Obsessi pada suatu yang tidak difahami.

Simple saja hal nya. Tapi sangat besar impaknya pada hidup kita. Tak tahulah korang sedar atau tak diliuar sana hari ni dicelah-celah hiruk pikuk kisah kais pagi makan pagi, jual pagi beli malam, ada peperangan yang sedang berlangsung. Bukan peperangan menggunakan pedang atau artileri berat. Tetapi peperangan minda. Dan tidaklah ianya akan berhenti bahkan  akan berterusan berlaku sehingga bumi ini diterbalikkan. Peperangan minda yang aku maksudkan adalah peperangan fahaman.

Dalam bahasa pasar nya, “aku faham begini, ko faham begitu. Aku rasa cara pemahaman aku yang lebih benar, jadi ko mesti ikut aku”.

Hakikatnya, Tuhan sendiri pun tidak bertindak begitu. Bagi Tuhan. Telah diturunkan Al Quran sebagai panduan. Jika ada yang tidak dapat faham atau tidak mahu mencari kefahaman sekalipun, Tuhan tidak akan memaksa sesiapapun untuk ikut telunjuk mana-mana manusia. Utusan Tuhan yang dihantar untuk beri pencerahan dan pemahaman juga tidak pernah disuruh memaksa orang lain yang tidak sealiran fahaman untuk menurut secara buta tuli. Untuk menerima kefahaman Tuhan itu paksinya adil. Jika sedikit tidak adil pasti ada yang tidak kena.

Memang benar, didalam ajaran Tuhan sejak bumi diciptakan untuk semua manusia tak kira apa fahaman ada dinyatakan bahwa pada suatu ketika kita harus tunduk patuh suka atau tidak kepada deen Tuhan. Namun Tuhan kata ini adalah setelah seseorang itu diberi kefahaman. Jika mereka tidak faham, berikan lagi kefahaman. Sehinggalah mereka itu berkata “ya, aku sudah faham dan jelas”. Ini jelas menjadi asbab diutus rasul. Jika tidak ada keberatan dalam hal ini maka cukup rasanya sekadar kitab2 itu dibincangkan beramai-ramai.

Inilah yang berlaku pada hari ni. Cubalah semak diri sendiri. Korang duduk dalam kategori mana? Adakah korang sudah faham apa kehendak Tuhan dalam kitab korang masing-masing? Atau korang hanya obses dengan memperjuangkan pemahaman yang korang sendiri pun tak paham lagi. Pernah tak korang jawab “YA, aku sudah faham dan jelas” kepada Tuhan. Jika belum, maka korang belum mampu pun nak memilih.  Tidak perlu pun korang ambil pihak sebenarnya. Tak perlu sokong pihak A atau B. Korang bukan Islam, bukan Kristian, bukan Hindu, bukan beragama apa pun. Sebab korang hanya ikut dan bukan faham. Ikut saja mereka yang masing-masing kata mereka yang lebih benar fahaman nya. Sebab sebenarnya  Tuhan bolehkan saja. Bolehh pilih. Tetapi selepas dah faham. Mesti ada kefahaman dulu.

Sebab apabila korang memilih setelah mendapat kefahaman yang kukuh. Berlandaskan pemilihan itulah Tuhan akan menghakimi nya nanti. Tetapi ada ancaman Tuhan dalam kitab-kitab yang diturunkan Nya kepada yang mereka yang tidak mengendahkan hal kefahaman ini. Tuhan beri ancaman hukuman yang dahsyat kepada mereka yang tidak mahu sedikit pun memusingkan roda akal untuk cuba mencari kefahaman. Hati-hati korang. Jangan jatuh ke kategori manusia seperti ini.

Jadi yang jelas hari ini, mudah saja kita nak melihat mereka yang masih tak faham. Mereka ini adalah orang yang mahu orang lain mengiakan kefahaman mereka. Jika kita tidak mahu menurut kita dilabel dan dihukum, ditangkap dan dihakimi oleh hakim2 manusia. Seperti aku kata diawal tadi. Jika berlaku sedikit tidak adil, maka pasti ada yang tidak kena pada fahaman itu. Fahaman sebegini pasti bukan dari sisi Tuhan.

Sekarang harapnya korang dah faham. Kalau tak faham lagi? Mintalah diberi kefahaman lagi. Minta dan minta lagi :p

Ahli Agama & Bohemian Rhapsody

Salam sejahtera.

Asyik pandang laptop, bila nak menulis lagi tak tahu bila. Orang sekarang pun dah tak gemar membaca ataupun menulis. Orang lagi gemar video. Streaming. Lagipun kalau aku tulis pun bukan ada sesiapa yg menanti nak baca pun. Haha.. Tapi lantaklah orang lain. Aku tulis untuk memfungsikan akal aku sendiri. Merakam yang spontan. Sebab kadangkala yang indah yang istimewa itu datang sekejap saja. Cuba nak jadi bohemian, tapi bukan artis. Inilah lanjutan yang spontan tiba-tiba datang kepada aku. Entah bila hari tu terdengar lagu “Love of my life”. Cuba search di google dan akhirnya aku menulis pasal “Bohemian Rhapsody”. Aku letak video untuk korang layan.Hehehe..

OK, kali ni aku nak tulis berkaitan satu lagu yang dikatakan hebat dan ada “hantu” nya. Tapi dalam lagu ni ada lafaz “bismillah” takkan ada hantu kot.?! Hahaha..
Bohemian Rhapsody. Lagu yang LEJEN… dinyanyikan oleh kumpulan yang LEJEN dan vokalis yang LEJEN iaitu Freddie Mercury bersama kumpulan QUEEN.

Ramai yang cuba mentafsirkan apakah maksud yang tersirat dalam lagu Bohemian Rhapsody ni, sebab lagu ni dikatakan sebagai lagu yang perfect (diangkat sebagai greatest song of all times)dan dihafal oleh hampir semua orang sejak lebih 2 dekad yang lalu. (Ya.. dalam versi asal lagu ni ada sebutan BISMILLAH..!).Jadi memang ada banyak versi tentang maksud lagu ni. So.. ini adalah versi tafsiran aku pulak tentang Bohemian Rhapsody.

Bagi memahami lagu ni, aku rasa tak boleh lari dari terpaksa cuba memahami siapakah Freddie. Ini kerana kebanyakan penulis lagu akan cuba meletakkan perasaan dalam lagu dari perasaan sebenar yg mereka rasa tentang sesuatu. Kalau di Malaysia contohnya M.Nasir.

Ok, Freddie Mercury atau nama sebenarnya Farokh Bulsara adalah kelahiran Kesultanan Zanzibar (mengikut Google skrng dibawah naungan Tanzania). Keturunan Parsi. Keluarganya beragama Islam. (aku rasa, walaupun ada yg mengatakan berlainan dari Islam tapi pengaruh Arab & Islam banyak pada Zanzibar).
Tapi apa pun agama yang dianuti oleh Freddie atau keluarganya bagi aku tidak menjadi persoalan bagi Freddie, sebab dia seorang yang yakin dengan apa yang dia suka buat. Dia tidak ambil peduli apa orang kata. Inilah punca terhasilnya lagu Bohemian Rhapsody ni bagi aku. Ianya membayangkan konflik jiwa Freddie Mercury tentang agama dan hidupnya ketika itu. Mengikut kenyataan rakan dan yg mengenalinya dia adalah seorang yg pemalu dan suka berahsia. Tetapi suatu perkara yang menjadikannya terkedepan (atau terkebelakang?) dari penyanyi lain adalah dia seorang Biseksual. Bak kata pengurusnya ” he makes it with everybody”

Baik, kita lihat senikata lagu Bohemian Rahpsody.

(Intro)
Is this the real life?
Is this just fantasy?
Caught in a landslide
No escape from reality
Open your eyes
Look up to the skies and see
I’m just a poor boy, I need no sympathy
Because I’m easy come, easy go
A little high, little low
Anyway the wind blows, doesn’t really matter to me, to me

[Dalam rangkap intro Freddie membayangkan yang dia sudah sedar tentang agama dan pilihan hidup. Tetapi situasinya sebagai terumbang-ambing tidak ada yang membimbingnya. Dia hanya membiarkan diri mengikut keadaan saja untuk terus hidup]

 

Mama, just killed a man
Put a gun against his head
Pulled my trigger, now he’s dead
Mama, life had just begun
But now I’ve gone and thrown it all away
Mama, ooo
Didn’t mean to make you cry
If I’m not back again this time tomorrow
Carry on, carry on, as if nothing really matters

Too late, my time has come
Sends shivers down my spine
Body’s aching all the time
Goodbye everybody I’ve got to go
Gotta leave you all behind and face the truth
Mama, ooo (anyway the wind blows)
I don’t want to die
I sometimes wish I’d never been born at all

[Dalam rangkap diatas ini ramai yang mengatakan yg Freddie sudah tau dia akan mati. Tetapi bagi aku tidak , sebab kita tidak tahu adakah Freddie sudah rasa sakit sewaktu lagu ini ditulis dan ungkapan “mama, i shot a man” dan “life is just began” menunjukkan yang Freddie sebenarnya faham tentang Kristian dan Bible. Dalam Bible mengatakan untuk seseorang melihat kerajaan Tuhan (syurga) dia perlu dilahirkan dua kali (mati dan hidup semula). Freddie membayangkan dia sedang membunuh dirinya yang satu lagi. Samada Freddie yang mahu terus hidup sebagai seorang gay, penyanyi atau Freddie yang kembali kepada aturan agama dan hidup bertuhan. Apa-apa pun dia tidak mahu ibunya (orang lain ) ambil kisah sebab dia rela terima apa saja kemungkinan. Dan dia melihat dia lebih cenderung untuk memilih hidup sebagai Freddie Mercury vokalis Queen. Dia memang tidak mahu mati dalam kesesatan dan dalam proses membuat pilihan ini baginya amat berat.]

I see a little silhouetto of a man
Scaramouch, scaramouch will you do the fandango
Thunderbolt and lightning very very frightening me
Gallileo, Gallileo,
Gallileo, Gallileo,
Gallileo Figaro – magnifico

But I’m just a poor boy and nobody loves me
He’s just a poor boy from a poor family
Spare him his life from this monstrosity
Easy come easy go will you let me go
Bismillah! No we will not let you go – let him go
Bismillah! We will not let you go – let him go
Bismillah! We will not let you go let me go
Will not let you go let me go (never)
Never let you go let me go
Never let me go ooo
No, no, no, no, no, no, no
Oh mama mia, mama mia, mama mia let me go
Beelzebub has a devil put aside for me
For me
For me

[Seterusnya rangkap diatas memperkuatkan maksud kekeliruan jiwa Freddie yang sebenarnya perlukan bimbingan. Gabungan perkataan seperti scaramouch, fandango, Galileo membayangkan bagaimana dia tidak mahu sekadar akur kepada kata-kata ahli agama (ahli kitab) yg dalam kes ni adalah agama yg tidak asing bagi nya iaitu Kristian dan Islam. Sebab kedua-dua agama ini memang mengharamkan gay / biseksual. Galileo contohnya adalah ahli fikir yang melawan ahli kitab (gospel) dalam banyak penemuan sains. Disinilah Freddie memasukkan perkataan BISMILLAH untuk menunjukkan ahli kitab dalam Islam pula menggunakan “dengan nama Allah” untuk menjatuhkan hukum. Perkataan ini diulang 3 kali untuk menunjukkan betapa Islam bagi Freddie tidak memberi ruang langsung kepada masalah individu sepertinya. Tiada ruang untuk orang sepertinya pada Islam juga yang akhirnya Beelzebub (Syaitan) yg memberi ruang untuk dia mengadu. 

So you think you can stone me and spit in my eye
So you think you can love me and leave me to die
Oh baby can’t do this to me baby
Just gotta get out just gotta get right outta here

[Dalam rangkap yang bertukar rancak (rock) ini menunjukkan bagaimana Freddie memberontak dan tidak mahu mengikut telunjuk pendapat dan nasihat ahli agama/ahli kitab. (‘stone me’ [rejam], banyak digunakan sebagai satu bentuk hukuman dalam Kristian & Islam) Sebab dalam rangkap awal tadi scaramouch dan fandango membayangkan ahli agama ini sebagai badut agama yg jumud. Dia mahu berlepas diri dari kekangan agama. Dan “Bohemian” bagi Feddie adalah lari dari kebiasaan dan budaya] 

Ooh yeah, ooh yeah
Nothing really matters
Anyone can see
Nothing really matters nothing really matters to me anywhere the wind blows.

Hidup Freddie banyak juga dipengaruhi oleh cinta wanita nya iaitu buah hatinya yang menjadi kawan baiknya sehingga ajal , Mary Austin. Antara orang yang diharapkan oleh Freddie untuk membimbingnya adalah Mary. Namun Mary memutuskan hubungan bila tahu Freddie seorang biseksual. Kebanyakan lagu2 lain Queen yang ditulis Freddie adalah berkisar tentang hidupnya dan berkaitan Mary. 

Namun lagu seperti Bohemian Rhapsody adalah antara lagu2 Queen yang menjadikan Freddie seorang lagenda dan terus hidup. Sekian interpretasi aku untuk Bohemian Rhapsody.

Aku cuba melihat lagu ini dan Freddie sebagai suatu pengajaran kepada kita semua. Bagi aku Freddie Mercury seorang pemuzik yang genius. Bermain piano sejak berumur 8 tahun dan mencipta lagu-lagu yang hebat. Namun hayatnya tidak panjang apabila AIDS memberi kesan dari gaya hidupnya yang terlalu bebas dan dipandukan seks. Pengajaran nya adalah kita sebagai manusia yang mengetahui sesuatu mestilah menyampaikan. Ada ramai orang diluar sana yang mahukan bimbingan dan bukannya hukuman. Hari ini kita lebih suka menghukum dan merasakan diri kita lebih superior dari orang lain. Aku mohon pada Tuhan Semesta Alam supaya memelihara aku, memberi petunjuk dan menjauhkan aku dari sikap ini. Ingat, Tuhan menghukum satu kaum dan bukan individu.

Bukan mudah untuk lepas rintangan hidup dan berjaya. We Are The Champions..!!

 

 

Bicara Ramadhan 2017: Keperluan MUHASABAH DIRI.

Post pertama dalam bulan Ramadhan (bulan yang panas) tahun ini, 2017. Aku nak bicara tentang MUHASABAH DIRI.

Hari ini, ramai saja rakan-rakan yang menghantar ucapan-ucapan selamat, kata-kata semangat, forwardkan hadis, doa-doa, forwardkan pelbagai bahan dan info kepada kita atau kepada group whatsapp. Tetapi kebanyakan nya hanyalah sekadar forward. Kiriman yang di forwardkan bukanlah datang dari hati si pengantar. Malah mungkin dia tidak percaya atau tidak meng”imani” apa yang di forwardkan. Tapi ada yang marah bila aku katakan begitu. Katanya aku tak menghargai apa yang dihantar.. err… mungkin. Tapi bagi aku ianya seperti makmum tegur makmum sebelah jangan bercakap. Ko cakap dulu.. ko la batal dulu. Ko kata aku tak hargai.. tapi sebenarnya ko yang menghantar sesuatu kepada sahabat tu kena fikir dulu. Apakah itu adabnya nak menghantar doa atau ucapan kepada seorang kawan? FORWARD jer..!?!?

Untuk menampakkan lebih jelas, aku bagi contoh la. Cuba korang bayangkan kawan rapat korang hantar kad raya tapi tak tulis apa2. Sekadar lukisan dan coretan berbunga yang syarikat kad tu tulis saja. Apa fikiran korang? Korang mesti pikir “mungkin dia terlupa dia belum tulis apa2 kot” atau mungkin silap hantar kot. Tak gitu?

Itu contoh kira dah tak betul jugak la tu sebab yg hantar tu ada jugak inisiatif untuk letak setem dan pos. Kes nya hari ini, FORWARD jer bro.. adakah ko rasa ko berhak dimuliakan sebab ko forward video doa orang lain untuk kawan-kawan? Owhh.. maknanya tinggal aminkan jer la yer. Aduii.. zaman dah berubah betul. Lepas tu aku plak dikatakan tak menghargai? Perghh..

Disebabkan hal forward-forward ini jugalah, makanya diwujudkan inisiatif dari badan-badan kerajaan dan swasta untuk memberikan tunjuk ajar dan penjelasan untuk umat bertindak lebih wajar dalam memanjangkan message dalam whatsapp. “Selidik dahulu, baru forward”. Atau lebih baik jika tiada langsung “jiwa” anda dalam message itu. Tak perlu forward lah lagi bagus.

Sharing aku tentang perkara ni membawa kepada suatu perkara lain.

MUHASABAH DIRI..

Dalam Islam, muhasabah diri amatlah penting supaya umatnya sentiasa berada dalam landasan yang betul menuju kearah “jalan lurus” yang akhirnya menjurus ke syurga. Secara mudahnya muhasabah diri adalah menghitung atau menilai diri sendiri. Lebih tepat lagi kalau mengikut dalil yang digunakan adalah ayat

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”  (QS. Al-Hasyr: 18)

Muhasabah diri merupakan blueprint atau perancangan seorang muslim untuk membangunkan altar hidupnya nya menuju akhirat. Allah mengingatkan supaya kita memikirkan apa yang sudah kita buat. Adakah rutin seharian kita membina atau meruntuh?  Adakah apa yang kita buat itu negatif atau positif untuk perjalanan hidup kita. Hujungnya akhirat.  Jadi dari sini kita tahu bahawa untuk menemui Tuhan juga mesti ada prosedur, mesti ada SOP nya. Sudah tau apa mahunya Tuhan. (Kalau belum.. cari dulu..) Sekarang kita mesti melaksanakannya pula mengikut blueprint.

Apakah kena mengena kes pertama tadi dengan Muhasabah diri?

Apabila kita nak memberi, memuji, memberi komen, menegur, dan melabel orang lain, cubalah Muhasabah diri sendiri dahulu. Apabila kita selalu melihat kesilapan diri sendiri dan memperbetulkannya, maka adab kita untuk forwardkan doa, forwardkan hadis, forwardkan apa-apa saja pasti berbeza. Sebab apabila kita muhasabah diri, kita akan mudah untuk duduk didalam situasi sahabat kita. Apabila pokok bergoyang, kita tidak mudah melatah menuduh dan melabel orang lain. Malah kita akan segera mencari salah diri sendiri. Ini lah latihan muhasabah diri yang kecil sebelum kita boleh faham lebih jauh tentang akhlak seorang muslim.

Didalam kerja seharian pun sebenarnya konsep muhasabah sangat penting. Jika hari ini kita dimarahi di ofis, cari kesilapan diri sendiri dahulu. Jangan terus maki bos dalam hati :p Kalau kita berniaga hari ini rugi. Muhasabah diri, nilai balik apa yang anda buat, dimana silapnya. Perbaiki yang tak betul dan jangan biar berulang. Jual2 takde orang beli, semak balik kerja yg dah dibuat. Cari mana kurangnya. Kenapa dan mengapa jadi begitu?  Jika korang dapat menguasai konsep muhasabah ini, maka sebenarnya korang sudah jumpa blueprint menuju syurga. Sebab seperti kata Tuhan dalam surah yang aku kongsi tadi, Tuhan suruh kita lihat, perhatikan apa yang dah dibuat.. adakah betul, mengikut mahunya Tuhan persiapan kita untuk hari esok (akhirat) itu.

Moga perkongsian memberi manfaat.

1 2 3 48