Tawaran yang tak patut dilepaskan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dibawah ini adalah nama username pembeli ebook.

16 – syncro90 / 17-ajim23 / 18-mushroom / 19-normhani1975 / 20-jomjoin / 21-mylike / 22-elynherry / 23-ynwa / 24-AfiqAlias / 25-hadiahpercuma / 26-dizie22 / 27-oyeah / 28-zulaika / 29-indexpage / 30-checkthisout / 31-fawwaz / 32-shaf_18 / 33-kudababylon / 34-kawanmu / 35-leexuanhuo / 36-hartadunia / 37-drpojiezah / 38-landsay / 39-kratos / 40-freebies / 41-puteripd / 42-gollum / 43-on9gift / 44-itsmesaiful / 45-krakenslayer / 46-hafiz89 / 47-haiqqal / 48-anonymous

(ada yang dah bayar lagi 1 orang tapi tak update username dengan admin. Siapa ekk.. kalau tak jumpa nih, saya terpaksa bawa nama anda ke cabutan bulan depan. Takper.. saya letak ‘anonymous’).

 

Wow..woww..woww..!!  ahli ulike.com.my semakin agressif dan mengganas, menjelang hari cabutan bertuah untuk bulan Mac ini, muncul top-top sponsor yang baru. Hebat..!!  Bagi mereka yang  baru menyertai kami, tak berapa faham apakah dia ulikecom.my. Rajin-rajinkan baca disini.

Baik, buat pertama kali ulike.com.my akan mula mempromosi kepada anda. Bagi permulaan, kami akan menawarkan kepada anda beberapa  produk online.  Produk yang simple untuk pelaburan diri sendiri. Kami tawarkan kepada anda tawaran yang sangat berharga, bernilai lebih RM1000. Suka beli, tak suka pass.. 🙂

Ebook Formula Jutawan Hartanah. Walaupun namanya hartanah, tapi ada kelainan pada ilmu didalamnya kerana ia sesuai untuk semua orang. Tak kira anda ada ilmu pasal hartanah atau tidak. Asalkan anda mahu bina pendapatan, dan alternatifnya adalah dengan platform hartanah.

Ebook ini pernah terjual pada tahun 2011 dengan harga RM499. Dan kemudian pernah membuat tawaran istimewa berharga RM360. Kemudian rahsianya kembali disimpan selepas itu. Sehinggalah ke hari ini, kami menawarkannya semula kepada anda (ahli ulike.com.my sahaja). Secara ringkasnya penulis ebook ini berkongsikan pengalamannya menambah pendapatan (memang lumayan gilerr) dengan hartanah. Lihat screen shot yang diambil dari ebook ini.

Ulike.com.my akan banyak berkongsi platform-platform tambah pendapatan. Dan antaranya adalah hartanah. Ebook ini betul-betul menjelaskan kaedah (memang sangat sedikit yang tahu) menambah kekayaan dengan hartanah. Straight to the point..!! Dan menariknya, penulis bermula dari kosong (malah blacklisted).  Anda boleh lihat sedikit preview dari ebook ini. Disini.IntroEbook

Baiklah, sekarang saya akan berikan tawaran dari Ulike.com.my-  jika anda beli ebook ini sekarang. Tawaran ini sangat terhad dan adalah satu peluang yang sangat jarang anda dapati. Dan tawaran ini akan tamat pada 31 Mac jam 10 malam.

(Pertama) 1. Saya akan berikan satu lagi ebook yang ditulis oleh Patric Chan (sifu internet marketing) bertajuk “Info Product Profit”. (Saya bayar RM4+++ untuk belajar dan dapat ebook tersebut dari seminar Patric Chan).

(Kedua). 2. Setiap pembeli ebook Formula Jutawan Hartanah ini secara automatik akan menjadi finalis untuk cabutan bertuah pada 30 Mac nanti. Maknanya biasanya saya akan cabut 15 orang finalis dari database untuk cabutan bertuah. Kali ini akan ada tambahan iaitu pembeli ebook yg kami tawarkan. Anda automatik finalis. Woww..!

(Ketiga) 3. Semakin menarik. Kami juga akan membuat satu cabutan bertuah khas hanya untuk pembeli ebook ini (sahaja). Hadiahnya adalah 1 unit Samsung Galaxy Note..!!. Pergghh…!! best..best..!

Tawaran ini hanya layak untuk pembeli ebook yang kami tawarkan bermula sekarang sehingga 31 Mac jam 10 malam sahaja. Oh yaa.. berapa harga ebook ini?

Baiklah.. anda boleh dapatkan ebook yang bernilai ini dan dapatkan semua tawaran-tawaran yang ulike.com.my berikan dengan pembelian berharga. – Harga asal RM499 , harga diskaun RM360. Dengan ulike.com.my anda beli dengan harga gila RM200, RM100, RM50 sahaja. Tapi untuk tempoh 48 jam sahaja..!! (ingat..!! pelaburan kepada diri sendiri tidak akan rugi..)

SEGERA..!! Buat pembelian / pembayaran ke akaun syarikat pengendali ulike.com.my  [Akaun Maybank-  AK Synergy – 562795505164 ]

Beli sekarang- Hanya RM50..!! (nilai lebih untuk wang anda..!). Saya sendiri peruntukan RM300 untuk pelaburan diri sendiri,- beli buku dan ebook.

Apabila buat bayaran -Transfer (maybank2u) atau cash deposit sila pastikan anda maklumkan kami (beserta bukti pembayaran) SMS – 0193235030 / EMAIL ulike.com.my@gmail.com. (kami perlu asingkan rekod bagi anda pembeli, dan ahli biasa..harap beri kerjasama). Ebook akan diemailkan (link) kepada anda.

SMS <FJH> space <waktu bayar> space <tarikh> space <no rujukan (kalau ada)>space <nama & username> hantar ke 0193235030

Terima kasih.. sokonglah Ulike.com.my, together we lead..!

Admin Ulike.com.my

 

 

Pelaburan terbaik didunia…

thinkcap

Apakah  dia perbelanjaan / pelaburan yang paling baik?

Ramai yang bertanyakan saya, antara platform-platform yang saya cadangkan apakah platform pelaburan yang terbaik untuk mereka?.Hari ini saya akan kongsikan jawapannya. Dan jawapan kepada persoalan ini sebenarnya adalah jawapan mudah tetapi kurang dipraktikkan.Kurang disedari. Dan jawapan ini selalu disarankan oleh pakar-pakar motivasi atau jutawan berjaya.Apabila saya ingat-ingat semula, hampir kesemua sifu-sifu atau otai-otai platform kebebasan kewangan yang saya jumpa ada menyebutnya.

Mahukah anda tahu apakah platform pelaburan ini. ?.Seorang pengawal keselamatan berjumpa dengan saya dan  meminta pendapat. Dia sudah mula menyimpan menggunakan emas fizikal setiap bulan seperti yang saya sarankan.Kemudian,  dia ada mendapat sedikit wang tambahan.Dia bertanya dimanakah patut dia laburkan duit lebihan itu. Adakah dia patut membeli emas tambahan?Atau membayar hutang yang sedia ada?.

Saya berikan dia 2 cadangan.Semua cadangan yang difikirkannya adalah betul.Tetapi saya tekankan dan saya cadangkan dia membeli emas dengan sebahagian wang tersebut.Sebahagian lagi untuk mengurangkan hutang dan sebahagian lagi dilaburkan keatas diri sendiri.Dan saya terangkan secara panjang lebar kepadanya mengenai cadangan saya itu.

Ya, inilah sebenarnya platform pelaburan yang penting dan paling berbaloi untuk setiap individu. Ianya platform pelaburan terbaik didunia. Jika anda mempunyai bajet, letakkan ruangan untuk diri sendiri.Biasanya ruangan ini diletakkan dalam ruangan “entertainment” atau “play” atau“melancong”. Sebenarnya melancong, bercuti dengan keluarga,membeli laptop baru atau apa jua bentuk perbelanjaan untuk kegembiraan anda adalah pelaburan untuk diri sendiri. Apakata anda letakkan lebih nilai kepada pelaburan diri sendiri ini dengan membeli buku atau menghadiri seminar atau kursus-kursus meningkatkan skil yg anda minat.Ini sebenarnya adalah pelaburan yang paling bijak dan paling berbaloi untuk anda.Mungkin anda masih kurang yakin. Cuba buat dulu.Dari pengalaman, anda akan bersetuju dengan saya.

Laburkan duit kepada diri sendiri untuk mempertingkatkan skil, menambah keyakinan, mencari peluang baru, mendapatkan idea baru. Contoh mudah, jika orang tanya saya adakah bershopping adalah pelaburan untuk diri sendiri.? Jawapannya tidak salah jika dengan membeli baju baru yg cantik, anda akan lebih berkeyakinan di tempat kerja, lebih rajin dan kreatif bekerja.Atau anda pakai baju baru, tali leher baru untuk menghadiri temuduga dengan lebih yakin. Tetapi bukan bershopping sakan menghabiskan duit dengan membeli barangan yg tidak diperlukan.

Atau contoh lain, anda belanjakan wang anda dengan bercuti sambil menghadiri seminar sehari. (saya biasa buat nih.. hehehe.. sambil mengadakan seminar saya bercuti bersama isteri dan anak-anak). Atau paling mudah, melabur kepada diri anda dengan membeli satu buku tentang pembangunan diri atau apa2 saja topik yg menambahkan pengetahuan anda tentang topik  yg anda minat. Mungkin anda minat memancing. Anda boleh cari buku-buku tentang teknik-teknik memancing dengan lebih baik, dan menjadikan hobi anda ini sebagai platform menambah pendapatan.

Ini sebenarnya adalah langkah awal untuk mencapai matlamat anda.Jika anda mahu memaksimakan keuntungan dengan emas contohnya.Takkan anda hanya mahu belajar teknik menyimpan dengan emas sahaja?Mestilah anda mahu tahu segala teknik menambah kekayaan dengan emas.Maka langkah pertama anda adalah melabur kepada diri sendiri dulu.Dapatkan buku, ikuti seminar atau baca di internet mengenai emas.Ini adalah pelaburan yg anda tidak akan rugi langsung.

Jangan risau akan kerugian apabila anda berniat melabur, berbelanja kepada diri sendiri dengan membeli buku-buku, membeli ebook, menghadiri seminar atau bengkel. PELABURAN INI TIDAK AKAN RUGI. Walaupun anda membaca sebaris ayat, atau belajar satu teknik yg mudah. Ianya tetap menambahkan pengetahuan anda maka menjadikan anda lebih baik dari semalam. Berbaloi untuk wang anda..!!

Tambah Pendapatan : Bagaimana?

Salam sejahtera. Dalam mana-mana pembelajaran atau majlis ilmu tentang pengurusan kewangan anda akan diajar untuk berjimat dan menyimpan. Dan ada satu lagi faktor penting yang akan sentiasa perlu dilakukan untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga anda. Iaitu “Tambah Pendapatan”, yakni menambah aliran tunai masuk ke bajet anda. Dengan ini banyak kebocoran akan dapat ditampal dan lebih banyak simpanan yang mampu anda buat. Ingat..!! Simpanan adalah kekayaan.

Jadi cuba tanya diri anda sekarang, apakah yang telah anda lakukan untuk tambah pendapatan? Adakah anda mempunyai platform alternatif aliran tunai masuk setiap bulan. Sudah ada? Belum? Anda perlu adakan alternatif income ‘masyuk’ untuk mendapat bajet yang efisien, simpanan yang gemuk dan badan yang sihat. hehehe.. Ya! perlu tuan. Anda tidak akan boleh bertahan hanya dengan income yang sedia ada. Lebih-lebih lagi jika anda makan gaji dan menerima income yang statik setiap bulan. Ini kerana anda akan ditelan oleh inflasi yang meningkat setiap tahun. Contoh-  Jika gaji anda RM3000  5 tahun lepas. Pada hari ini dengan keadaan harga barang makan, minyak, caj servis naik meningkat. Adakah gaji anda masih cukup?. (dulu pun dah tak cukup.. hehehehe). Jadi jika berterusan, anda tidak akan mampu mengikat perut selamanya. Jadi anda perlu ada aliran tunai masuk alternatif..

“Bagaimana nak tambah pendapatan?”.. anda tanya saya. Baiklah, sebab anda ahli Ulike.com.my yang prihatin kepada kebajikan diri dan keluarga, saya akan kongsikan dengan anda disini. (Sekarang anda pasti rasa lebih beruntung join Ulike.com.my.. hehehehe). Tetapi sebelum apa-apa pun anda perlu belajar teknik pertama para jutawan, kayawan, dan berjayawan..  iaitu “ianya bermula dengan saya”. Segala teknik, jampi serapah, hikmat alam semesta ker tidak akan berjaya jika anda sendiri tidak mahu ianya berlaku. Semuanya bermula dengan anda. Niat dan usaha, teori dan praktikal, mesti datang dari anda. Jika saya ajarkan  panjang berjela pun jika anda tidak mahu jayakannya. Maka ianya seperti mencurah air ke daun keladi.

Dan untuk membantu anda melihat akan lebih jelas bagaimana menentukan perubahan yang akan anda buat ini. Mungkin anda boleh lihat apa kata otai. Klik cashflow quadrant. Kalau yang masih study pun perlu buka minda dan study cashflow quadrant.

Jadi hukum pertama adalah niat dan matlamat yang bermula dengan ‘saya’ (anda). Letakkan matlamat anda. Sekarang tutup mata sekejap (jangan tertido..hehehe) dan setkan matlamat anda. Atau lebih baik, anda ambil kertas dan tuliskan. “Matlamat saya adalah untuk menambah pendapatan berjumlah RM___K setiap bulan. (Isikan ruang kosong, ianya berbeza mengikut individu) Sukahati anda lah nak letak berapa jumlahnya. Ini sangat penting kerana ia akan menentukan langkah anda seterusnya. Pastikan dengan yakin dahulu berapa jumlah pendapatan tambahan yang paling sesuai untuk anda. Jangan terlalu sedikit dan jangan pula sehingga berat untuk anda capai. Ingat jumlah ini. Jadikan ini password atau kata laluan kepada kekayaan anda. Jangan lupa password ini. Sentiasa ingat. Inilah sasaran anda.

Sudah dapat matlamat anda. Sekarang tanya bagaimana nak capai? Jawapannya mestilah dengan bekerja. Apakah kerja (kedua / sambilan) yang paling sesuai untuk anda lakukan demi mencapai sasaran anda? Ini juga perlu dijawab oleh anda. Jenis pekerjaan berbeza, tetapi sudah semestinya lah anda perlu bergerak kearah kebebasan kewangan iaitu kearah menjadi tuan punya bisnes atau pelabur yang bijak. Anda juga perlu mengambil kira kerja yang sedia ada. Jika anda bekerja diladang, takkan lah anda nak buat kerja sampingan di pejabat pula? Tak berapa sesuai kerana  ianya memerlukan anda untuk menukar pakaian seragam yang berbeza. (Harap faham maksud saya..).

Saya beri contoh arwah ayah saya yang tidak kenal erti penat, pada zaman susahnya.. Bangun pagi selepas solat subuh terus ke kebun getah pergi menoreh getah. Kemudian dia akan ke kebun sayur meng’update’ serai, keledek, cili, ubi, tebu, jagung yang ditanam. Kemudian ke kebun getah semula. Tengahari dia akan berada dirumah. Selepas zohor dia akan keluar pula mencari daun bertam untuk dibuat atap (dianyam oleh arwah mak saya), sambil2 itu juga dia membawa joran, sebelum senja dia dah balik dengan daun bertam dan beberapa ekor ikan. Selepas solat maghrib dia keluar bekerja mengambil upah mengikut shift menjadi “jaga” (guard). Kadang-kadang saya pun tak pasti dimana masa rehatnya..

Saya sengaja memberi contoh dari zaman tv hitam putih ini kerana sepatutnya kita pada zaman tv leper ini mampu melakukan kerja yang lebih banyak dan lebih baik,malah lebih hebat dari mereka yang hidup dizaman ibubapa kita dahulu.. Sebab semuanya sudah menjadi lebih mudah dan pantas. Zaman sekarang, sambil bekerja di pejabat, mereka ada kedai online yang menjana pendapatan. Sambil mereka bekerja di pejabat, mereka ada 5 stall burger yang dijalankan oleh orang lain. Sambil mereka bekerja di kilang, mereka ada 5 unit mesin dobi (diy) yang diletakkan di asrama-asrama /kolej sedang beroperasi 24 jam. Sambil mereka bekerja 9-5 di pejabat, mereka ada rumah / rumah kedai yang disewakan.  Ramai yang sudah pun melakukannya. Nilaikan semula kemampuan anda dan wujudkan pendapatan tambahan untuk diri anda / keluarga. Untuk mendapat idea mengenai apa bisnes yang patut anda buat. Saya cadangkan anda lihat http://www.majalah.com. Dapatkan idea2 dari pelbagai jenis peluang yang ada disitu.

Ada pelbagai platform yang akan saya kongsikan dengan anda. Antaranya platform hartanah, emas, internet, francais, networking dan macam-macam lagi kaedah tambah pendapatan. Tunggu dalam post kita yang lain.. :). Thanks.

Kongsikan teknik tambah pendapatan anda dengan ahli ulike lain disini. (kongsi, bukan buat iklan nak cari sale plak ekk.. heheheh)

 

1 2 3