medium ini masih diguna pakai untuk menjana pendapatan. Selagi maklumat diperlukan secara online, secara pantas, secara melihat di handphone. Wifi di kedai-kedai mamak masih mendapat sambutan. Remaja-remaja kehulu-kehilir dengan laptop atau tab, atau iphone. Maka membuat duit secara dalam talian memang masih relevan. Tetapi gambaran besarnya, pengguna global masih berada ditahap pengguna pada 2012. Bagi mereka yang otai, bersaing dalam niche yang berprofail tinggi juga masih mampu tersenyum kerana hanya mereka yang mampu duduk di kerusi-kerusi player tersebut. Mereka seolah-olah membuat silap mata apabila seakan-akan membuka ruang untuk newbie mengusik duit yang bersepah di pasaran niche tertentu tetapi masih hanya mereka yang mampu meng”cash” kannya di ClickBank, Amazon, Google, Flippa, Fiverr dan tidak ketinggalan guna teknik Facebook dan Blog. Maknanya ianya masih relevan sehingga silap mata itu diketahui semua orang. Anda masih dipapan catur ini? Masa berjalan, jangan fikir terlalu lama jika anda mahu merampas kerajaan pesaing.

Namun satu lagi apa yang kita perasan di 2012, sudah muncul peneroka-peneroka baru yang mencabar minda-minda yang sedia ada untuk mendahului persaingan. Mendahului persaingan dengan teknik-teknik biasa. Yang hanya perlukan sedikit masa dan senyuman. Youtube masih menjadi penyelamat bagi ‘newbie’ menjadi “somebody”  daripada “nobody”.Namun apa yang pasti jika anda masih baru. Penguasaan bahasa inggeris sangat perlu untuk anda masuk bertanding dalam pasaran yang lama lagi akan tepu iaitu pasaran global. Saya lihat keseronokan baru bermula bagi mereka yang berjaya “tap” ke jualan clickbank bagi niche-niche global yang ber”grav” rendah. Kadang-kadang saya hairan juga adakah pelayar-pelayar asia sahaja yang bersemangat di lautan internet? Dimana-mana kapal-kapal asing.? Mungkin terlalu terhimpit dengan keadaan USD yang turun naik? Atau kita dibiarkan melayan keseronokan sedangkan mereka secara senyap membuat duit dalam gua-gua yang baru ditemui?

Tetapi terlalu luas untuk kita peningkan kepala. Masa pula terlalu pendek untuk blog yang panjang-panjang, bercerita politik, masa terlalu pendek untuk menjawab teka-teki dimana nak buat duit? anu siapa yang masuk ke anu siapa. Pada hakikatnya tiada siapa yang benar-benar memonopoli teka-teki enjin carian google. Persoalannya adakah kita akan biarkan 2012 berlalu dengan kita masih dikalendar lama itu? 2012 bukan masih relevan. Ianya masih baru dan peluang sama untuk semua orang. Padangnya sama hijau, udaranya masih segar.Pengunjung semakin ramai, tetapi semuanya masih berdiri dan berbincang. Siapa yang bertindak dulu?